Posts Tagged ‘haji’

Pi haji !!!(2)

Sekarang dah 27  hb, tiket untuk 14 Nov, saya sepatutnya mendapat berita visa paling akhir 10 hari sebelum, bererti lebihkurang seminggu lagi untuk mengharap, berikhtiar dan bermunajat.

Saya pun dah fikir, dalam berdoa dan nakkan sesuatu, kita mesti optimis, tetapi bukanlah sehigga mendesak. Maka saya simpankan juga reserve. Kalau Allah tidak kirimkan jemputan tahun ini, bermakna Allah mahukan saya membuat persediaan diri yang lebih hebat dan beri tempoh lagi setahun.

Walau bagaimanapun, saya berikhtiar lah cara sendiri. Oleh kerana saya belajr bahwa bernazar itu tak digalakkan (cara Allah keluarkan sedekah dari orang yang kedekut) maka saya pun buatkan lah perkara perkara yang orang sellauu nazarkan, tetapi in advanced dan tidak bersyarat, semoga Allah menerima amaln yang tak seberapa tu. Betul tak betul, kurang pasti – dari segi ketepatannya, cuma yang saya pasti tidak lah salah.

Sekarang ni masalah distraaction punla. Sepatutnya, bila mendengar nasihat sahabat, bleiu menasihatkan tersu saja beli bekalan, beg tepi pintu dan memegang attitude  bersedia pergi bila-bila masa saja.

Saya fikir itu ide yang amat bagus, malangnya saya bila nak lakukan, rupanya saya masih banyak obligasi yang perlu diselesaikan. gred pelajar-pelajar, menyelesaikan laporan penyelidikan tak mau potong gaji, nak isi borang  sabatikal.

Kemudian terdapt pula satu lagi distraction. Bila buka komputer untuk buat laporan, yang datang adalah keinginan untuk melihat satu lagi video mengenai haji dan makkah. maka- saya masih di tahap yang lama .. he he

Mungkin apa yang saya perlu buat adalah paksa diri cabut internet connection dan hanya boleh pasang apabila tamat laporan penyelidikan saya.

hmm, ini satu ide yang baik. Mungkinsaya beritahu jiran saya untuk taruk password kepas internet kami( kita orang berkongsi internet) dan hanya boleh on kembali apabila selesai laporan penyelidikan. come on hajjah wannabe… disiplin diri disiplin diri!!!!

Nak pergi Haji!!!!!

Oct 13 2009

Ya Allah, saya nak tunaikan haji, nak pi nak pi nak pi!!!!!!!!!!!

[picapp src=”e/0/9/9/Muslim_Pilgrimage_To_e625.jpg?adImageId=5381234&imageId=4356800″ width=”234″ height=”164″ /]

Oct 16, 2009

Tadi call ustadz lagi kacau, tanya date pula, “kalau tak dapat visa tak pa, ana redha, tapi ustadz bagitau lah kalau dapat tu date flighntnya bila?” Ustadz kata 12 hari sebelum hari wukuf, manalah ana tau nak tukar date, jadi ustadz tolong kiakan iaitu 12 hari sebelum 26, iaitu 14 November!!!!

Sekarang dah ada target date, bolelhlah nak visualize. Saya nak pack baju dalam beg, buat nota haji. Tadi ustadz dah janjikan nak bagi personal tutoring hari khamis ni. Sebenarnya cik abang pun dok bagi personal tutoring dah, tapi biasa lah, bila dengan cik abang ni , orang kaunseling kata ‘dual-relationship’ jadi macam macam hal lah-  belajr komputer, pun tak boleh, inikan pula nak belajar haji.

jadi saya resort kepada cara biasa saya belajar benda baru- read the manual.

masalah read manual ni, banyak tak bolelh visualize,  nantilah nak google tengok semua tempat tempat tu, kot kot ada video gambar haji.

Saya fikir cara terbaik untuk bersedia bukan dengan belajr haji. Saya fikir cara terbaik adalah selesaikan hutang duniawi ni. Mula mula siapkan kertaskerja kaunseling ni, due lusa, dan lelpas tu kena buat  research report yang terlewat tiga tahun, dan deadline terakhir last warningkalalu tidak potong gaji nlya adalah November 15, lebih kurang hari nak pi haji,  how ironic- maybe ALlah is saying, nak pi haji, celar your debts. Saya pun dah serah kalah kepda prof pengarah puat research, tak apa potonglah gaji, I really deserve it, tapi belaiu pula kata, ada time lagi, go get reporting he he.

Ok labbaikallah, mai saya niatkan siapkan research report ini sebagai amal untuk mengharap untuk diizinkan tunaikan haji tahun ini.

Oh ya, ustadz pesan, “kalau dah pilih nak pi cara ni, toksahlah habaq kat orang, nanti kalau tak dapt pi, tak syok” alamak ustadz, saya ni kalau selain dari rahsia sesi kaunseling, manalah reti rahsia rahsia, rasanya dah terhabaq kat orang satu dunia dah.  Cuma, ustadz takperlu risau, saya faham risiko yang diambil, mohon visa tambahan, tidak semestinya dapat.  dan insyallah lepas ni tak  habaq kat sapa dah.. err, kecuali blog ni lah, tak dak orang baca lagi laani kan?