Posts Tagged ‘mendekatkan diri kepada allah’

Keretapi yang Memecut Laju

Keadaan saya pada peringkat hidup ini- Setiap hari saya dalam keadaan panik. Saya sedar bahawa saya akan mati. Untuk menapak di alam sana, alhamdulillah, saya rasa bersedia menerima keadaan. Bukanlah sangat kerana yakin akan amalan diri, namun saya yakin dengan rahmat ALlah. Saya menganggap positif bahawa Allah menerima doa saya setiap hari supaya Allah mengambil nyawa saya di saat Allah mengira redha dengan kehidupan saya dan sudi menerima diri saya pada waktu tersebut. Doa ini diiringi dengan janji saya pada Allah untuk sentiasa berikhtiarkan meningkatkan diri menjadi terbaik hamba Allah seperti yang saya pelajari pada masa tersebut.

Antara saya dengan Allah – tenang

Panik saya memikirkan mati adalah atas tanggungjawab yang Allah berikan berkaitan masyarakt. Menurut perkiraan hati dan aqal, saya masih belum melakukan yang sepatutnya dalam ikhtiar mengajak orang lain untuk mendekatkan diri kepada Allah. Saya melihat diri saya, berkhayal dan merancang, merancang dan merancang, tetapi masih tidak manapak menjalankan perkara perkara yang ada dalam kepala saya yang patut dilakukan.

Saya senaraikan antara perkara yang ada dalam kepala saya:

Saya perlu menyampaikan kepada orang orang disekeliling saya mengenai falsafah hidup PDA- iaitu “Projek Dunia AKhirat”. Ia merupakan falsafah- kembali kepada Allah, memodifikasikan hidup supaya paling tepat mengikut syariat, sentiasa menuntut islmu, meningkatkan amalan harian, dan meyebarkan dakwah mengnai falsafah hidup sedemikian. Tidak ada uniknya falsafah yang disampaikan.ianya dakwah. Namun saya yakin keistimewaan penyampaian melalui pakej ini supaya lebih mudah difahami dan diterima. iaitu tidak perlu menunggu masa akan datang- lakukan sekarang, dan tidak perlu menunggu peluang. Ia bersifat here and now. mlangnya untuk menyampaikan falsafah ini, saya jam.

Menyebarkan melalui blog- blog saya nak menulis sekda ini juga sudah susah sekali. Kiranya, menulis entry hari ini adalah latihan untuk saya meulakan menulis mesej mesej yang sayan anggap amat berat untuk ditulis.

Menyebarkan melaui ceramah dan bengkel. bagaimana saya memulakan bengkel? jemput diri sendiri? jemput saja orang ke satu temapt? siapa? bila? di mana?

Ada rakan menyatakan- untuk menyebarkan ide, mulakan dengan menulis satu buku. Ide yang bagus. Cuma persoalan- bagaimana ya untuk meula menulis buku hingga siap?

Maka persoalan ini berputar putar dalam kepada saya dari pagi higga malam, sementara saya bersibuk bekerjaya disiang hari, dan bergelut dengan anak-anak dan rumah dimalam hari. tak juga ada progres apa apa hari demi hari.

Itu satu beban yang tidak pernah terlepas dari dada.

Antara yang termasuk dalam projek tersebut adalah: menulis buku” wasiat dari simati- kepada yang bakal mati”. Ini datang dari ide bahawa kita terkesan dengan kata-kata seorang semasa dia hidup, apabila kita membacanya selepas dia meninggal. Kita selalu hairan bagaimana seseorang yang hidup lupa memikirkan mengenai mati. namun, jika ada pesanan dari orang tersebut, kita tentu ambil serious pesanan tersebut denan mengetahui keadaan bahawa dia sudah pun mati.

Atau saya tulis saja buku tersebut seorang diri.

Yang ini pun sesak di dada, tak mahu keluar, tapi tak mahu hilang dari diri- iamerupakan tekanan

lagi: Mengenai projek amal jariah di bawah yaysan nusrah.

Saya bayangkan individu yang bermiant untuk meninggalakn amal jariah, bukan semuanya mampu beli bungalo atau rumah kedai atau tinggalkan yayasan. Namun jika wang cash, dikumpulkan bersama, dirurus oleh yayasan- seperti tema air asia- anyone can fly, sayaingin lancarkan skim anyone can leave amal jariah. serend RM1000, wang tersebut akan dilaburkan dan diuruskan oleh yayasan. wang asas tersebut tidak akan diusik, hanya keuntungan dari wang tersebut akan dikira setiap tahun dan akan disalurkan untuk kerja amal yang dispesifikasikan oleh eruntukan tersebut.

Sepanjang saya memikirkan skim ini- dan masih tidak mlancarkannya, sudah 5 orang dari sahabat saya telah meinggal dunia; yang terakhir semalam. Saya khuatiri saya juga akan meninggal sebelum skim ini boleh dilancarkan. Itu yang menyesakkan dada saya juga setiap hari.

Saya betul betul perlu berfikir sejenak dan membuat perancanga- jika tidak boleh pun yang rapi, dan saya perlu membuat tindakan segera untuk menghilangkan kesesakan dada, juga sebelum keretapi samapi ke stesen dan saya akan diturunkan- menangisi dan menyesali kerja-kerja yang belum selesai.

Dan adakah dengan menulis artikel ini akan dapat menggerakkan tindakan saya, atau mengurangkan kesesakan di dada, atau hanya akan mensita lagi masa yang sememangnya sudah sangat terhad ini? hanya Allah yang mengetahui

Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya- la haulawa laa quwwata illa billa hil aliyyiladzim