Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Paradigm Shift- berpindah minda

Pagi ini terfikir- selama ini salah ukur perancangan dengan melihat goals- sebab hanya timbul kecewa banyak goals tak tercapai.

Quran belum faham 100%; hafazan tak meningkat malah menurun, buku tidak tulis, bengkel tidak berjalan, klinik kaunseling tidak tersebar, semua tidak tidak tidak…

Padahal- kalau mati saat ni- tak ada siapa yang peduli pun perkara- perkara yang saya tidak lakukan. Dan Allah hanya lihat usaha kita- bukannya hasil. Dan Allah lihat pada hati!

Maka lebih berguna (dan lebih doable) kalau saya fokus saja kepada tugasan dan ikhtiar harian saya- tanpa perlu melihat kepada sasaran akhir yang perlu diukur.

Tugas saya bukan untuk faham Quran 100%; tugas saya adalah untuk usaha mempelajari beberapa perkataan baru setiap hari. Tugas saya bukan mengekalkan hafazan di kepala- tugas saya mempraktikkan menyemak hafazan sedia ada setiap hari. Begitu juga, bukannya menyiapkan tulis buku- tetapi ikhtiar menulis beberapa perenggan setiap hari.

Dan seharusnya sentiasa berusaha untuk menyebut di lidah atau memikirkan mengenai Allah paling sentiasa yang boleh; di bibir atau di hati- dan memohon keampunan, keredhaan, serta hidayah dariNya.

Itu saja yang saya perlu lakukan setiap hari. Lebih mudah dan lebih kalis kekecewaan kan?

Bekerjasama dengan jemaah yang merokok

Antara yang sya belajar dalam usrah semalam adalah toleransi kepada kelemahan ahli dalam gerakan. ( AAArgh!) Antaranya adalah perlu snggup menerima ahli jemaah yang hisap rokok – kerana hukum hisap rokok tidak termasuk dalam hukum qat’i . ( aaaargh!)  Juga apabila saya mempertikaikan- kenapa ada jemaah tu- bila mesyuarat sakan- tidak pergi jeaah ke masjid? menurut beliau, boleh menerima pendapat berjemaah di masjid adalah fardhu kifayah sedangkan bermsyuarat itu termasuk dalam memikirkan kemaslahatan ummah- dalam angka membina khilafah- fardhu ain. Kemudian beliau menanyakan; bukankah mensyuarat jabatan selalu melangkah waktu azan, dan pengajian Sheikh besar juga begitu.

Hmm. Berat untuk ditelan. Saya masih tidak hormat pada jemaah yang disebabkan mesyuarat ( berlarutan mengikut pendapat saya he he) Mengenai jabatan yang bermesyuarat tu – memang betul! Namun kita tidak boleh banding kerana sememangnya mereka tidak berpaksikan perjuangan agama. Maka saya memilih pendapat dharurat sahaja kita bersama mereka – keluar sajalah sorang diri solat, lepas tu kembali ke mesuarat. Namun sangat janggal jika mesyuarat mengenai kemaslahatan umat- tapi orang semua ke mesjid- mereka masih bermesyuarat.  Dan Sheikh esar, walau tunda solat isya sebab pengajian, solat isya mereka tetap berjemaah di masjid.

Kemudian ustazah menyatakan, memang susah untuk duduk bekerja berjemaah, kerana jika ada sedikit pun takbur ada ego, tak akan sangup. Kita tidak bolelh menerima arahan, tidak boleh menerima kelemahan orang lain, tidak boleh diatur oleh orang lain.

Hmm rasa tepat tu, rasa terkena batang hidung. Saya  rsa memang ada banyak ego yang keras- yang malas bersusah susah dengan orang rami, mals berkompromi.

tak paa lah ustazah, saya bina jiwa saya dulu buang takabbur he he.

 

Rasanya, walau pun saya sudah faham keperluan bergerak secara jemaah, dan fikir semangnya jemaah yang ustazah jemput tu sebagai jemaah terbaik- teresar tersyumul, ter open dll – saya masih belum bersedia menyatakan taat setia dan berkawan-kawan denan orang yang merokok he he. Semoga ia bukan dari sifat takabbur.

 

Keretapi yang Memecut Laju

Keadaan saya pada peringkat hidup ini- Setiap hari saya dalam keadaan panik. Saya sedar bahawa saya akan mati. Untuk menapak di alam sana, alhamdulillah, saya rasa bersedia menerima keadaan. Bukanlah sangat kerana yakin akan amalan diri, namun saya yakin dengan rahmat ALlah. Saya menganggap positif bahawa Allah menerima doa saya setiap hari supaya Allah mengambil nyawa saya di saat Allah mengira redha dengan kehidupan saya dan sudi menerima diri saya pada waktu tersebut. Doa ini diiringi dengan janji saya pada Allah untuk sentiasa berikhtiarkan meningkatkan diri menjadi terbaik hamba Allah seperti yang saya pelajari pada masa tersebut.

Antara saya dengan Allah – tenang

Panik saya memikirkan mati adalah atas tanggungjawab yang Allah berikan berkaitan masyarakt. Menurut perkiraan hati dan aqal, saya masih belum melakukan yang sepatutnya dalam ikhtiar mengajak orang lain untuk mendekatkan diri kepada Allah. Saya melihat diri saya, berkhayal dan merancang, merancang dan merancang, tetapi masih tidak manapak menjalankan perkara perkara yang ada dalam kepala saya yang patut dilakukan.

Saya senaraikan antara perkara yang ada dalam kepala saya:

Saya perlu menyampaikan kepada orang orang disekeliling saya mengenai falsafah hidup PDA- iaitu “Projek Dunia AKhirat”. Ia merupakan falsafah- kembali kepada Allah, memodifikasikan hidup supaya paling tepat mengikut syariat, sentiasa menuntut islmu, meningkatkan amalan harian, dan meyebarkan dakwah mengnai falsafah hidup sedemikian. Tidak ada uniknya falsafah yang disampaikan.ianya dakwah. Namun saya yakin keistimewaan penyampaian melalui pakej ini supaya lebih mudah difahami dan diterima. iaitu tidak perlu menunggu masa akan datang- lakukan sekarang, dan tidak perlu menunggu peluang. Ia bersifat here and now. mlangnya untuk menyampaikan falsafah ini, saya jam.

Menyebarkan melalui blog- blog saya nak menulis sekda ini juga sudah susah sekali. Kiranya, menulis entry hari ini adalah latihan untuk saya meulakan menulis mesej mesej yang sayan anggap amat berat untuk ditulis.

Menyebarkan melaui ceramah dan bengkel. bagaimana saya memulakan bengkel? jemput diri sendiri? jemput saja orang ke satu temapt? siapa? bila? di mana?

Ada rakan menyatakan- untuk menyebarkan ide, mulakan dengan menulis satu buku. Ide yang bagus. Cuma persoalan- bagaimana ya untuk meula menulis buku hingga siap?

Maka persoalan ini berputar putar dalam kepada saya dari pagi higga malam, sementara saya bersibuk bekerjaya disiang hari, dan bergelut dengan anak-anak dan rumah dimalam hari. tak juga ada progres apa apa hari demi hari.

Itu satu beban yang tidak pernah terlepas dari dada.

Antara yang termasuk dalam projek tersebut adalah: menulis buku” wasiat dari simati- kepada yang bakal mati”. Ini datang dari ide bahawa kita terkesan dengan kata-kata seorang semasa dia hidup, apabila kita membacanya selepas dia meninggal. Kita selalu hairan bagaimana seseorang yang hidup lupa memikirkan mengenai mati. namun, jika ada pesanan dari orang tersebut, kita tentu ambil serious pesanan tersebut denan mengetahui keadaan bahawa dia sudah pun mati.

Atau saya tulis saja buku tersebut seorang diri.

Yang ini pun sesak di dada, tak mahu keluar, tapi tak mahu hilang dari diri- iamerupakan tekanan

lagi: Mengenai projek amal jariah di bawah yaysan nusrah.

Saya bayangkan individu yang bermiant untuk meninggalakn amal jariah, bukan semuanya mampu beli bungalo atau rumah kedai atau tinggalkan yayasan. Namun jika wang cash, dikumpulkan bersama, dirurus oleh yayasan- seperti tema air asia- anyone can fly, sayaingin lancarkan skim anyone can leave amal jariah. serend RM1000, wang tersebut akan dilaburkan dan diuruskan oleh yayasan. wang asas tersebut tidak akan diusik, hanya keuntungan dari wang tersebut akan dikira setiap tahun dan akan disalurkan untuk kerja amal yang dispesifikasikan oleh eruntukan tersebut.

Sepanjang saya memikirkan skim ini- dan masih tidak mlancarkannya, sudah 5 orang dari sahabat saya telah meinggal dunia; yang terakhir semalam. Saya khuatiri saya juga akan meninggal sebelum skim ini boleh dilancarkan. Itu yang menyesakkan dada saya juga setiap hari.

Saya betul betul perlu berfikir sejenak dan membuat perancanga- jika tidak boleh pun yang rapi, dan saya perlu membuat tindakan segera untuk menghilangkan kesesakan dada, juga sebelum keretapi samapi ke stesen dan saya akan diturunkan- menangisi dan menyesali kerja-kerja yang belum selesai.

Dan adakah dengan menulis artikel ini akan dapat menggerakkan tindakan saya, atau mengurangkan kesesakan di dada, atau hanya akan mensita lagi masa yang sememangnya sudah sangat terhad ini? hanya Allah yang mengetahui

Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya- la haulawa laa quwwata illa billa hil aliyyiladzim

Post raya blues- masih?

Masa kecil dahulu, saya dan kakak akan duduk di tangga rumah pada petang raya dan merenungkan kesedihan kami. “Masa petang rayalah masa paling tak best” kata saya yang kecil dahulu; “Sebab ni lah masa yang paling lama sekali untuk sampai pula ke raya yang lagi satu”. Maka kami berdua pun ‘melengung’ bersedih bersama-  sambil mengingat-ingatkan jumlah duit raya sebagai penghibur.

Masa berlalu, dan tidaklah saya bersedih menunggu raya yang paling lama akan tiba- kerana pada usia 48,  ramadhan yang di dambakan, dan saya juga tahu- jika dipanjangkan umur,  Rejab akan menjelang esok lusa. Semoga tabiat baik yang belum berjaya dimantapkan pada ramadhan yang lalu, mampu diterapkan sedikit demi sedikit sebelum Rejab menjelma dengan lajunya.

Namun perasaan sedih dan ‘kosong’  tetap datang mengikut jadual – dan saya mengharap pada usia sepatutnya sudah matang, saya mampu menanganinya dengan cara yang lebih baik sedikit dari semasa saya berumur lapan tahun.

Perasaannya tidak datang pada petang  raya. Ia tiba sedikit pada petang pengakhir ramadhan semasameningatkan peluang mengaut pahala berganda sudah ditutup. Menyesali tabiat yang masih belum mampu dimantapkan dan memujuk hati mengingatkan beberapa tabiat yang sudah tertanam. Namun review ini berlaku laju dan ringkas dalam keriuhan bersalaman dan bertanya khabar  saudara yang jauh yang sama-sama berkumpul di rumah ibu. Terbang melintasi fikiran wajah-wajah arwah. ayah (dengan wajah rekaan sendiri kerana beliau meninggal semasa saya bayi), nenek- semasa wajah ceria beliau, ibu dan ayah mertua- tak sempat pun menghadiahkan fatihah pada detik tersebut- sekadar perasaan puas hati kerana menjangkakan mereka beroleh manafaat dari sedekah-sedekah disepanjang ramadhan. Agaknya begitulah ingatan anak-anak kepada kita nanti di akhir ramadhan. Maka nadiyah dan bakal bakal mayat semua- carilah bekal akhirat sendiri agar dapat pahala mengalir sendiri, dan berharaplah  belas ehsan dari Allah. Janganlah kita meletakkan pergantungan untuk sedekah dari anak-anak kelak!)

Berbalik ke perasaan sedih- ia juga tidak datang pada petang raya lagi, kerana tiga empat hari sibuk dengan urusan silaturraheem, abang akak sendiri, anak-anak menantu, kawan lama sekampung yang baru berjumpa semula, saudara serumpun yang perlu dikenal semula anak cucu mereka kerana masing-masing bertambah ahli.

Post raya blues sekarang tiba  pada hari anak-anak dewasa pulang semula ke tempat mereka.

Kakak Iman sudah menaiki keretai  malam semalam, Abang Mat, Kakak Najat n incoming baby akan menaiki feri pagi ni. Isa dan Ibrahim  sudah diarah mengemas beg untuk ke asrama masing-masing – mereka sedang berlumba ‘last kopek’  me laptop. Hikmah – pembantu akademik – sedang naik bas menuju ke sini. Anak raya pulang ke tempat kerja. Anak kerja pula meninggalkan ibu bapa dan kembali ke ibu kerja mereka. Hidup kembali ke rutin asal.

Saya memproses kesedihan ini.

Tidaklah pada umur ini menyesali keseronokan yag berlalu kerana raya bagi dewasa sangatlah meletihkan dan lebih kerap mengundang ‘escapism’ ke celah mana-mana ruang untuk mencuri tidur sebelum dipanggil menyelamatkan dari kerenah anak, membancuh air tamu, atau bersosial melayan tamu.  Pulang ke rutin kerja juga tidak pernah membosankan kerana  bagi dewasa – kerjalah mainan kita.

Saya kira ia bukannya kesedihan merenungkan sambutan raya berlalu, tetapi syahdu yang timbul pada masa transisi. Masa-masa begini mengingatkan kita tentang lajunya berlalu masa- dan kita mengukur apakah kita telah menggunakan sepenuhnya untuk memenuhi tujuan asal hidup – untuk berjuang mendapatkan keredhaan Allah dan bersama seramainya selamat  jika ditempatkan di syurga kelak.

Adakah anak-anak dewasa saya sedar akan tujuan hidup, atau adakah mereka terleka mengejar dunia? Adakah kita juga serupa dengan mereka? Tidak mustahil kita sedang menangisi orang lain bermimpi- sedangkan rupanya, kita juga sedang dalam mimpi. Adakah anak-anak kecil mampu membentuk diri mereka sehingga boleh menjadi dewasa Muslim yang akhirat conscious? Semua ini, telah terluut sebentar semasa ramadhan dalam kesibukan mengatur jadual hidup padat ramadhan, terlupa juga pada saat menyambut aidil fitri dengan kesibukan menguhubungkan silaturrahim berselirat. Apabila anak-anak melangkah pergi dan hampir kembali ke rutin asal- maka perkiraan ini kembali bersama kesedihan melambai pergi ramadhan dan aidil fitri.

Ya Allah. Aku kembali mendaftar diri menjadi pekerjaMu. Akan kusambung tugas harianku, mengingati diriku dan orang lain mengenai hakikat kehidupan. Akan ku ajak semua orang bersama mencari bekalan akhirat. Bantulah kami  ya Allah.

Semoga tiada yang ku kenali dan ku sayangi tercicir dalam perjalanan ini. Semoga tiada yang tersangkut dan terpaksa transit di neraka- lindungilah- ya ALlah. Semoga semua melalui perjalanan yang mudah menuju kepadaMu Ya Allah. Selamatkanlah murid-muridku yang masih belum Islam beserta keluarga n keturunan mereka yaAllah. Kekalkanlah dan tambahkanlah hidayah kepada semua yang ku kenali sehingga kami selamat bertemu Mu Ya Allah. bantulah kami ya Allah- berilah curahan hidayah yang tidak putus putus – lindungilah kami dari kelekaan dunia dan kejahatan diri kami sendiri. Setelah kami mati nanti- kau lindungilah perjalanan kami sehingga selamat bertemuMu dalam keredhaanMu Ya Allah.

Ingin berjumpa Allah, tapi belum bersedia mati

Terpapar di luar benteng satu institusi ketenteraan di kawasan rumah saya; ia berbunyi – “Berani Mati”.

Setiap kali saya lalu dan membacanya, terlintas di hati saya, wow- betul ke depa ni berani mati?

Mengingatkan diri saya sendiri, pada satu masa dahulu saya pernah malas untuk hidup dan terlau rindukan untuk bertemu Allah. Saya kurang pasti pada masa itu apakah saya betul-betul berani mati, atau cuma malas untuk hidup.

Pada masa sekarang, saya memang pasti, keinginan membuak selalu timbul pada masa saya malas menghadapi kesusahan hidup. Contohnya, apabila odit ISO nak datang dan saya malas siapkan kertas, saya fikir,” kalau tangguh sehingga minit terakhir adalah strategi terbaik, manalah tahu kot-kot mati celah celah ni, jimat satu ISO report tak payah buat.”

Kalau difikir dari satu aspek saja, lagi cepat mati lagi bagus. Saya jenis manusia yang malas untuk lama menunggu-nunggu. Jika diberi pilihan oleh Allah, sama ada nak terus masuk syurga saja, atau mahu  hidup lagi di dunia- tentulah saya nak mati sekarang juga.

Namun, fikiran waras akan selalu mengingatkan, beranikah anda- meminta dari ALlah untuk melangkah ke alam sana dengan bekalan yang sedia ada?

Sekali kita melangkah ke alam sana, tidak boleh lagi perpatah balik.

Akhir sekali saya membuat perkiraan dengan Allah (seandainya Allah bersetuju dengan perkiraan saya) Saya memohon dengan Allah untuk menyelamatkan saya sahaja, tak kiralah matinya bila atau bagaimana. yang penting Allah ambil lah saya semasa Allah fikirkan saya sudah cukp bekalan, atau  Allah akan tambahkan sehingga cukup. Selagi saya masih di sini, saya berjanji akan berikhtiar menambahkan bekalan setiap hari. Juga saya fikirkan, kemungkinan juga ALlah mahukan saya masih disini kerana masih ada lagi khidmat kepada sesiapa satu dua yang masih perlu saya lakukan di sini. Maka saya juga berikrar untuk berikhtiar memberi khidmat kepada sesiapa yang Allah hantar kepada saya. Permohonan saya kepada Allah adalah supaya menjaga saya sepenuhnya dari terjebak denga maksiat lagi, walau kecil atau besar. Kerana jika berharap kepada diri saya sahaja, saya tidak percayakan diri saya ini. Juga saya memohon kepada Allah agar mendorongkan hati saya untuk sentiasa minat, bersemangat dan rajin untuk berbuat taat. Sebab kalau harap pada diri saya saja, tentu suka untuk duduk malas tak berbuat apa-apa.

Dengan ikrar dan harapan ini, maka saya pun berasa sedap hati sikit untuk meneruskan kehidupan. Sementara menungu masa di panggil kembali, ada lah sikit arah dan tujuan hidup. Nampak lah sikit apa yang perlu dilakukan setiap hari untuk tidak membazirkan kehidupan, dan tidak lah kerisauan yang tidak menentu, kerana jika Allah menjawab permohonan doa saya, bererti Allah akan mengambil nyawa saya pada detik yang Allah kirakan telah boleh selamat saya meniti ke alam sana. Alangkah bahagia bila boleh mnyerahkan sepenuhnya urusan urusan sebegini kepada Allah.

Masih di Tahap Tadika dalam Fiqh Auliyat

Saya berjiwa hitam putih, mudah berurusan dengan perkara yang diputuskan secara konkrit. Walaupun setelah direndam dalam latihan kaunseling yang berurusan dengan keputusan samar-samar dan berubah-ubah, jiwa saya tetap menyenangi perkara konkrit dan diputuskan, dalam termnologi agama di panggil “qata'” – yang telah diputuskan.

Semasa meningkat remaja, saya mudah menerima kefahaman- harus solat 5 waktu dalam apa jua keadaan. Saya dan rakan-rakan bangga mencontohi pemandu bas kami yang sentiasa berhenti untuk solat walau semasa berkelah atau berkhemah.

Kemudiannya, saya belajar- harus tutup aurat sekian-sekian kawasan tubuh- maka kami setelah memahami hukum tersebut,dan mendapat keberanian untuk mematuhinya, dan berbangga kerana terus cuba mengamalkannya. Semoga bangga tersebut tidak dianggap Allah sebagai riak atau ujub. Pada masa tersebut, dengan sepenuh hati, meminjam tudung rakan yang sehari advance dari kami dalam pemakaian tudung, kemudian curi keluar ke pekan membeli tudung untuk diri sendiri dan membawa amanah pesan dari berpuluh rakan yang lain. Alangkah indahnya perasaan seronok dapat taat kepada Allah sepenuh hati.

Kemudian, setelah meningkat dewasa dan di IPT, mempelajari pula dosanya riba, terus membuka akaun semasa di bank, dan tidak membuka akaun savings. (pada masa tersebut, belum ada akaun wadiah) Alangkah indahnya perasaan mampu taat kepada perintah dan larangan Allah. Pakaian dilonggarkan, warna dipudarkan dan digelapkan, tudung dilabuhkan.  Kemudian mempelajari bahawa muzik itu haram. Terus kaset-kaset ditongsampahkan, gitar dipatahkan (supaya tidak dikutip dan digunakan oleh orang lain. Saya menggugurkan diri dari kelas muzik elektif. Seorang sahabat yang sememangnya biasiswa pengajian muzik, mearayu kepada penaja, dan bertukar kepada bidang ekonomi yang lebih selamat syariat.

Pernah kami terkejut besar kerana seorang sahabat baru menjumpai bahawa mazhab Shafie mewajibkan pemakaian purdah bagi wanita, kecuali yang sangat tua dan sangat tidak cantik.  Untung sahabat yang lain cepat mendapat maklumat bahawa tidak perlu mengikut mazhab Shafie dalam semua perkara. Maka kami pun membuat fatwa sendiri pada masa tersebut, untuk tidak mlengikut Imam Syafie dalam urusan berpurdah. Jika tidak memang berpurdah lah saya dan kawan-kawan kerana kami pada umur tersebut murni dalam ‘sami’na wa ata’na”.

Kemudian meningkat lebih dewasa, dan saya mula menjumpai pelbagai dilema, dan hampir tidak mampu untuk menggarap falsafah hidup yang Islam yang praktikal. Bukan susahnya pada kehendak untuk taat. Saya memang mahu taat, tetapi pada ketaatan interpretasi yang mana satu? Pada masa tersebut, dalam mendapt ilmu Islam secara sendiri- sendiri, belum pernah s menemui lagi konsep fiqh auliyat- ilmu mengenai keutamaan- menganai amalan mana yang lebih afdhal dilakukan pada waktu bagaimana. Maka saya cuma taat pada prinsip pertama yang saya nampak, dan tidak hirau lagi perkara kedua yang mendatang.

Saya suka menceritakan mengenai kisah yang tidak sahih ini, rungutan seorang mengani adiknya yang ‘terkena angin dakwah’. Menurut si abang, adiknya ini terlalu gemar membaca Quran, sehinggakan pada hari kenduri  di rumah mereka, adiknya masih duduk di tiang rumah membaca QUran ditengah kekalutan kenduri, tidak menghiraukan tetamu yang berkeliling. Saya selalu ketawa membayangkan senario ini, dan sekaligus insaf bahawa si adik ini melambangkan saya dan golongan saya, yang semangat membara untuk taat pada Allah, namun ilmu fiqh terlalu sedikit, dan ilmu fiqh auliyat belum pun dipelajar pada masa tersebut. Bukan sedikit perkara janggal yang dilakukan, namun tak bolehlah diceritakan di sini kerana Islam tidak membenarkan kita mendedahkan perara buruk mengenai diri sendiri demi menjaga maruah.

Saya juga kurang mampu menghadapi dilema menghadapi tuntutan agam yang competing dan berlawanan.  Selalunya situasi sebegini melibatkan antara tuntutan bermasyarakat dan tuntutan untuk patuh kepada syriat pada masa yang sama. Contohnya, kita dituntut menyendiri dan membanyakkan amal dalam hari terakhir ramadhan. Kita juga dituntut menyambungkan silaturrahim. Bila pulang beraya, tarawih entah ke mana, khatam quran entah ke mana,  ibu dan anak mengadap ke kaca television sedangkan sepanjang tahun tiada tv di rumah.

Saya beberapa kali menyatakan kepada ustazah mentor saya- “tak bolehkan kita mencari alasan untuk tidak pulang beraya, pulang saja dan bersilaturahim pada waktu lain- selamtkan diri semasa raya.” Tak pernah pula mendapt keizinan begitu. Hukumnya- di Malaysia pulang beraya tuntutan agamaerana  ibu bapa mengharapkannya, dan untuk menjaga diri dari  tv dll- anda perlu kreatif dan mencari penyelesaian mengikut kebijaksanaan sendiri. Pada masa-masa, saya (yang masih berfikiran hitam putih) pasrah sajalah, ambil keputusan menjaga silaturrahim, tonton je lah tv ( nak ke dapur masak, tak pandai dan tak rajin) dengan ingatan-habis raya nanti mohon keampunan. Hi hi- semoga Allah mengampunkan.  Bertahun juga sedemikian sebelum mahir membuat strategi pulang ke kampung, tetapi menyendiri tanpa mengguris hati orang lain).  Mengenai anak-anak semasa cuti- saya memang tidak minat dengan crak sedia ada, dan masih mengharapkan penyelesaian, namun saya berpegang, keperluan bersilaturrahim lebih aulia dalam situasi ini.

Antara perkar membawa dilemaa selama ini juga mengenai muzik. Untuk diri saya yang berjiwa hitam putih, saya lebih mudah saja memegang pendapat yang paling tegas, hanya gendang dan percussion, dan hanya dalam nasyid- iaitu nayyian yang mengingat kan kita kepada ALlah. namun, sentiasa saya dalam majlis yang mencampur adukkan muzik bertali dan bertiup. Jika terus berhadapan dengan muzik yang tidak berurusan dengan Allah dan agama, itu lebih mudah. Saya sekadar mengelakkan sahaja sebanyak mana mungkin. Jika terpaksa lalui seperti dalam supermarket, saya menganggap ia gangguan yang tidak boleh dielakkan seperti lalat yang menganggu kebersihan sekeliling. Kita tak suka, tetapi ia datang juga. Yang menjadi dilema adalah apabila muzik-muzik sedemikian mengiringi nasyid atau puisi,atau lebih dahsyat lagi- hadith!. Terdapat satu ketika saya menghadiri majlis motivasi yang iringan muzik violin yang kuat dialunkan bersama bacaan Al Quran menyebabkan saya tidak tahan lagi, terus menerpa keluar dari dewan tersebut dan memulangkan semua bahan kursus.

Setakat ini, saya masih belum menjumpai formula yang selesa untuk menghadapi situasi situasi dilema, masih bergantung kepada fatwa satu persatu dari ustadzah, keranabelum mampu membuat keputusan sendiri atas situasi yang berlawanan keutamaan ini.  Memang interpretasinya canggih dan memeningkan kepala. Seorang ustadz yang diikuti contohnya,mereka tidak boleh hadir ke majlis yang ada muzik yang terlarang dan pengantin bersanding. Makan beradab di meja panjang, jika berhias dan lain-lain – juga dianggap setaraf dengan bersanding. Ini kerana kehadiran mereka akan digunakan oleh orang ramai sebagai hujuah bahawa perkara tersebut dibenarkan. Namun jika saudara mara sendiri yang menjemput, kita sebagai saudara mara, harus hadir juga ke kenduri, walaupun terdapat unsur-insur yang melanggar syariat. Bagaimana untuk menghadapinya? Tiada pulfa ormulanya.  Antara tips yang diberikan- jika boleh hadirkan diri semasa  ‘rewang’ atau persediaaan, kemudian hilangkan diri semasa riuh rendah ketibaan pengantin dll. Ini jika kita saudara. bagaimana pula jika kita sendiri ibu atau mertua?  Ini perkara yang susah untuk dipertimbangkan, memerlukan kefahaman  yang tingi dalam fiqh auliyat, dan kemahiran bersos

Alhamdulillah, terdapat situasi di mana saya sendiri telah pandai membuat keputusan berasaskan keutamaan dan kemaslahatan umum. Contohnya, berkaitan tuntutan berpu umur lebih meningkat, saya menurun sifat wanita muda, dan tiada halangan atau masalah untuk berpurdah.  Kedudukan di tempat kerja juga agak kukuh, tak perlu merisaukan siapa yang akan marah atau tidak suka. Namun, rasa keperluan berpurdah juga menurun, memandangkan kita kerap dipanggil makcik dan kadang-kadang tok. Maka saya memilih untuk meneruskan tidak berpurdah untuk memudahkan bergaul dengan masyarakat umum. Ini memandangkan Allah telah meletakkan saya untuk hidup aktif  dalam masyarakat umum. Seorang rakan yang lain yang agak ‘background worker’ memlih unt berpurdah setelah usia meningkat kerana beliau rasa lebih selesa sedemikian, dan beliau tiada keperluan bergaul dengan masyarakt umum.

Namun dalam banyak lagi perkara, saya masih tidak pandai untuk memilih keutamaan, terutama bagi perkara  kelabu dan menghampiri melanggar syariat. Saya sendiri, walaupun  seorang kaunselor terlatih, dan walaupun  sudah matang usia, apabila menghadapi situasi dilema masih terpaksa bergantung kepada penilaian dan fatwa ustazah saya., terpaksa menelefon menceritakan situasi, dan mengharapkan  ustazah membuat fatwa spesifik. Saya tidak bangga mengenai perkara ini, tatapi terpaksa menerima itu jalan terbaik untuk mengatasi kelemahan diri.

Semoga Allah memberi kefahaman yang lebih tinggi lagi kepada diri saya selepas ini kerana tidak boleh lagi lari menyendiri ke gua pada umur dan status sosial sekarang. Sementara menunggu bertemu dengan Allah, masih perlu erhadapan dengan masyarakat dan bertindak berhemah dan kurangkan kejanggalan, supaya tidaklah  saya menjadi seperti rakan dalam cerita tidak sahih tadi, membaca Quran di tiang rumah, di tengah-tengah kenduri kahwin  🙂