Archive for the ‘refleksi diri’ Category

Ada penyakit di hati saya?

Apabila membaca newsfeed di FB, selalu timbul sesuatu rasa apabila mengikuti seorang aktivis ini. Beliau sangat aktif dan gigih melakukan projek demi projek dan beliau selalu akan berjaya mencapai sasaran yang dipilih. Saya kagum dengan kegigihan beliau, dengan sokongan yang beliau perolehi dari follower beliau, dan dengan kecekapan beliau mengurus projek.

Masalah hati saya adalah cemburu atau ‘dengki’ kepada causes yang dipilih oleh beliau. “Kenapa bazir duit buat majlis macam tu? Kenapa buang duit beli hadiah macam tu, kenapa habis duit buat trip ke situ? Kenapa habis tenaga hanya untuk buat hiasan saja?”

Saya memang tahu- masa beliau adalah hak beliau.; duit penderma adalah hak penderma. Dan saya juga tahu – jangan diremehkan setiap kebaikan. Kemungkinan kebaikan yang beliau lakukan akan membawa ramai orang kepada Allah. Kemungkinan besar sangat kebaikan yang beliau lakukan membawa beliau kepada rahmat Allah.

Namun- sentiasa saja di hati saya memikirkan – mungkin tanggungjawab seseorang- mangajarkan fiqh awlawiyyat- bukan hanya kepada beliau dan penyokong beliau- tetapi kepada semua anggota masyarakat. Lebih utama lagi mengajarkan kepntingan dan tujuan hidup kepada penagih dadah, kepada orang tua yang akan mati, kepada anak muda yang sedang mempunyai masa dan tenaga sebagai modal yang Allah beri.

Seperti kata Ustaz Ebit Lew – ampunilah kami ya Allah kerna kami lemah tidak mampu menyampaikan ilmu kepda mereka.

Kerisauan kedua yang timbul – adakah saya sendiri juga sedang menghabiskan masa dan tenaga melakukan apa yang saya yakin sebagai perjuangan – padahal di mata orang lain, bahawa ada perkara lain lagi yang lebih penting yang patut saya tumpukan tenaga.

Adakah Allah redha dengan apa yang saya lakukan, atau adakah saya kurang ilmu sehingga saya meninggalkan perjuangan yang lebih patut diperjuangkan? – sehingga merasa seronok dan puas hati melakukan apa yag tidak dikehendaki oelh Allah.

Ya Nuur Ya Haadi- ya Alim Ya Hakim Ya Rashiid – tunjukkanlah kepada kami semua apa yang patut kami lakukan pada setiap langkah, dan jauhi lah kami dari sia-sia melakukan perkara yang tidak Engkau kehendaki sedangkan kami dalam tertipu merasakan ianya yang benar.

Dana saya juga perlu berdoa untuk penyucian hati – kerana besar kemungkinan juga terdapat penyakit yang bersarang di hati dalam isu ini. Ya Qudduus Ya Jalil- sucikanlah hati kami dari segala penyakit hati.

Rayuan Derma yang di’share’ sahaja

Pernah tak rasa bersalah sebab ada rayuan derma yang kita sendiri tidak respon, tetapi sekadar share sahaja?

Saya punya reasoning begini. Semua dari kita tidak mampu memberi respon kepada setiap rayuan derma kerana kewangan kita terhad, dan iman kita juga terhad (belum cukup tinggi lagi he he) – maka kita akan pilih dan meyokong secara kewangan beberapa kes yang ‘resonate’ di hati kita.

Bagi kes selainnya, kita iringi dengan doa (sebab doa tiada had, maka mudah saja untuk murah hati dengan doa he he), dan manalah tahu, dengan sharingnya kita – akan sampai mesej tersebut kepada insan yang akan memberi respon kepada rayuan tersebut.

Saya sendiri amat simpati dengan projek peningkatan hidup seperti yuran pelajaran, lesen kereta, modal bisnes, juga  usaha awam seperti masjid, sekolah tahfiz. Saya sangat jarang beri kepada rumah anak yatim (walaupun saya dulu anak yatim) sebab saya mendapat impressi orang Malaysia  sangat suka sedekah pada anak yatim- atau bias peribadi saya sebab saya dulu bukan yatim yang miskin- dan semua orang suka beri duit pada saya. Saya juga hampir tidak pernah memberi kepada keperluan perubatan, bukan tidak simpati, tetapi sebab saya selalu buat perkiraan ekonomi- kos perubatan yang dirayu selalunya tersangat tinggi – dan jumlah wang tersebut boleh menolong lebih ramai orang lagi, dan saya pun selalu fikir sakit juga boleh lega dengan cara lain dari ikhtiar hospital yang mungkin lebih rendah kosnya- itu bias peribadi saya. Saya sendiri juga tidak pernah ambil insuran perubatan untuk diri dan keluarga kerana  bias memikirkan hospital kerajaan mencukupi dan apa yang tidak boleh diusahakan di situ, masih ada jalan ikhtiar alternatif; juga Allah boleh sembuhkan saja dengan apa saja cara jika Allah mahu- maka tidak perlu ikhtiar berhabis habisan berubat kerana banyak lagi keperluan hidup lain  dan perjuangan yang lebih utama.

Maka saya meneruskan meng’share’ sahaja posting-posting rayuan derma perubatan- semoga Allah menerima pendirian yang  tidak sempurna ini dan tidak menguji saya dengan saya sendiri tiba-tiba memerlukan derma orang ramai terhadap ikhtiar kos perubatan saya.