Archive for the ‘Sembang Sintok’ Category

Cerita Cinderella versi Sintok

Ini cerita Cinderella, tapi versi sintoklah. Heroinnya adalah sayalah. Ceritanya ada persamaan setakat jam 12.00 sahaja. tak ada kakak tiri, dan tak ada mak tiri, cuma ada mak mertua  @ mak mermuda sahaja sebagai heroin cerita.  Prince charming adalah juga, tapi watak tak penting, sebgab cerita Ustaz komputer@ bapa mertua @ bapa kerkuda cuma satu line sahaja. Ceritanya begini.

Pada suatu hari, ada seorang mak mermuda. Oleh kerana dia kenduri  mneyambut menantu sakan, dia telah menundakan marking examnya sehingga selepas kenduri. Fikirnya, lepas kenduri nanti saya buatlah dengan tekun. Cerita ini diselang seli  dengan lagu lagu ala Disney- mak mermuda menanyikan lagu tema yang berbunyi begini;

tekun dan sabar, sabar dan tekun ( ulang sebanyak yang larat)

Oleh kerana mak mermuda glaed dengan kenduri kendara, lepas tu pula ghaled dengan nak training  kakak kambodia baru sampai, di selang  melayan tiga abdul yang kebetulan juga cuti pada dua minggu tersebut, dan Ustadz Ilyas yang tidak lagi pergi ke nursery oleh kerana kakak kambodia sudah sampai, maka beberapa hari terakhir yang ada penuh dengan cerita mak mermuda membawa tiga abdul ke pejabat dan terlena  hanya dengan membaca satu dua krip jawapan sahaja.

Kebetulan juga mak mermuda telah hilang kacamata separuh power yang digunakan khas untuk membaca skrilp tulisan budak budak yang sangat hodoh hodoh. (budak budak tu comel dan handsome, tapi tulisan mereka kemut  kerepot dan hodoh hodoh. Maka berair lah mata pensyarah lama ini, walaupun mak mermuda, tetapi sudah dapat pangkat pensyarah tua, apakan daya.

Maka pada hari terakhir, yang telah pun diberi oleh lpihak berkuasa UUM tarikh lanjut seminggu, masih perlu menghantar satu abdul ke perlis, kemudian pulang, singgah ke kedai cermin mata untuk menempah semula cermian mata separuh kuasa, yang diharapkan akan mempercepatkapensyarah lama ini membaca tulisan  kemut kerepot itu. Oleh kerana kedai  cermin mata berada dalam pasar minggu,  majikan baru kakak kambodia pun terpanggil pula untuk membeli bahan mentah untuk dibawa pulang dan teruskan program latihan pembantu di rumah- di bawah program azam baru menjadi mak mertua yang mengamalkan memasak.

DIpendekkan cerita, pada jam 11.30 tamat marking skrip dengan jayanya. Jam 11.40 berjaya meneyelsaikan senaria markah dengan bantuan abdul ketiga. (Dengan selingan abdul keempat, iaitu Ustadz Ilyas telah berjaya masuk ke bilik memeriksa kertas skrip,  merebut satu kertas skrip, kemudian mengamuk dan kemudian muntah, dan kemudian good mood.)

11.40 mlm  Prince charming terlena bersama Ustadz Ilyas, jadi  heroin kena bawa kereta sendiri ke taman siswa , pejabat yayasan, kerana dirumah tak ada internet. Sedang bersungguh sungguh memasukkan markah, pada tepat jam 12.00, tepat sekali peraturan UUM, maka protal akademik pun padam dengan keluar paapran no pegawai untuk dihubungi.

maka Cinderela pun terjepuk di tengah malam,  terlepas  portal dan secara otomatik jatuh menjadi marhain yang boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa, dan terpaksalah besoknya jatuh standard, mengkow tow dan merayu kepada pihak pihak yang berkenaan. Maka cinderella pun kenalah on quest mencari borang rayuan yang perlu disikan suapya portal dibuka semula. Seperti cerita  cerita yang lain, portal apabila dibuka semula, dah tak serupa lagi seperti yang asal, penuh dengan cabaran yang dahsyat, hinggakan terpaksa memasukkan markah satu persatu, tak boleh lagi guna senarai sepuluh-sepuluh.

Jam berdetik lagi, kali ini cinderella perlu mengejar jam duabelas tengahari pula….. dipendekkan cerita…ping. selesailah tugas projek ngam ngam, yang telah terlucut menjadi projek terlepas portal.

Pengajaran dari cerita ini adalah- jangan tangguh tangguh, nanti maruah tergadai. Semoga yang menceritakan  akan dapat mengambil pengajaran cari penceritaan sendiri.

Advertisements

Sticker kereta, tandas tanpa lampu dan borang prestasi,

Ini artikel khas untuk penghuni sintok saja. Orang lain boleh baca juga, cuma mungkin orang-orang yang diceritakan di sini tak dikenali.

Saya perlu buat pengakuan benar, saya antara orang  yang bersalah dalam urusan sticker kenderaan ini. Kereta saya masih pakai sticker, cuma satu sticker 2008 – pinjam sticker kereta lagi satu, dan satu lagi sticker kereta yang betul, tapi 2007. Yang terbaik adalah satu kereta yang pakai sticker betul dan tahun pun tak ke belakang sangat- cuma 2008.

Ceritanya sticker ini bukan saya kedekut RM 3.00; tapi sebab saya bermasalah dengan sistem isi borang. Saya ni cacat sikit bahagian teknikal ni. Walaupun saya terra tulis e emel, benda benda lain yang lain sikit saya susah sikit. jadi pasal sticker kereta ni, setelah tahun kedua isi, dia cakap sudah lebih dari empat kereta. Sebenarnya no van yang sama juga, tapi tahun lain-lain. Rupanya kita kena belajar untuk cancelkan dulu permohonan tahun lepas, dan tak ada siapa yang nak ajar saya.

Walau bagaimanapun, minggu lepas di kampus, bermula satu gerakan meminta pihak pengawal menjalankan tugas. Oihak pengawal memang menjalankan tugas, cuma mereka tidak pernah menghentikan kenderaan staf yang mereka kenal. Saya agak pihak pengawal memang kenal saya kerana sebahagian dari mereka suka angkat tabik pada saya. Saya tak fikir mereka menghormati saya kerana kereta kanchil saya atau van Rusa saya ( Saya pernah denganr seorang mekanik mengidentifikasikan van saya dengan id “rusa yang berkarat tu ke?”) teori saya, mereka memberi tabik hormat kerana saya satu-satunya makcik yang memakai cap. teori ini saya dapati kerana di sekolah anak saya, jika saya terlupa membuang cap tersebut saya mendapt penghormatan juga (kanak-kanak memegang pertu ketawa sambil menunjukkan kepada saya)

Berbalik kepada sticker, walaupun saya yakin boleh lepas diri di lintasan pondok pengawal, saya takut juga kenderaan saya di’clamp’  sebab cap makcik tak ada lagi untuk menolong semasa parking. jadi semalam saya beranikan diri, membaca doa saya ya hadi ihdini – ( lain kali saya cerita bisanya doa ini) Ya Allah tunjukkanjalan. tada! rupanya begitu senang seklai nak selesaikan masalah tersebut. Boleh print pun. Kalau tak tahu no insuran boleh ngelat, taip saja xxx.

maka pagi ini, kancil saya memakai sticker terbaru dan terlegal.  bangga!!!!!!

Tandas

Seronok melihat aduan di amalnet mendapt sambutan, maka terangan -angan pula saya nak mengadu mengeai tandas kami. tandas kami tu digunakan oleh lebih kurang 10 orang wanita yang sabar katak. Bukan apa, kami pun dah malas membuat aduan 5555, atau aduan pada bang ed di pejabat am. tapi fikir pula, nanti habis tiket e mel mengenai tandas, tak boleh lagi minta derma atau buat panggilan untuk support group atau kelas english.

Cara saya berfikir adalah setiap dari kita mempunyai ku0ta emel; iaitu orang boleh bersabar dengan isu kita dalam kuota tertentu. Jika kita melebihi kuota kita, pembaca akan mula marah kerana memakan masa dan space e mel mereka. Kuota ini fleksi juga bergantung kepada isi e mel tersebut. Emel yang difikirkan relevan dan berguna, tak dikira kuota dan e mel yang mengutuk dan menyentuh  hati orang akan membakar kuota sedia ada. Oleh kerana saya ini penghantar e mel yang agak kerap ( entah entah yang paling kerap, hu hu) saya perlu sangat berhati hati dengan kuota saya; iaitu tidak menghantar e mel jenaka walaupun hati saya sentiasa nak beri komen berjenakan ( itu sebab saya bina laman web ni dengan ruangan sembang sintok – supaya nak komen juga, boleh komen tanpa menggunakan kuota e mel khalayak ramai saya.

berbalik kepada tandas tadi, saya rasa rugilah menggunakan kuita saya untuk mengadu mengenai tandas. Jadi saya dan akan bersepakat sekarang 9 azam tahun baru- inginkan tandas baru) kami akan bergilir menghantar aduan ke 5555 setiap minggu, dan selepas dua bulan, kami baru akan  mengadu di public space.

Walau bagaimana pun, saya ingin luahkan juga apa aduan asaya mengeai tandas kami tu.  bukan apa, kerana fikiran ini berlegar tiap hari dalam kepada setiap kali pergi tandas. Mungkin kalau saya atulis sekali di sini, boleh hilang ruminations itu dari kepala.

namun, ada perkara lain yang lebih menghantui- saya perlu isi borang prestasi, dan tahun ini dalam versi eletronik. buat jangan tak buat, nanti dapat markah prestasi kosong pula.

perlu hadiah diri saya aiskrim, coklat atau laksa kalau boleh siap laporan prestasi ni.

Sembang Sintok – Boleh ke atau bahaya?

Blog ini asalnya bertujuan untuk saya experiment sorang-sorang.  kan saya ni baru belajr mem-blog ( bunyi macam jawa saja, memblog ) Gunanya untuk test ini dan itu supaya tak lah rosak blog dakwah saya dengan experiment yang baru belajar.

lepas tu timbul pula seronok. mungkin kalau saya gunakan blog ini untuk ekspresi diri,  bolehlah blog dakwah saya terselamat dari diri  diri saya yang memang suka meng – ekspresi

Lepas tu timbul pula ide, hey saya boleh gunakan blog ini untuk komunikasi dengan ahli keluarga saya dan member lama saya.

lepas tu timbul pula ide, hey, macamana kalau saya gunakan blog ini untuk komunikasi dengan masyarakat sintok- iaitu dunia yang saya alami sekarang. saya ni selalu ada ide merepek, tapi  saya tahan tahan diri ssya jangan posting kat akanet ke amalnet ke, takut habis tiket, nanti orang meluat tengok nama saya. UUMnet tu memang lah sahih dah lama saya kena bar.  [ aha, tentu saudara saudari kata- tahan diri dari posting, mak oi, posting dia yang paling banyak sekali]

Ha, betul! walaupun posting saya antara yang banyak sekali, tetapi memang betul saya sentiasa menahan diri dari posting untuko semua yang terkeluar dari otak saya. Contohnya pernah ke saya posting mengenai teruknya tandas kami? lampu suisnya bila keluar baru menyala. satu tandas sembur orang, satu tandas lagi memang diikat tali tak boleh masuk, satu tandas lagi tak ada kunci, jadi kalau anda nak masuk juga, perlu kunci pintu kat luar, lepas tu kalau lama sangat nanti orang lain ketuk

Sekarang saya dah puas hati sebab dah dapat meluahkan perasaan mengenai tandas yang saya alami setiap hari.

betu, saya cuma posting jka ada kitan denga kerja amal sahaja, tapi kalau dalam posting tu, terkeluar juga cerita cerita; cerita nak pi mekah, cerita research dah tertangguh samapi foad sakdan nak potong gaji, cerita kereta dan rumah siapa nak beli…

jadi , saya pn fikir perkara yang sama, kalau saya berceloteh saja di sini, kan selamtkan diri sikit dari memenuhkan mailbox orang sitok dan mencuit kemarahan mereka.

tapi kot kot lah ada siapa yang kisah dengan saya dan nak bersimpati dengan saya berceloteh, boleh jugalah saya sembang di sini.

kalau tidak pun, saya sembang sorang-sorang pn tak pa, memang itu tujuan asalnya blog ini dimulakan.

Cuma saya terfikirlah, bahaya tak mengekspresi mengenai sintok disini? nnti ter kata kat vc ke, terkutuk sesiapa ke, nanti kena saman naya- kena buang kerja lagi naya. tak pe lah,  lebih baik saya bodek vc awal awal kot kot lah nanti terkata kepada beliau nanti, walau pun saya tahu vc tentu tak suka sesiapa mengakui membodek beliau kerana setiap dari kita tentu rasa kita kalis bodek.

Dan boleh ke kalau kita tersilap kata, kita bolelh tarik balik cakap kita. Saya baru terigat kata kata hadis, tak ingat exat owrdingsnya, cuma au kama qal saja. orang yang beriman dengan hari akhirat akan berkata baik atau berdiam diri.

jadi mungkin juga saya perlu kurangkan bercakap, atau dalam mode blod ini, saya kena kurangkan menulis

apa pendapat orang sintok?