Tukar Tajuk Blog Lagi!!!!!

Ini kali ketiga saya menukarkan tajuk blog peribadi – mencerminkan perubahan tema dan fokus dalam kehidupan. Tajuk pertama; “semua mau” melambangkan personaliti saya yang sukakan terlalu banyak perkara – sebolehnya- saya ingin melakukan kesemuanya. Setelah memasuki ke alam menghampiri akhir hayat- saya melebihkan fokus kepada persediaan akhirat, maka apa yang saya lakukan adalah sesuatu yang dilakukan secara sambilan sementara menunggu dipanggil Allah. Rupa-rupanya masih belum lagi dipanggil Allah – – Allah masih mahu saya bertugas lagi di dunia ini. Bila memikirkan kembali apa kegunaa diri yang masih boleh diberikan kepada masyarakat –  saya dapati  saya masih bersikap “semua mau” – ditambah dengan rasa terkejar-kejar disebabkan oleh kesuntukan masa. Maka sekarang ini saya mengintegrasi kedua dua falsafah yang tak pernah ditinggalkan- sekadar berubah fokus, iaitu saya berazam untuk melakukan sebanyak mana yang saya boleh – semuanya saya mau- sementara menunggu panggilan Ilahi.

 

Ya Allah berikan daku fokus untuk memilih pekerjaan-pekerjaan yang paling berbaloi untuk kemaslahatan umat dan  untuk bekalan akhiratku. Berikan daku keberkesanan dalam melakukan tugasan-tugasan tersebut. Peliharalah diriku dari maksiat, lagha dan kelekaan masa.
Sahabat dan saudaraku, blog ini tentu sekali tidak ada pentutupnya kerana Allah tidak memberitahu kita bila kita akan dipanggil. Saya akan terus berprojek dan berkejar dalam pecutan terakhir ini- dan antara projek pilihan saya adalah pengisian kepada blog ini dengan jangkaan ia dapt memberi manafaat kepada sesiapayang sudi mengambil manafaat darinya untuk mendekatkan dii kepada Allah. Jika saya sudah tiada, mohon rujuk kepada artikel-artikel wasiat  sebagai kata penutup dari saya.

 

 

Ingin berjumpa Allah, tapi belum bersedia mati

Terpapar di luar benteng satu institusi ketenteraan di kawasan rumah saya; ia berbunyi – “Berani Mati”.

Setiap kali saya lalu dan membacanya, terlintas di hati saya, wow- betul ke depa ni berani mati?

Mengingatkan diri saya sendiri, pada satu masa dahulu saya pernah malas untuk hidup dan terlau rindukan untuk bertemu Allah. Saya kurang pasti pada masa itu apakah saya betul-betul berani mati, atau cuma malas untuk hidup.

Pada masa sekarang, saya memang pasti, keinginan membuak selalu timbul pada masa saya malas menghadapi kesusahan hidup. Contohnya, apabila odit ISO nak datang dan saya malas siapkan kertas, saya fikir,” kalau tangguh sehingga minit terakhir adalah strategi terbaik, manalah tahu kot-kot mati celah celah ni, jimat satu ISO report tak payah buat.”

Kalau difikir dari satu aspek saja, lagi cepat mati lagi bagus. Saya jenis manusia yang malas untuk lama menunggu-nunggu. Jika diberi pilihan oleh Allah, sama ada nak terus masuk syurga saja, atau mahu  hidup lagi di dunia- tentulah saya nak mati sekarang juga.

Namun, fikiran waras akan selalu mengingatkan, beranikah anda- meminta dari ALlah untuk melangkah ke alam sana dengan bekalan yang sedia ada?

Sekali kita melangkah ke alam sana, tidak boleh lagi perpatah balik.

Akhir sekali saya membuat perkiraan dengan Allah (seandainya Allah bersetuju dengan perkiraan saya) Saya memohon dengan Allah untuk menyelamatkan saya sahaja, tak kiralah matinya bila atau bagaimana. yang penting Allah ambil lah saya semasa Allah fikirkan saya sudah cukp bekalan, atau  Allah akan tambahkan sehingga cukup. Selagi saya masih di sini, saya berjanji akan berikhtiar menambahkan bekalan setiap hari. Juga saya fikirkan, kemungkinan juga ALlah mahukan saya masih disini kerana masih ada lagi khidmat kepada sesiapa satu dua yang masih perlu saya lakukan di sini. Maka saya juga berikrar untuk berikhtiar memberi khidmat kepada sesiapa yang Allah hantar kepada saya. Permohonan saya kepada Allah adalah supaya menjaga saya sepenuhnya dari terjebak denga maksiat lagi, walau kecil atau besar. Kerana jika berharap kepada diri saya sahaja, saya tidak percayakan diri saya ini. Juga saya memohon kepada Allah agar mendorongkan hati saya untuk sentiasa minat, bersemangat dan rajin untuk berbuat taat. Sebab kalau harap pada diri saya saja, tentu suka untuk duduk malas tak berbuat apa-apa.

Dengan ikrar dan harapan ini, maka saya pun berasa sedap hati sikit untuk meneruskan kehidupan. Sementara menungu masa di panggil kembali, ada lah sikit arah dan tujuan hidup. Nampak lah sikit apa yang perlu dilakukan setiap hari untuk tidak membazirkan kehidupan, dan tidak lah kerisauan yang tidak menentu, kerana jika Allah menjawab permohonan doa saya, bererti Allah akan mengambil nyawa saya pada detik yang Allah kirakan telah boleh selamat saya meniti ke alam sana. Alangkah bahagia bila boleh mnyerahkan sepenuhnya urusan urusan sebegini kepada Allah.

Cerita Cinderella versi Sintok

Ini cerita Cinderella, tapi versi sintoklah. Heroinnya adalah sayalah. Ceritanya ada persamaan setakat jam 12.00 sahaja. tak ada kakak tiri, dan tak ada mak tiri, cuma ada mak mertua  @ mak mermuda sahaja sebagai heroin cerita.  Prince charming adalah juga, tapi watak tak penting, sebgab cerita Ustaz komputer@ bapa mertua @ bapa kerkuda cuma satu line sahaja. Ceritanya begini.

Pada suatu hari, ada seorang mak mermuda. Oleh kerana dia kenduri  mneyambut menantu sakan, dia telah menundakan marking examnya sehingga selepas kenduri. Fikirnya, lepas kenduri nanti saya buatlah dengan tekun. Cerita ini diselang seli  dengan lagu lagu ala Disney- mak mermuda menanyikan lagu tema yang berbunyi begini;

tekun dan sabar, sabar dan tekun ( ulang sebanyak yang larat)

Oleh kerana mak mermuda glaed dengan kenduri kendara, lepas tu pula ghaled dengan nak training  kakak kambodia baru sampai, di selang  melayan tiga abdul yang kebetulan juga cuti pada dua minggu tersebut, dan Ustadz Ilyas yang tidak lagi pergi ke nursery oleh kerana kakak kambodia sudah sampai, maka beberapa hari terakhir yang ada penuh dengan cerita mak mermuda membawa tiga abdul ke pejabat dan terlena  hanya dengan membaca satu dua krip jawapan sahaja.

Kebetulan juga mak mermuda telah hilang kacamata separuh power yang digunakan khas untuk membaca skrilp tulisan budak budak yang sangat hodoh hodoh. (budak budak tu comel dan handsome, tapi tulisan mereka kemut  kerepot dan hodoh hodoh. Maka berair lah mata pensyarah lama ini, walaupun mak mermuda, tetapi sudah dapat pangkat pensyarah tua, apakan daya.

Maka pada hari terakhir, yang telah pun diberi oleh lpihak berkuasa UUM tarikh lanjut seminggu, masih perlu menghantar satu abdul ke perlis, kemudian pulang, singgah ke kedai cermin mata untuk menempah semula cermian mata separuh kuasa, yang diharapkan akan mempercepatkapensyarah lama ini membaca tulisan  kemut kerepot itu. Oleh kerana kedai  cermin mata berada dalam pasar minggu,  majikan baru kakak kambodia pun terpanggil pula untuk membeli bahan mentah untuk dibawa pulang dan teruskan program latihan pembantu di rumah- di bawah program azam baru menjadi mak mertua yang mengamalkan memasak.

DIpendekkan cerita, pada jam 11.30 tamat marking skrip dengan jayanya. Jam 11.40 berjaya meneyelsaikan senaria markah dengan bantuan abdul ketiga. (Dengan selingan abdul keempat, iaitu Ustadz Ilyas telah berjaya masuk ke bilik memeriksa kertas skrip,  merebut satu kertas skrip, kemudian mengamuk dan kemudian muntah, dan kemudian good mood.)

11.40 mlm  Prince charming terlena bersama Ustadz Ilyas, jadi  heroin kena bawa kereta sendiri ke taman siswa , pejabat yayasan, kerana dirumah tak ada internet. Sedang bersungguh sungguh memasukkan markah, pada tepat jam 12.00, tepat sekali peraturan UUM, maka protal akademik pun padam dengan keluar paapran no pegawai untuk dihubungi.

maka Cinderela pun terjepuk di tengah malam,  terlepas  portal dan secara otomatik jatuh menjadi marhain yang boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa, dan terpaksalah besoknya jatuh standard, mengkow tow dan merayu kepada pihak pihak yang berkenaan. Maka cinderella pun kenalah on quest mencari borang rayuan yang perlu disikan suapya portal dibuka semula. Seperti cerita  cerita yang lain, portal apabila dibuka semula, dah tak serupa lagi seperti yang asal, penuh dengan cabaran yang dahsyat, hinggakan terpaksa memasukkan markah satu persatu, tak boleh lagi guna senarai sepuluh-sepuluh.

Jam berdetik lagi, kali ini cinderella perlu mengejar jam duabelas tengahari pula….. dipendekkan cerita…ping. selesailah tugas projek ngam ngam, yang telah terlucut menjadi projek terlepas portal.

Pengajaran dari cerita ini adalah- jangan tangguh tangguh, nanti maruah tergadai. Semoga yang menceritakan  akan dapat mengambil pengajaran cari penceritaan sendiri.

Masih di Tahap Tadika dalam Fiqh Auliyat

Saya berjiwa hitam putih, mudah berurusan dengan perkara yang diputuskan secara konkrit. Walaupun setelah direndam dalam latihan kaunseling yang berurusan dengan keputusan samar-samar dan berubah-ubah, jiwa saya tetap menyenangi perkara konkrit dan diputuskan, dalam termnologi agama di panggil “qata'” – yang telah diputuskan.

Semasa meningkat remaja, saya mudah menerima kefahaman- harus solat 5 waktu dalam apa jua keadaan. Saya dan rakan-rakan bangga mencontohi pemandu bas kami yang sentiasa berhenti untuk solat walau semasa berkelah atau berkhemah.

Kemudiannya, saya belajar- harus tutup aurat sekian-sekian kawasan tubuh- maka kami setelah memahami hukum tersebut,dan mendapat keberanian untuk mematuhinya, dan berbangga kerana terus cuba mengamalkannya. Semoga bangga tersebut tidak dianggap Allah sebagai riak atau ujub. Pada masa tersebut, dengan sepenuh hati, meminjam tudung rakan yang sehari advance dari kami dalam pemakaian tudung, kemudian curi keluar ke pekan membeli tudung untuk diri sendiri dan membawa amanah pesan dari berpuluh rakan yang lain. Alangkah indahnya perasaan seronok dapat taat kepada Allah sepenuh hati.

Kemudian, setelah meningkat dewasa dan di IPT, mempelajari pula dosanya riba, terus membuka akaun semasa di bank, dan tidak membuka akaun savings. (pada masa tersebut, belum ada akaun wadiah) Alangkah indahnya perasaan mampu taat kepada perintah dan larangan Allah. Pakaian dilonggarkan, warna dipudarkan dan digelapkan, tudung dilabuhkan.  Kemudian mempelajari bahawa muzik itu haram. Terus kaset-kaset ditongsampahkan, gitar dipatahkan (supaya tidak dikutip dan digunakan oleh orang lain. Saya menggugurkan diri dari kelas muzik elektif. Seorang sahabat yang sememangnya biasiswa pengajian muzik, mearayu kepada penaja, dan bertukar kepada bidang ekonomi yang lebih selamat syariat.

Pernah kami terkejut besar kerana seorang sahabat baru menjumpai bahawa mazhab Shafie mewajibkan pemakaian purdah bagi wanita, kecuali yang sangat tua dan sangat tidak cantik.  Untung sahabat yang lain cepat mendapat maklumat bahawa tidak perlu mengikut mazhab Shafie dalam semua perkara. Maka kami pun membuat fatwa sendiri pada masa tersebut, untuk tidak mlengikut Imam Syafie dalam urusan berpurdah. Jika tidak memang berpurdah lah saya dan kawan-kawan kerana kami pada umur tersebut murni dalam ‘sami’na wa ata’na”.

Kemudian meningkat lebih dewasa, dan saya mula menjumpai pelbagai dilema, dan hampir tidak mampu untuk menggarap falsafah hidup yang Islam yang praktikal. Bukan susahnya pada kehendak untuk taat. Saya memang mahu taat, tetapi pada ketaatan interpretasi yang mana satu? Pada masa tersebut, dalam mendapt ilmu Islam secara sendiri- sendiri, belum pernah s menemui lagi konsep fiqh auliyat- ilmu mengenai keutamaan- menganai amalan mana yang lebih afdhal dilakukan pada waktu bagaimana. Maka saya cuma taat pada prinsip pertama yang saya nampak, dan tidak hirau lagi perkara kedua yang mendatang.

Saya suka menceritakan mengenai kisah yang tidak sahih ini, rungutan seorang mengani adiknya yang ‘terkena angin dakwah’. Menurut si abang, adiknya ini terlalu gemar membaca Quran, sehinggakan pada hari kenduri  di rumah mereka, adiknya masih duduk di tiang rumah membaca QUran ditengah kekalutan kenduri, tidak menghiraukan tetamu yang berkeliling. Saya selalu ketawa membayangkan senario ini, dan sekaligus insaf bahawa si adik ini melambangkan saya dan golongan saya, yang semangat membara untuk taat pada Allah, namun ilmu fiqh terlalu sedikit, dan ilmu fiqh auliyat belum pun dipelajar pada masa tersebut. Bukan sedikit perkara janggal yang dilakukan, namun tak bolehlah diceritakan di sini kerana Islam tidak membenarkan kita mendedahkan perara buruk mengenai diri sendiri demi menjaga maruah.

Saya juga kurang mampu menghadapi dilema menghadapi tuntutan agam yang competing dan berlawanan.  Selalunya situasi sebegini melibatkan antara tuntutan bermasyarakat dan tuntutan untuk patuh kepada syriat pada masa yang sama. Contohnya, kita dituntut menyendiri dan membanyakkan amal dalam hari terakhir ramadhan. Kita juga dituntut menyambungkan silaturrahim. Bila pulang beraya, tarawih entah ke mana, khatam quran entah ke mana,  ibu dan anak mengadap ke kaca television sedangkan sepanjang tahun tiada tv di rumah.

Saya beberapa kali menyatakan kepada ustazah mentor saya- “tak bolehkan kita mencari alasan untuk tidak pulang beraya, pulang saja dan bersilaturahim pada waktu lain- selamtkan diri semasa raya.” Tak pernah pula mendapt keizinan begitu. Hukumnya- di Malaysia pulang beraya tuntutan agamaerana  ibu bapa mengharapkannya, dan untuk menjaga diri dari  tv dll- anda perlu kreatif dan mencari penyelesaian mengikut kebijaksanaan sendiri. Pada masa-masa, saya (yang masih berfikiran hitam putih) pasrah sajalah, ambil keputusan menjaga silaturrahim, tonton je lah tv ( nak ke dapur masak, tak pandai dan tak rajin) dengan ingatan-habis raya nanti mohon keampunan. Hi hi- semoga Allah mengampunkan.  Bertahun juga sedemikian sebelum mahir membuat strategi pulang ke kampung, tetapi menyendiri tanpa mengguris hati orang lain).  Mengenai anak-anak semasa cuti- saya memang tidak minat dengan crak sedia ada, dan masih mengharapkan penyelesaian, namun saya berpegang, keperluan bersilaturrahim lebih aulia dalam situasi ini.

Antara perkar membawa dilemaa selama ini juga mengenai muzik. Untuk diri saya yang berjiwa hitam putih, saya lebih mudah saja memegang pendapat yang paling tegas, hanya gendang dan percussion, dan hanya dalam nasyid- iaitu nayyian yang mengingat kan kita kepada ALlah. namun, sentiasa saya dalam majlis yang mencampur adukkan muzik bertali dan bertiup. Jika terus berhadapan dengan muzik yang tidak berurusan dengan Allah dan agama, itu lebih mudah. Saya sekadar mengelakkan sahaja sebanyak mana mungkin. Jika terpaksa lalui seperti dalam supermarket, saya menganggap ia gangguan yang tidak boleh dielakkan seperti lalat yang menganggu kebersihan sekeliling. Kita tak suka, tetapi ia datang juga. Yang menjadi dilema adalah apabila muzik-muzik sedemikian mengiringi nasyid atau puisi,atau lebih dahsyat lagi- hadith!. Terdapat satu ketika saya menghadiri majlis motivasi yang iringan muzik violin yang kuat dialunkan bersama bacaan Al Quran menyebabkan saya tidak tahan lagi, terus menerpa keluar dari dewan tersebut dan memulangkan semua bahan kursus.

Setakat ini, saya masih belum menjumpai formula yang selesa untuk menghadapi situasi situasi dilema, masih bergantung kepada fatwa satu persatu dari ustadzah, keranabelum mampu membuat keputusan sendiri atas situasi yang berlawanan keutamaan ini.  Memang interpretasinya canggih dan memeningkan kepala. Seorang ustadz yang diikuti contohnya,mereka tidak boleh hadir ke majlis yang ada muzik yang terlarang dan pengantin bersanding. Makan beradab di meja panjang, jika berhias dan lain-lain – juga dianggap setaraf dengan bersanding. Ini kerana kehadiran mereka akan digunakan oleh orang ramai sebagai hujuah bahawa perkara tersebut dibenarkan. Namun jika saudara mara sendiri yang menjemput, kita sebagai saudara mara, harus hadir juga ke kenduri, walaupun terdapat unsur-insur yang melanggar syariat. Bagaimana untuk menghadapinya? Tiada pulfa ormulanya.  Antara tips yang diberikan- jika boleh hadirkan diri semasa  ‘rewang’ atau persediaaan, kemudian hilangkan diri semasa riuh rendah ketibaan pengantin dll. Ini jika kita saudara. bagaimana pula jika kita sendiri ibu atau mertua?  Ini perkara yang susah untuk dipertimbangkan, memerlukan kefahaman  yang tingi dalam fiqh auliyat, dan kemahiran bersos

Alhamdulillah, terdapat situasi di mana saya sendiri telah pandai membuat keputusan berasaskan keutamaan dan kemaslahatan umum. Contohnya, berkaitan tuntutan berpu umur lebih meningkat, saya menurun sifat wanita muda, dan tiada halangan atau masalah untuk berpurdah.  Kedudukan di tempat kerja juga agak kukuh, tak perlu merisaukan siapa yang akan marah atau tidak suka. Namun, rasa keperluan berpurdah juga menurun, memandangkan kita kerap dipanggil makcik dan kadang-kadang tok. Maka saya memilih untuk meneruskan tidak berpurdah untuk memudahkan bergaul dengan masyarakat umum. Ini memandangkan Allah telah meletakkan saya untuk hidup aktif  dalam masyarakat umum. Seorang rakan yang lain yang agak ‘background worker’ memlih unt berpurdah setelah usia meningkat kerana beliau rasa lebih selesa sedemikian, dan beliau tiada keperluan bergaul dengan masyarakt umum.

Namun dalam banyak lagi perkara, saya masih tidak pandai untuk memilih keutamaan, terutama bagi perkara  kelabu dan menghampiri melanggar syariat. Saya sendiri, walaupun  seorang kaunselor terlatih, dan walaupun  sudah matang usia, apabila menghadapi situasi dilema masih terpaksa bergantung kepada penilaian dan fatwa ustazah saya., terpaksa menelefon menceritakan situasi, dan mengharapkan  ustazah membuat fatwa spesifik. Saya tidak bangga mengenai perkara ini, tatapi terpaksa menerima itu jalan terbaik untuk mengatasi kelemahan diri.

Semoga Allah memberi kefahaman yang lebih tinggi lagi kepada diri saya selepas ini kerana tidak boleh lagi lari menyendiri ke gua pada umur dan status sosial sekarang. Sementara menunggu bertemu dengan Allah, masih perlu erhadapan dengan masyarakat dan bertindak berhemah dan kurangkan kejanggalan, supaya tidaklah  saya menjadi seperti rakan dalam cerita tidak sahih tadi, membaca Quran di tiang rumah, di tengah-tengah kenduri kahwin  🙂

Beratnya Tanggungjawab Daawah kepada Rakan Non-Muslim

salah satu contoh cerita syahadah: http://islamicsunrays.com/category/converting-to-islam/

Antara hobi saya adalah membaca mengenai saudara baru yang mengangkat syahadah dan meneliti cerita perjalanan mereka kepada Islam dan Allah. Saya kurang pasti apakah  ‘drive’ yang menyebabkan saya terlalu teruja dengan cerita-cerita syahadah. Mungkin, keseronokan melihat bagaimana Allah memilih hambanya dan membawa mereka kepada keselamatan, Mungkin minat dalam dakwah. Cuma minat saja dalam dakwah kepada non muslim belum pernah ditafsirkan kepada usaha kerana saya betul-betul tidak ada ilmu dalam bidang tersebut.

Saya sebelum ini menganggap  dakwah kepada non muslim sebagai fardhu kifayah yang bolehlah dijalankan oleh mereka yang berkemahiran. tugas kita sekadar menyeru dan mengingatkan saudara-saudara dan anak murid kita juga. Cuma sekarang,  Allah menghantar kepada saya murid dari kalangan non muslim. Tidak boleh lari lagi, tanggungjawab ini harus dipikul walau pun tak ada kemahiran.

Saya cuba mengimbau kembali, semasa Allah memberi tanggungjawab berdakwah kepada Rasulullah SAW, beliau juga tiada pengalaman sebelumnya, dan tiada kursus- kecuali Jibril sebagi mentor dan Al Quran yang diturunkan secara bertahap. Namun baginda tidak stres dan kecewa, tetapi terus memulakan usaha dengan menjemput kaum kerabat baginda; menjamu makan, dan terus bercakap mengenai risalah yang perlu disampaikan. Baginda mendapat tentangan yang hebat dari bapa saudara baginda sendiri.

Sekarang saya-  telah mempunyai contoh-contoh cara berdakwah dari orang-orang terdahulu. Risalah dari ABIM Outreach dan lain-lain; merata-rata website dakwah yang boleh ditiru dan dirujuk tanpa had copyright.  Masih saya terpinga-pinga bagaimana untuk memperkenalkan Islam kepada murid saya yang belum Islam.

Baru-baru ini saya dikejutkan dengan kematian rakan kepada anak saya.  Beliau telah meninggal dunia dalam agama Kristian- perkara normal bagi kebanyakan rakyat Amerika. Berita mengenai kematian beliau membawa penyesalan yang tak terhingga bagi saya kerana saya telah dua kali melepaskan peluang mengajak beliau kepada agama Islam. Apa kata beliau kepada saya di akhirat nanti? Apa kata Allah kepada saya mengenai beliau nanti?

Semasa  beliau bersahabat dengan anak saya, beliau sering datang ke rumah, makan apa saja makanan yang ada. Kenangan manis saya berbut ikan bilis pedas kerana beliau akan suka apa saja yang kami suka. namun saya tidak berani menyuarakan mengenai ajaran Islam sebagai menghormati ibubapa beliau. Fikiran saya pada masa tersebut, sebagaimana saya tidak mahu ibubapanya mempengaruhi anak saya dalam agama, saya juga sepatutnya tidak cubamempengaruhi anak mereka dalam hal agama.

Allah telah menghantar beliau kepada saya sekali lagi. tiba-tiba  empat belas tahun kemudian, beliau mencari dan menjumpa anak saya dan saya melalui FB. Saya menyatakan kegembiraan dan mengajak  beliau melawat Malaysia dan terlibat dengan aktiviti yayasan – juga masih tidak menceritakan mengenai Islam. Fikir saya pada masa tersebut, perlahan-lahan. Memperkenalkan kepada Islam perlu langkah demi langkah. Beberapa bulan dari persahabatan semula, berita di FB, belaiu telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. tamat peluang saya berdakwah kepada beliau.

Selepas menangisi keadaan, saya menimpan harapan kecil (jauh terlalu kecil) bahawa kemungkinan kecil beliau telah memeluk Islam? Bukankan ramai rakyat Amerika yang telah memeluk Islam. Bukankah banyak website dakwah yag dijalankan sendiri oleh mereka? Saya menyimpan harapan kecil (jauh terlalu kecil) bahawa saya akan menjumpai beliau di syurga satu hari nanti. ” Surprise! I knew you’d want me to see you here!”

Namun, hakikatnya, saya perlu menerima kenyataan luaran. belaiu telah meninggal dunia sebagai seorang Kristian. Ini bukan kes yang boleh diletakkan spekulasi seperti Princess Diana atau husnul zan sepert Michael Jackson”. Tiada indikasi  untuk memikirkan sebaliknya. Beliau tidak memeluk agama Islam, dan saya tidak pernah menceritakan kepada beliau mengenai Islam, atau mengajak beliau ke jalan Allah.

Saya masih tidak ada skrip atau strategi untuk berdakwah kepada non Muslim. Cuma semangat desperation yang mendorong. Kepada murid non muslim saya yang mahu mendengar, saya nyatakan kepada mereka; ” Saya tak pandai mengajak, tapi saya harus mengajak. Jika tidak, anda akan sangat marah pada saya di hari akhirat kelak. Dengarlah apa yang saya  harus katakan dan fikirlah untuk buat tindakan”. Beberapa murid saya sudah lari menjauhkan diri dari saya, tapi saya tak peduli. Kerana bila difikirkan kebelakang pada hari akhirat esok, lebih baik saya mencuba dan gagal, dari saya tidak mencuba langsung.

Brandi:  I have not done my duty towards you as a Muslim, and I know that you would never forgive me for that. But from now on – in your memory, I will do my best to invite people to Islam. I am sorry that I am not allowed to pray for you anymore, but deep in my heart, Allah knows that my wish is for you to have been saved by Allah, though I have not done my part at all. Would that be the case, I would be the happiest person then. Allah knows best. and I must have redha for Allah’s wish; and I must promise myself to do better with those who are still living.  may Allah forgive me and give me strength.

Baru diuji sedikit, sudah menggelabah

Saya antara orang yang dianugerahkan Allah kesihatan yang elok, hampir tidak pernah sakit. Kesihatan juga merupakan ujian dari Allah dalam bentuk ujian positif. Jika kita tidak berhati-hati, kesihatan yang berpanjangan akan menyebabkan kita keras hati dan mudah sombong. Antara manusia yang diuji dengan kesihatan yang berpanjangan adalah Firaun, dimana dikatakan bahawa dia tidak pernah sakit atau demam sehinggakan timbul perasaan dan sangkaan diri bahawa dia adalah tuhan kepada sekelian rakyatnya.

Saya tidaklah terlalu perasan seperti Firaun, kerana sakit lutut dan lenguh selalu juga datang menjengah, cukup untuk melembutkan hati. Namun  timbul juga satu dua perasaan yang tidak elok yang perlu saya betulkan, takutkan ia mengganggu hubungan dengan Allah. Perasaan pertama adalah merasakan bahawa orang yang sakit itu beruntung kerana mereka mendapat pahala dua kali ganda, iaitu pahala bersabar, dan pahala tetap beramal dalam menempuh dugaan. Walaupun tidaklah ke tahap meminta sakit, saya selalu seronok mendengar cerita-cerita orang yang sakit yang terus istiqamah menjalankan kerja-kerja dakwah dan meningkatkan amalan mereka. Antara yang saya sangat hormati adalah sahabat saya allahyarham Ustazah Kak Mi. Beliau disahkan mengidap sakit kanser payudara selama setahun sebelum dijemput menemui Allah. Sepanjang saya menziarahi belaiu, saya kagum dengan peningkatan amalan beliau yang dilakukan secara  santai, tanpa kekok atau segan silu. Kata beliau; “Kak Mi bersyukur kerana diberi peringatan awal mengenai kematian. Maka Kak Mi mengambil peluang ini untuk betul-betul menyediakan diri untuk berjumpa ALlah. Berapa orang yang diberi peluang begini?”

Saya kagum melihat beliau, dan seolah-olah seperti teringin pula jika diberikan ‘amaran awal’ yang serupa.

Namun, saya juga melihat beberapa orang sahabat saya yang juga telah diberi amaran awal, mereka tidak seperti Ustazah kak Mi.  Saya seperti tidak puas hati apabila melihat reaksi mereka yang menurut penilian saya pada masa itu- tidak mencapai tahap memuaskan. Seorang terlalu memikirkan kesedihan dan masalah rumahtangga dan seolah-olah membawa rajuk diri, “biarlah aku mati, nanti mereka akan meresa sedih dan bersalah”. Malangnya, kematian kita  hanya memberi kesan kepada kita, dan pihak yang kita inginkan rasa bersalah dan bersedih malah meneruskan saja kehidupan seperti biasa, tidak nampak pun di riak penyesalan atas kematian beliau.  Seorang lagi seperti tidak mahu menerima kematian. Katanya, “Saya memohon kepada Allah masa yang lebih kerana saya ingin terus melihat anak-anak membesar hingga dewasa.”  Tidak semua permohonan kita dimaqbulkan oleh Allah, beliau tetap pergi meninggalkan anak-anak yang kecil. Saya seperti kecewa dengan obsesi beliau pada saat saat akhir. menurut saya pada masa tersebut; kenapa tidak menghabiskan masa-masa terakhir yang berharga untuk berdakwah  dan berpesan kepada orang lain? Saya fikirkan jika seseorang yang bakal meninggal berpesan kepada yang masih hidup, tentu sekali pesanan tersebut membawa impak yang lebih setelah beliau meninggal nanti.

Seorang lagi pula, menghabiskan hari-hari akhirnya menurut saranan barat- menghidu udara segar, dan menikmati kehidupan. Maka post Facebook beliau dipenuhi dengan  cerita-cerita pengalaman spa, sauna, makan di restoran ini dan itu. Saya seperti menyesalkan cara penggunaan masa beliau. Betul, beliau manusia yang tabah menghadapi penyakit, dan sentiasa bersyukur atas apa saja niamat yang dirasai setiap hari, tetapi kenapa tidak menggunakan masa sebaiknya untuk berdakwah dan mengajak orang lain mengingati kematian? Beliau sendiri jarang menyebut mengenai kematian sedangkan beliau menulis sehingga ke saat akhir.

Itulah reaksi saya yang selalu sihat dan agak keras hati terhadap rakan-rakan (walaupun alhamdulillah, tidak sekeras hati Firaun).

Mungkin Allah telah membuat keputusan ini masanya saya meningkatkan sedikit pembelajaran mengenal diri dan mengenal manusia. Maka Allah anugerahkan saya beberapa pengalaman sakit. Semuanya sakit yang main-main saja di  mata orang lain, kalau ke hospital pun,mungkin digelakkan saja.  Tersalah urat- sedikit saja tapi berkali-kali dan berturut turut. Demam, sakit kulit, dan yang terakhir- gastrik. Namun bagi saya, ini pengalaman yang betul-betul mengajar diri ini. Sakit berpanjangan yang tidak boleh dikurangkan atau lari darinya. Sakit yang tidak tahu puncanya.  Keletihan dan mengantuk yang teramat sangat, tetapi tidak boleh berbaring, maka saya perlu tidur duduk di atas kerusi. Hasil dari pengalaman-pengalaman ini, saya mendapati beberapa perkara mengenai diri saya- dan mula memahami manusia lain.

1) Kita apabila sakit, terus turun motivasi untuk mengekalkan amal. Lupakan solat sunat, sonat wajib juga cukup setakat fatihah, kalau boleh dijama’ atau diqadha saja- mahu ditolak saja ke hadapan tunggu nanti sihat.

2)Kita apabila sakit, tak berminat lagi memikirkan mengenai orang lain- apatah pula untuk menghabiskan masa dan tenaga membantu mereka. Timbul perasaan, lantak dengan orang lain, aku perlu selamatkan diri ku dari kesakitan ini.

3)Kita apabila sakit, berat sekali untuk redha dan bersabar. Lupakan mengenai doa mendapt hidayah dan keselamatan akhirat. Kita kalau dalam kesakitan, yang timbul cuma doa, Allah- hilangkan kesakitan ini!

4)Kita apabila sakit sedikit, jadi takut untuk mati! Timbul fikiran, kalau sakit yang dikatakan  ‘minor’, dan tidak bahaya, dah dirasakan berat sebegini, bagaimana aku mampu menghadapi sakitnya mati nanti? Timbul pula reaksi, Allah- aku tak mahu sakit, aku takut  untuk mati.

Setelah saya sakit, barulah saya sedari bahawa reaksi dari sahabat-sahabat saya tadi adalah normal, dan kemungkinan jika saya diuji seperti mereka, kemungkinan besar reaksi saya lagi kurang kualiti dari reaksi mereka. Individu seperti Ustazah Kak Mi- itu adalah individu terpilih. Tidak pernah sekali saya mendengar beliau mengeluh kesakitan. Semasa terkahir saya menziarahi beliau di hospital, sehari sebelum beliau dijemput, saya mendengar beliau mengerang- masih tanpa keluhan. Kemudian beliau berbincang sengan saya untuk mendapatkan kepastian mengenai kaifiat solat dalam keadaan belaiu sedemikian.

Saya masih menyanjung dan menghormati kekuatan Ustazah Kak Mi, tetapii saya tahu sekarang untuk tidak lagi menginginkan ujian seperti apa yang diberi kepada beliau. Saya juga telah mengubah fikiran terhadap sahabat-sahabat saya yang  tidak sehebat Ustazah Kak Mi, saya tidak berani lagi memandang rendah reaksi mereka, kerana saya tahu jika saya diuji, saya akan menunjukkan prestasi yang jauh lagi rendah dari mereka.

Teringat saya kepada doa dalam mathurat yang perlu saya hayati  dengan lebih mendalam lagi;  “Ya Allah, janganlah kau bebankan kami dengan bebanan yang tidak sanggup kami pikul, maafkanlah kami, ampunilah kami, rahmatilah kami…….”

Semoga Allah melembutkan lagi hati saya dengan pengalaman sakit ini, dan semoga Allah menyembuhkan  saya sepenuhnya dan meningkatkan lagi semangat juang di masa sihat, tetapi dengan hati yang lembut seperti semasa sakit.. Amiin ya Rabbal aalamiin!

Laa! Kata nak jadi pendakwah, sekarang perunding kewangan pula!

Alamak, ini betul betul mencabar falsafah hidup saya sendiri. Saya sudah mendaftar menjadi perunding kewangan pula. Dengan pendaftaran itu, saya mendeclare diri saya layak untuk menasihatkan, memujuk individu untuk melabur wang ke dalam saham pilihan yang saya wakili. Adakah ini kes semua mau lagi, betulkah keutamaan saya dalam membuat pilihan ini? Tidakkah saya menggalas lagi bebanan batu yang selama ni pun sudah seperti tak terpikul? Adakah ini kerja orang yang sedang menunggu hari untuk berjumpa Allah? Apa dah jadi dengan perancangan untuk kempen Projek DUnia Akhirat. Akan terbengkalai sajakah PDA dengan projek baru ini?

Tak ada siapa pun yang menanyakan soalan tersebut kepada saya, tapi saya haru menjawabnya kepada diri sendiri supaya saya yakin dengan langkah  yang saya ambil ini.

Kewangan adalah satu komponen penting dalam projek dunia akhirat kerana wang sangat diperlukan untuk menjalankan pelbagai projek.

Dalam modul saya selama ini, pengajaran mengenai kewangan hanya tamat setakat kata-kata terseubt di atas, tanpa panduan langsung mengenai bagaimana seseorang mengurus atau meningkatkan kewangannya.

Projek latihan keusahawanan kami kepada ibu tunggal selama ini tidak berkesan kerana saya tiada ilmu mengenai selasmanship,personal finance dll. Saya sendiri pun personal finance senget saja, tidak lah samapi ke tahap berhutang atau serabut, tetapi masih di tahap Rm10 pada hujung bulan 🙂

Saya fikir dengan menghadiri siri kursus ini, saya boleh mendapat secara mudah dan ringkas pengalaman dan formula kejayaan personal finance dari mereka yang telah jadi jutawan.

Setelah menghadiri kursus ini saya fikir, tak boleh hantar ibu tunggal hadiri kursus mereka. Terlalu duniawi dan materialistik. Semua orang diajak menjadi jutawan. Hinggakan pada petang kursus, makcik yang dah nak mengadap ALlah ni, teruja pula nak menjadi jutawan dulu sebelum dipanggil mengadap. hehe Saya dah fikir dah macamana nak jadi jutawan yang tak kena hisab atas jutawan tu. NIatlah dari awal masuk akaun asing dan deikasikan akaun tu untuk kerja amal. Ha- tentu nanti tak kena hisab kan (isy ish teringin juga nak jadi jutawan makcik ni!)

Juga dalam kursus itu penuh dengan zikir chicken dance. Tak mahulah saya mendapat saham mengajarkan makcik makcik tu chicken dance. Jadi saya bwerazam untuk absorb semua prinsip yang diajar, permudahkankan dan adaptasikan sesuai untuk ibu tunggal dan as satizah. Tak perlulah kita letakkan tahap pencapaian jutawan, tapi kita boleh gunakan prinsip membinan pasif income sekadar memenuhi keperluan hidup. Saya fikir lebih senang dicapai financial freedom bagi orang yang zuhud. datentulah disingkirkan chicken dance yang nampak begitu utuh terpahat dalam training di malaysia ni.

Kenapa sampai jadi agen pelaburan pula?

Sebab saya juga sebelum itu masih tercari cari apakah perniagaan yang sesuai untuk yayasan. Perniagaan yang tidak perlu keluar modal besar, ( modal airl iur bagus juga) Maka selain dari training,  memujuk orang masuk ke saham ni bagus juga potensi pendapatannya. Dan ia selari dengan misi Yayasan untuk memantapkan tahap ekonomi muslim. ALhamdulillah, ada sijil syariah compliancenya.

Kesan sampingan dari kurus tersebut tercabar dan teruja saya – bolehkah  seseorang menjadi jutawan yang  tidak terkesan dengan kejutawanannaya? Dalam kata lain, hai, bolehkah aku menjadi jutawan yang akan masih terus naik kancil.

Sekejap, terlupa diri, saya pernah termohon ( bukan dengan nawaitu- tetapi lintasan hati) alangkah cantik kalau saya diberi kuasa atas sekelompok wang, talpi ia bukan wang saya, makan saya boleh mempunyai daya bertindak dengan wang tersebut- tanpa saya tercabar untuk terbeli itu dan ini. Saya tak minat dengan ujian sebagai orang kaya ( ujian sebagi orang miskin lagi saya takut!) Saya suka menjadi orang sederhana sahaja dalam harta- tidak diuji lah.

Tiba-tiba Allah mengkabulkan lintasan hati, barulah saya merana dan sedar.  Keadaan saya sekarang, tersepit dan pening menanggung dan mengepung sejumlah wang- yang mungkin Allah sedang ketawakan saya, terbukti tak menambah sebanyak mana  pun daya saya membuat kerja amal, malah saya rasa pencapaian aktiviti lebih rendah lagi dari semasa tidak mempunyai wang. Kerana masa tersita mencari ikhtiar mengepung, mengira, membela  wang tersebut.

Teringat saya  akan  kata-kata hikmah,  jika kita banyak harta, masa dan tenaga kita akan disita untuk menajaga harta. tapi jika  kita mempunyai banyak ilmu,  ilmu itu yang akan menjaga kita.

Jadi, saya ingatkan diri saya,  mohonlah ilmu yang bermanafaat sebanyak-banyaknya dari Allah, termasuk juga ilmu ‘tarik duit’  ni demi untuk perjuangan agama- dan atas dasar fi sabilillah, tetapi jangan lagi lah memohon harta yang banyak, walaupun harta yang telah diasingkan bukan untuk kegunaan sendiri kerana, anda dah rasa kan? betapa susahnya untuk  mengepung duit, dan betapa powerlessnya duit dalam melaksanakan kerja amal?Anda telah rasa kan diketawakan Allah?

Jadi saya akan teruls mengikuti kursus kursus personal finance ini dengan ingatan, toksah terujalah dengan jeritan dan panggilan untuk menjadi jutawan.  Memang, perkra itu terlalu kecil dan terlalu mudah bagi Allah jika Dia ingin mengizinkan kepada kamu,  tapi mahukah anda tanggungjawab menjaga dan mengepung  harta tersebut? Ini tidak termasuk lagi masa yang akan disita mengejarnya?

Cukuplah sekadar mendapatkan ilmu bagaimana untuk menjadi “financially free”  dan mengajarkannya kepada as satizah. Kita denan falsafah kita dalam Islam, mengambil dunia sekadar perlu, dan mensahamkan selebihnya dari tenaga untuk menuntut ilmu yang lebih mahal lagi, iaitu ilmu yang akan meningkatkan saham di akhirat nanti.

Terima kasih Allah atas tawaran, dan terima kasih juga atas peringatan. Ssaya tak kisah diketawakan Allah asalkan saya masih dibawah keredhaanNya.