Archive for the ‘tasawuf’ Category

Allah Maha Sabar Dan Penyantun atas Kebodohan dan Ketidaksopanan Kita

Saya mempunyai seorang sahabat muda yang apabila beliau menanyakan soalan, kita sehingga mengurut dada dengan soalan-soalannya. Sebelum menjawab soalan beliau, saya sering berpesan, memujuk; “Jangalah menanyakan soalan-soalan begini kepada orang ramai atau ustaz – saya risau mereka akan tidak sabar dan marah pada awak, dan awak akan marah kepada mereka”.

Saya bukanlah orang yang begitu sabar, namun saya amat memahami persoalan-persoalan sebegitu kerana saya juga jenis orang yang suka fikir ini dan itu dan tanya ini dan itu. Cuma bezanya saya dengan dia mungkin- saya bijak sedikit – tidak menyuarakan persoalan tersebut kerana menjaga adab, dan menjaga hati dan minda masyarakat sekeliling. Saya juga yakin bahawa Allah itu adil dan bijaksana, dan persoalan itu timbul di fikiran saya hanya dengan kedunguan diri. Melalui umur yang tua, pengalaman saya adalah Allah akan menjawan persoalan itu bila kita sabar menunggunya.

Ingin saya ceritakan dua soalan dungu yang berlaku semalam dan pagi ini; akhirnya soalan dungu kedua menjawab soalan dungu pertama.

Yang paling mengharukan saya mengenai perkara ini adalah betapa sabar dan santunnya Allah kepada hambaNya yang boleh dikatakan biadab- berani timbul fikiran-fikiran mempersoalkan Allah. Sabarnya Allah kepada hanya seorang hamba. Tidak dipanahnya kita dengan halilintar, atau dimatikan kita serta merta – malah santunNya Allah Al Halim, sehingga sudi menjawab secara peribadi persoalan-persoalan hanya dari seorang hamba.

Teringat saya kisah yang diceritakan Allah dalam al Quran mengenai seorang hamba Allah terpilih dari Bani Israel. (rujuk Al Baqarah 259) Beliau melintasi satu kawasan ‘ruin’ ( kawasan yang sudah runtuh semua banguna; dan terlintas difikiran nya; ” Bagaimanakah Allah akan menghidupkan semula/membina semula negeri ini sesudah matinya/rosaknya?”

Allah telah mematikannya – sebagai demo untuk menjawab persoalannya- bukan sebagai hukuman mempertikaikan kekuasaan Allah. Betapa santunnya Allah! Kemudian, Allah menceritakan kisah ini di dalam al QUran untuk menjawab secara umum persoalan ini kepada orang lain pula.

Pada lapisan lain pula, hamba seperti saya menjadi lega membaca mengeanai kisah ini, kerana ia seperti jaminan dari ALlah bahawa sememangnya Allah menjadi ada antara hambanya yang – jika tidak mempertikaikan pun – akan mempunyai fikiran yang aktif meronda, dan akan ‘tertikaikan’ hikmah dan perancang Allah di sini sana. Di sini, kita belajara melalui kiasan bahawa Allah memberi jaminan, Dia tidak marah atas timbulnya persoalan-persoalan sebegini dalam hati manusia, malah Dia sudi pula melayan kita dan menjawabnya dengan cara Nya sendiri.

Kembali kepada persoalan dungu saya. Soalan pertama petang semalam, semasa merefleksi mengenai ayat ayat Al Quran – saya sedar bahawa saya sangat tidak suka ayat ayat yang menceritakan mengenai siksaan ahli neraka. Jika ayat mengenai pujian ALlah dan ahli syurga boleh dibaca berkali kali, ayat siksaan, saya selalu baca laju laju dan ‘buat tak heran saja’; kata Mat Salleh – ‘gloss over’ saja. Maka semalam, timbullah fikiran begini; “Kan best kalau ada ayat bagus bagus saja. tak payah lah cerita mengenai neraka- takut!”. Satu lagi; ” Adakah Allah manhu pujuk kita bila sakit hati pada orang kafir yang jahat menyiksa orang Islam, kita baca ayat siksaan neraka; kita akan rasa sudah balas dendam dan puas hati- ya, nanti hampa kena siksa nanti- padan muka!”. Malangnya, bila fikir sesiapa pun dan fikir siksaan neraka- rasa seperti tak padan pula. Timbul kasihan pulak pada mereka. Malah yang lagi tidak seronok, bila membaca ayat-ayat ini, tak sempat pula fikirkan musuh-musuh Islam. Rasa-rasanya diri sendiri pun belum ada jaminan terlepas dari merasakan juga sedetik dua- wa iyya dzubillaaah!

Persoalan ini tergantung saja melayang-layang datang dan pergi.

Pagi ini sampai kepada ayat neraka lagi ( hu hu!) – Al faathir 78. Allah menceritakan; ” Mereka terjerit-jerit (sambil merayu) di dalam neraka; ‘Wahai tuhan kami, keluarkanlah kami, kami akan mengerjakan amalan yang soleh, dan bukan lagi amalan seperti yang dahulu.” Kemudian Allah menjawab; “Bukankah kami telah melanjutkan umur kamu (* teringat- sudah 50 tahun saya hu hu!) dan memberikan masa untuk berfikir mengenainya bagi sesiapa yang mahu beringat (*habis masa main FB hu hu!) sudah didatangi kalian pemberi peringatan, maka rasain! – bagi orang-orang zalim, tiada siapa boleh menolong”

Maka timbullah persoalan dungu kedua:”Hmm…. kenapa Allah tak ambil saja semua orang, celup di neraka sekejap, lepas tu kembalikan mereka ke dunia- ha- baiklah semua orang!” he he

Kemudian teringat persoalan semalam. Rupanya persoalan semalam menjawab persoalan hari ini. Atau persoalan hari ini menjawab persoalan semalam. Sememangnya Allah sedia mebawa kita dan mencellupkan kita ke dalam neraka, bukan sekali, malah berkali-kali setiap kali kita melalui ayat-ayat siksaan neraka. Itulah gunanya ayat-ayat neraka- sebagai peringatan kepada kita untuk menyelamatkan diri kita. Sebagai motivasi kasihan kita untuk bergegas menyampaikan dakwah dan menyelamatkan sesiapa yang boleh diselamatkan.

Sebenarnya teori saya itu salah, dan sudah dijawab juga oleh ALlah. (rujuk surah Ad Dukkhan 15) “Sesungguhnya, kalaulah Kami hapuskan azab itu barang sedikit pun – sudah tentu kamu akan kembali”. Bermakna, manusia ini, sekali dicelupkan pun ke dalam neraka, jika di beri peluang kembali- tidak juga bermakna semua akan jadi baik.

Ada sesiapa pulak yang mahu bertanya kenapa tak boleh?

Sebelum kita tertanya, sudah dijawab dulu oleh Allah: (rujuk As Sajdah 13). “Jika kami mahu, kami boleh memberikan setiap individu petunjuk, (supaya tidak terkena azab di akhirat); TETAPI – telah aku tetapkan perkataanKu – ‘Akan Kupenuhi neraka jahannam dengan banyak Jin dan Manusia”. Semoga Allah tidak memilih kita menjadi dari golongan ini.

Kepada sahabat muda saya tadi yang suka bertanyakan soalan ‘urut dada’, dan juga kepada individu-individu seperti saya yang suka melilau pemikiran; jangan risau kerana Allah as Syaakur amat memahami dan sudi melayan kita. Cuma kita perlu jaga adabnya. Jangalah bertanyakan soalan-soalan ini kepada sesiapa saja kerana ia mungkina akan menimbulkan fitnah. Jika anda sudah mempunyai ustaz atau ustazah yang berfikiran lapang dan memahami- anda boleh mebincangkan dalam suasan yang selamat. Jika tidak, sabar dant eruskan pembacaan Quran dan mempelajari mengenai ilmu agam Islam. Insyallah, persoalan itu akan Allah jawab, cuma memerlukan sedikit masa dan kesabaran, dan reflksi diri sebagai hamba Allah yang mengharapkan dariNya.

Rayuan Derma yang di’share’ sahaja

Pernah tak rasa bersalah sebab ada rayuan derma yang kita sendiri tidak respon, tetapi sekadar share sahaja?

Saya punya reasoning begini. Semua dari kita tidak mampu memberi respon kepada setiap rayuan derma kerana kewangan kita terhad, dan iman kita juga terhad (belum cukup tinggi lagi he he) – maka kita akan pilih dan meyokong secara kewangan beberapa kes yang ‘resonate’ di hati kita.

Bagi kes selainnya, kita iringi dengan doa (sebab doa tiada had, maka mudah saja untuk murah hati dengan doa he he), dan manalah tahu, dengan sharingnya kita – akan sampai mesej tersebut kepada insan yang akan memberi respon kepada rayuan tersebut.

Saya sendiri amat simpati dengan projek peningkatan hidup seperti yuran pelajaran, lesen kereta, modal bisnes, juga  usaha awam seperti masjid, sekolah tahfiz. Saya sangat jarang beri kepada rumah anak yatim (walaupun saya dulu anak yatim) sebab saya mendapat impressi orang Malaysia  sangat suka sedekah pada anak yatim- atau bias peribadi saya sebab saya dulu bukan yatim yang miskin- dan semua orang suka beri duit pada saya. Saya juga hampir tidak pernah memberi kepada keperluan perubatan, bukan tidak simpati, tetapi sebab saya selalu buat perkiraan ekonomi- kos perubatan yang dirayu selalunya tersangat tinggi – dan jumlah wang tersebut boleh menolong lebih ramai orang lagi, dan saya pun selalu fikir sakit juga boleh lega dengan cara lain dari ikhtiar hospital yang mungkin lebih rendah kosnya- itu bias peribadi saya. Saya sendiri juga tidak pernah ambil insuran perubatan untuk diri dan keluarga kerana  bias memikirkan hospital kerajaan mencukupi dan apa yang tidak boleh diusahakan di situ, masih ada jalan ikhtiar alternatif; juga Allah boleh sembuhkan saja dengan apa saja cara jika Allah mahu- maka tidak perlu ikhtiar berhabis habisan berubat kerana banyak lagi keperluan hidup lain  dan perjuangan yang lebih utama.

Maka saya meneruskan meng’share’ sahaja posting-posting rayuan derma perubatan- semoga Allah menerima pendirian yang  tidak sempurna ini dan tidak menguji saya dengan saya sendiri tiba-tiba memerlukan derma orang ramai terhadap ikhtiar kos perubatan saya.