Archive for the ‘agama’ Category

Post raya blues- masih?

Masa kecil dahulu, saya dan kakak akan duduk di tangga rumah pada petang raya dan merenungkan kesedihan kami. “Masa petang rayalah masa paling tak best” kata saya yang kecil dahulu; “Sebab ni lah masa yang paling lama sekali untuk sampai pula ke raya yang lagi satu”. Maka kami berdua pun ‘melengung’ bersedih bersama-  sambil mengingat-ingatkan jumlah duit raya sebagai penghibur.

Masa berlalu, dan tidaklah saya bersedih menunggu raya yang paling lama akan tiba- kerana pada usia 48,  ramadhan yang di dambakan, dan saya juga tahu- jika dipanjangkan umur,  Rejab akan menjelang esok lusa. Semoga tabiat baik yang belum berjaya dimantapkan pada ramadhan yang lalu, mampu diterapkan sedikit demi sedikit sebelum Rejab menjelma dengan lajunya.

Namun perasaan sedih dan ‘kosong’  tetap datang mengikut jadual – dan saya mengharap pada usia sepatutnya sudah matang, saya mampu menanganinya dengan cara yang lebih baik sedikit dari semasa saya berumur lapan tahun.

Perasaannya tidak datang pada petang  raya. Ia tiba sedikit pada petang pengakhir ramadhan semasameningatkan peluang mengaut pahala berganda sudah ditutup. Menyesali tabiat yang masih belum mampu dimantapkan dan memujuk hati mengingatkan beberapa tabiat yang sudah tertanam. Namun review ini berlaku laju dan ringkas dalam keriuhan bersalaman dan bertanya khabar  saudara yang jauh yang sama-sama berkumpul di rumah ibu. Terbang melintasi fikiran wajah-wajah arwah. ayah (dengan wajah rekaan sendiri kerana beliau meninggal semasa saya bayi), nenek- semasa wajah ceria beliau, ibu dan ayah mertua- tak sempat pun menghadiahkan fatihah pada detik tersebut- sekadar perasaan puas hati kerana menjangkakan mereka beroleh manafaat dari sedekah-sedekah disepanjang ramadhan. Agaknya begitulah ingatan anak-anak kepada kita nanti di akhir ramadhan. Maka nadiyah dan bakal bakal mayat semua- carilah bekal akhirat sendiri agar dapat pahala mengalir sendiri, dan berharaplah  belas ehsan dari Allah. Janganlah kita meletakkan pergantungan untuk sedekah dari anak-anak kelak!)

Berbalik ke perasaan sedih- ia juga tidak datang pada petang raya lagi, kerana tiga empat hari sibuk dengan urusan silaturraheem, abang akak sendiri, anak-anak menantu, kawan lama sekampung yang baru berjumpa semula, saudara serumpun yang perlu dikenal semula anak cucu mereka kerana masing-masing bertambah ahli.

Post raya blues sekarang tiba  pada hari anak-anak dewasa pulang semula ke tempat mereka.

Kakak Iman sudah menaiki keretai  malam semalam, Abang Mat, Kakak Najat n incoming baby akan menaiki feri pagi ni. Isa dan Ibrahim  sudah diarah mengemas beg untuk ke asrama masing-masing – mereka sedang berlumba ‘last kopek’  me laptop. Hikmah – pembantu akademik – sedang naik bas menuju ke sini. Anak raya pulang ke tempat kerja. Anak kerja pula meninggalkan ibu bapa dan kembali ke ibu kerja mereka. Hidup kembali ke rutin asal.

Saya memproses kesedihan ini.

Tidaklah pada umur ini menyesali keseronokan yag berlalu kerana raya bagi dewasa sangatlah meletihkan dan lebih kerap mengundang ‘escapism’ ke celah mana-mana ruang untuk mencuri tidur sebelum dipanggil menyelamatkan dari kerenah anak, membancuh air tamu, atau bersosial melayan tamu.  Pulang ke rutin kerja juga tidak pernah membosankan kerana  bagi dewasa – kerjalah mainan kita.

Saya kira ia bukannya kesedihan merenungkan sambutan raya berlalu, tetapi syahdu yang timbul pada masa transisi. Masa-masa begini mengingatkan kita tentang lajunya berlalu masa- dan kita mengukur apakah kita telah menggunakan sepenuhnya untuk memenuhi tujuan asal hidup – untuk berjuang mendapatkan keredhaan Allah dan bersama seramainya selamat  jika ditempatkan di syurga kelak.

Adakah anak-anak dewasa saya sedar akan tujuan hidup, atau adakah mereka terleka mengejar dunia? Adakah kita juga serupa dengan mereka? Tidak mustahil kita sedang menangisi orang lain bermimpi- sedangkan rupanya, kita juga sedang dalam mimpi. Adakah anak-anak kecil mampu membentuk diri mereka sehingga boleh menjadi dewasa Muslim yang akhirat conscious? Semua ini, telah terluut sebentar semasa ramadhan dalam kesibukan mengatur jadual hidup padat ramadhan, terlupa juga pada saat menyambut aidil fitri dengan kesibukan menguhubungkan silaturrahim berselirat. Apabila anak-anak melangkah pergi dan hampir kembali ke rutin asal- maka perkiraan ini kembali bersama kesedihan melambai pergi ramadhan dan aidil fitri.

Ya Allah. Aku kembali mendaftar diri menjadi pekerjaMu. Akan kusambung tugas harianku, mengingati diriku dan orang lain mengenai hakikat kehidupan. Akan ku ajak semua orang bersama mencari bekalan akhirat. Bantulah kami  ya Allah.

Semoga tiada yang ku kenali dan ku sayangi tercicir dalam perjalanan ini. Semoga tiada yang tersangkut dan terpaksa transit di neraka- lindungilah- ya ALlah. Semoga semua melalui perjalanan yang mudah menuju kepadaMu Ya Allah. Selamatkanlah murid-muridku yang masih belum Islam beserta keluarga n keturunan mereka yaAllah. Kekalkanlah dan tambahkanlah hidayah kepada semua yang ku kenali sehingga kami selamat bertemu Mu Ya Allah. bantulah kami ya Allah- berilah curahan hidayah yang tidak putus putus – lindungilah kami dari kelekaan dunia dan kejahatan diri kami sendiri. Setelah kami mati nanti- kau lindungilah perjalanan kami sehingga selamat bertemuMu dalam keredhaanMu Ya Allah.

Advertisements

Beratnya Tanggungjawab Daawah kepada Rakan Non-Muslim

salah satu contoh cerita syahadah: http://islamicsunrays.com/category/converting-to-islam/

Antara hobi saya adalah membaca mengenai saudara baru yang mengangkat syahadah dan meneliti cerita perjalanan mereka kepada Islam dan Allah. Saya kurang pasti apakah  ‘drive’ yang menyebabkan saya terlalu teruja dengan cerita-cerita syahadah. Mungkin, keseronokan melihat bagaimana Allah memilih hambanya dan membawa mereka kepada keselamatan, Mungkin minat dalam dakwah. Cuma minat saja dalam dakwah kepada non muslim belum pernah ditafsirkan kepada usaha kerana saya betul-betul tidak ada ilmu dalam bidang tersebut.

Saya sebelum ini menganggap  dakwah kepada non muslim sebagai fardhu kifayah yang bolehlah dijalankan oleh mereka yang berkemahiran. tugas kita sekadar menyeru dan mengingatkan saudara-saudara dan anak murid kita juga. Cuma sekarang,  Allah menghantar kepada saya murid dari kalangan non muslim. Tidak boleh lari lagi, tanggungjawab ini harus dipikul walau pun tak ada kemahiran.

Saya cuba mengimbau kembali, semasa Allah memberi tanggungjawab berdakwah kepada Rasulullah SAW, beliau juga tiada pengalaman sebelumnya, dan tiada kursus- kecuali Jibril sebagi mentor dan Al Quran yang diturunkan secara bertahap. Namun baginda tidak stres dan kecewa, tetapi terus memulakan usaha dengan menjemput kaum kerabat baginda; menjamu makan, dan terus bercakap mengenai risalah yang perlu disampaikan. Baginda mendapat tentangan yang hebat dari bapa saudara baginda sendiri.

Sekarang saya-  telah mempunyai contoh-contoh cara berdakwah dari orang-orang terdahulu. Risalah dari ABIM Outreach dan lain-lain; merata-rata website dakwah yang boleh ditiru dan dirujuk tanpa had copyright.  Masih saya terpinga-pinga bagaimana untuk memperkenalkan Islam kepada murid saya yang belum Islam.

Baru-baru ini saya dikejutkan dengan kematian rakan kepada anak saya.  Beliau telah meninggal dunia dalam agama Kristian- perkara normal bagi kebanyakan rakyat Amerika. Berita mengenai kematian beliau membawa penyesalan yang tak terhingga bagi saya kerana saya telah dua kali melepaskan peluang mengajak beliau kepada agama Islam. Apa kata beliau kepada saya di akhirat nanti? Apa kata Allah kepada saya mengenai beliau nanti?

Semasa  beliau bersahabat dengan anak saya, beliau sering datang ke rumah, makan apa saja makanan yang ada. Kenangan manis saya berbut ikan bilis pedas kerana beliau akan suka apa saja yang kami suka. namun saya tidak berani menyuarakan mengenai ajaran Islam sebagai menghormati ibubapa beliau. Fikiran saya pada masa tersebut, sebagaimana saya tidak mahu ibubapanya mempengaruhi anak saya dalam agama, saya juga sepatutnya tidak cubamempengaruhi anak mereka dalam hal agama.

Allah telah menghantar beliau kepada saya sekali lagi. tiba-tiba  empat belas tahun kemudian, beliau mencari dan menjumpa anak saya dan saya melalui FB. Saya menyatakan kegembiraan dan mengajak  beliau melawat Malaysia dan terlibat dengan aktiviti yayasan – juga masih tidak menceritakan mengenai Islam. Fikir saya pada masa tersebut, perlahan-lahan. Memperkenalkan kepada Islam perlu langkah demi langkah. Beberapa bulan dari persahabatan semula, berita di FB, belaiu telah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. tamat peluang saya berdakwah kepada beliau.

Selepas menangisi keadaan, saya menimpan harapan kecil (jauh terlalu kecil) bahawa kemungkinan kecil beliau telah memeluk Islam? Bukankan ramai rakyat Amerika yang telah memeluk Islam. Bukankah banyak website dakwah yag dijalankan sendiri oleh mereka? Saya menyimpan harapan kecil (jauh terlalu kecil) bahawa saya akan menjumpai beliau di syurga satu hari nanti. ” Surprise! I knew you’d want me to see you here!”

Namun, hakikatnya, saya perlu menerima kenyataan luaran. belaiu telah meninggal dunia sebagai seorang Kristian. Ini bukan kes yang boleh diletakkan spekulasi seperti Princess Diana atau husnul zan sepert Michael Jackson”. Tiada indikasi  untuk memikirkan sebaliknya. Beliau tidak memeluk agama Islam, dan saya tidak pernah menceritakan kepada beliau mengenai Islam, atau mengajak beliau ke jalan Allah.

Saya masih tidak ada skrip atau strategi untuk berdakwah kepada non Muslim. Cuma semangat desperation yang mendorong. Kepada murid non muslim saya yang mahu mendengar, saya nyatakan kepada mereka; ” Saya tak pandai mengajak, tapi saya harus mengajak. Jika tidak, anda akan sangat marah pada saya di hari akhirat kelak. Dengarlah apa yang saya  harus katakan dan fikirlah untuk buat tindakan”. Beberapa murid saya sudah lari menjauhkan diri dari saya, tapi saya tak peduli. Kerana bila difikirkan kebelakang pada hari akhirat esok, lebih baik saya mencuba dan gagal, dari saya tidak mencuba langsung.

Brandi:  I have not done my duty towards you as a Muslim, and I know that you would never forgive me for that. But from now on – in your memory, I will do my best to invite people to Islam. I am sorry that I am not allowed to pray for you anymore, but deep in my heart, Allah knows that my wish is for you to have been saved by Allah, though I have not done my part at all. Would that be the case, I would be the happiest person then. Allah knows best. and I must have redha for Allah’s wish; and I must promise myself to do better with those who are still living.  may Allah forgive me and give me strength.

Baru diuji sedikit, sudah menggelabah

Saya antara orang yang dianugerahkan Allah kesihatan yang elok, hampir tidak pernah sakit. Kesihatan juga merupakan ujian dari Allah dalam bentuk ujian positif. Jika kita tidak berhati-hati, kesihatan yang berpanjangan akan menyebabkan kita keras hati dan mudah sombong. Antara manusia yang diuji dengan kesihatan yang berpanjangan adalah Firaun, dimana dikatakan bahawa dia tidak pernah sakit atau demam sehinggakan timbul perasaan dan sangkaan diri bahawa dia adalah tuhan kepada sekelian rakyatnya.

Saya tidaklah terlalu perasan seperti Firaun, kerana sakit lutut dan lenguh selalu juga datang menjengah, cukup untuk melembutkan hati. Namun  timbul juga satu dua perasaan yang tidak elok yang perlu saya betulkan, takutkan ia mengganggu hubungan dengan Allah. Perasaan pertama adalah merasakan bahawa orang yang sakit itu beruntung kerana mereka mendapat pahala dua kali ganda, iaitu pahala bersabar, dan pahala tetap beramal dalam menempuh dugaan. Walaupun tidaklah ke tahap meminta sakit, saya selalu seronok mendengar cerita-cerita orang yang sakit yang terus istiqamah menjalankan kerja-kerja dakwah dan meningkatkan amalan mereka. Antara yang saya sangat hormati adalah sahabat saya allahyarham Ustazah Kak Mi. Beliau disahkan mengidap sakit kanser payudara selama setahun sebelum dijemput menemui Allah. Sepanjang saya menziarahi belaiu, saya kagum dengan peningkatan amalan beliau yang dilakukan secara  santai, tanpa kekok atau segan silu. Kata beliau; “Kak Mi bersyukur kerana diberi peringatan awal mengenai kematian. Maka Kak Mi mengambil peluang ini untuk betul-betul menyediakan diri untuk berjumpa ALlah. Berapa orang yang diberi peluang begini?”

Saya kagum melihat beliau, dan seolah-olah seperti teringin pula jika diberikan ‘amaran awal’ yang serupa.

Namun, saya juga melihat beberapa orang sahabat saya yang juga telah diberi amaran awal, mereka tidak seperti Ustazah kak Mi.  Saya seperti tidak puas hati apabila melihat reaksi mereka yang menurut penilian saya pada masa itu- tidak mencapai tahap memuaskan. Seorang terlalu memikirkan kesedihan dan masalah rumahtangga dan seolah-olah membawa rajuk diri, “biarlah aku mati, nanti mereka akan meresa sedih dan bersalah”. Malangnya, kematian kita  hanya memberi kesan kepada kita, dan pihak yang kita inginkan rasa bersalah dan bersedih malah meneruskan saja kehidupan seperti biasa, tidak nampak pun di riak penyesalan atas kematian beliau.  Seorang lagi seperti tidak mahu menerima kematian. Katanya, “Saya memohon kepada Allah masa yang lebih kerana saya ingin terus melihat anak-anak membesar hingga dewasa.”  Tidak semua permohonan kita dimaqbulkan oleh Allah, beliau tetap pergi meninggalkan anak-anak yang kecil. Saya seperti kecewa dengan obsesi beliau pada saat saat akhir. menurut saya pada masa tersebut; kenapa tidak menghabiskan masa-masa terakhir yang berharga untuk berdakwah  dan berpesan kepada orang lain? Saya fikirkan jika seseorang yang bakal meninggal berpesan kepada yang masih hidup, tentu sekali pesanan tersebut membawa impak yang lebih setelah beliau meninggal nanti.

Seorang lagi pula, menghabiskan hari-hari akhirnya menurut saranan barat- menghidu udara segar, dan menikmati kehidupan. Maka post Facebook beliau dipenuhi dengan  cerita-cerita pengalaman spa, sauna, makan di restoran ini dan itu. Saya seperti menyesalkan cara penggunaan masa beliau. Betul, beliau manusia yang tabah menghadapi penyakit, dan sentiasa bersyukur atas apa saja niamat yang dirasai setiap hari, tetapi kenapa tidak menggunakan masa sebaiknya untuk berdakwah dan mengajak orang lain mengingati kematian? Beliau sendiri jarang menyebut mengenai kematian sedangkan beliau menulis sehingga ke saat akhir.

Itulah reaksi saya yang selalu sihat dan agak keras hati terhadap rakan-rakan (walaupun alhamdulillah, tidak sekeras hati Firaun).

Mungkin Allah telah membuat keputusan ini masanya saya meningkatkan sedikit pembelajaran mengenal diri dan mengenal manusia. Maka Allah anugerahkan saya beberapa pengalaman sakit. Semuanya sakit yang main-main saja di  mata orang lain, kalau ke hospital pun,mungkin digelakkan saja.  Tersalah urat- sedikit saja tapi berkali-kali dan berturut turut. Demam, sakit kulit, dan yang terakhir- gastrik. Namun bagi saya, ini pengalaman yang betul-betul mengajar diri ini. Sakit berpanjangan yang tidak boleh dikurangkan atau lari darinya. Sakit yang tidak tahu puncanya.  Keletihan dan mengantuk yang teramat sangat, tetapi tidak boleh berbaring, maka saya perlu tidur duduk di atas kerusi. Hasil dari pengalaman-pengalaman ini, saya mendapati beberapa perkara mengenai diri saya- dan mula memahami manusia lain.

1) Kita apabila sakit, terus turun motivasi untuk mengekalkan amal. Lupakan solat sunat, sonat wajib juga cukup setakat fatihah, kalau boleh dijama’ atau diqadha saja- mahu ditolak saja ke hadapan tunggu nanti sihat.

2)Kita apabila sakit, tak berminat lagi memikirkan mengenai orang lain- apatah pula untuk menghabiskan masa dan tenaga membantu mereka. Timbul perasaan, lantak dengan orang lain, aku perlu selamatkan diri ku dari kesakitan ini.

3)Kita apabila sakit, berat sekali untuk redha dan bersabar. Lupakan mengenai doa mendapt hidayah dan keselamatan akhirat. Kita kalau dalam kesakitan, yang timbul cuma doa, Allah- hilangkan kesakitan ini!

4)Kita apabila sakit sedikit, jadi takut untuk mati! Timbul fikiran, kalau sakit yang dikatakan  ‘minor’, dan tidak bahaya, dah dirasakan berat sebegini, bagaimana aku mampu menghadapi sakitnya mati nanti? Timbul pula reaksi, Allah- aku tak mahu sakit, aku takut  untuk mati.

Setelah saya sakit, barulah saya sedari bahawa reaksi dari sahabat-sahabat saya tadi adalah normal, dan kemungkinan jika saya diuji seperti mereka, kemungkinan besar reaksi saya lagi kurang kualiti dari reaksi mereka. Individu seperti Ustazah Kak Mi- itu adalah individu terpilih. Tidak pernah sekali saya mendengar beliau mengeluh kesakitan. Semasa terkahir saya menziarahi beliau di hospital, sehari sebelum beliau dijemput, saya mendengar beliau mengerang- masih tanpa keluhan. Kemudian beliau berbincang sengan saya untuk mendapatkan kepastian mengenai kaifiat solat dalam keadaan belaiu sedemikian.

Saya masih menyanjung dan menghormati kekuatan Ustazah Kak Mi, tetapii saya tahu sekarang untuk tidak lagi menginginkan ujian seperti apa yang diberi kepada beliau. Saya juga telah mengubah fikiran terhadap sahabat-sahabat saya yang  tidak sehebat Ustazah Kak Mi, saya tidak berani lagi memandang rendah reaksi mereka, kerana saya tahu jika saya diuji, saya akan menunjukkan prestasi yang jauh lagi rendah dari mereka.

Teringat saya kepada doa dalam mathurat yang perlu saya hayati  dengan lebih mendalam lagi;  “Ya Allah, janganlah kau bebankan kami dengan bebanan yang tidak sanggup kami pikul, maafkanlah kami, ampunilah kami, rahmatilah kami…….”

Semoga Allah melembutkan lagi hati saya dengan pengalaman sakit ini, dan semoga Allah menyembuhkan  saya sepenuhnya dan meningkatkan lagi semangat juang di masa sihat, tetapi dengan hati yang lembut seperti semasa sakit.. Amiin ya Rabbal aalamiin!

Laa! Kata nak jadi pendakwah, sekarang perunding kewangan pula!

Alamak, ini betul betul mencabar falsafah hidup saya sendiri. Saya sudah mendaftar menjadi perunding kewangan pula. Dengan pendaftaran itu, saya mendeclare diri saya layak untuk menasihatkan, memujuk individu untuk melabur wang ke dalam saham pilihan yang saya wakili. Adakah ini kes semua mau lagi, betulkah keutamaan saya dalam membuat pilihan ini? Tidakkah saya menggalas lagi bebanan batu yang selama ni pun sudah seperti tak terpikul? Adakah ini kerja orang yang sedang menunggu hari untuk berjumpa Allah? Apa dah jadi dengan perancangan untuk kempen Projek DUnia Akhirat. Akan terbengkalai sajakah PDA dengan projek baru ini?

Tak ada siapa pun yang menanyakan soalan tersebut kepada saya, tapi saya haru menjawabnya kepada diri sendiri supaya saya yakin dengan langkah  yang saya ambil ini.

Kewangan adalah satu komponen penting dalam projek dunia akhirat kerana wang sangat diperlukan untuk menjalankan pelbagai projek.

Dalam modul saya selama ini, pengajaran mengenai kewangan hanya tamat setakat kata-kata terseubt di atas, tanpa panduan langsung mengenai bagaimana seseorang mengurus atau meningkatkan kewangannya.

Projek latihan keusahawanan kami kepada ibu tunggal selama ini tidak berkesan kerana saya tiada ilmu mengenai selasmanship,personal finance dll. Saya sendiri pun personal finance senget saja, tidak lah samapi ke tahap berhutang atau serabut, tetapi masih di tahap Rm10 pada hujung bulan 🙂

Saya fikir dengan menghadiri siri kursus ini, saya boleh mendapat secara mudah dan ringkas pengalaman dan formula kejayaan personal finance dari mereka yang telah jadi jutawan.

Setelah menghadiri kursus ini saya fikir, tak boleh hantar ibu tunggal hadiri kursus mereka. Terlalu duniawi dan materialistik. Semua orang diajak menjadi jutawan. Hinggakan pada petang kursus, makcik yang dah nak mengadap ALlah ni, teruja pula nak menjadi jutawan dulu sebelum dipanggil mengadap. hehe Saya dah fikir dah macamana nak jadi jutawan yang tak kena hisab atas jutawan tu. NIatlah dari awal masuk akaun asing dan deikasikan akaun tu untuk kerja amal. Ha- tentu nanti tak kena hisab kan (isy ish teringin juga nak jadi jutawan makcik ni!)

Juga dalam kursus itu penuh dengan zikir chicken dance. Tak mahulah saya mendapat saham mengajarkan makcik makcik tu chicken dance. Jadi saya bwerazam untuk absorb semua prinsip yang diajar, permudahkankan dan adaptasikan sesuai untuk ibu tunggal dan as satizah. Tak perlulah kita letakkan tahap pencapaian jutawan, tapi kita boleh gunakan prinsip membinan pasif income sekadar memenuhi keperluan hidup. Saya fikir lebih senang dicapai financial freedom bagi orang yang zuhud. datentulah disingkirkan chicken dance yang nampak begitu utuh terpahat dalam training di malaysia ni.

Kenapa sampai jadi agen pelaburan pula?

Sebab saya juga sebelum itu masih tercari cari apakah perniagaan yang sesuai untuk yayasan. Perniagaan yang tidak perlu keluar modal besar, ( modal airl iur bagus juga) Maka selain dari training,  memujuk orang masuk ke saham ni bagus juga potensi pendapatannya. Dan ia selari dengan misi Yayasan untuk memantapkan tahap ekonomi muslim. ALhamdulillah, ada sijil syariah compliancenya.

Kesan sampingan dari kurus tersebut tercabar dan teruja saya – bolehkah  seseorang menjadi jutawan yang  tidak terkesan dengan kejutawanannaya? Dalam kata lain, hai, bolehkah aku menjadi jutawan yang akan masih terus naik kancil.

Sekejap, terlupa diri, saya pernah termohon ( bukan dengan nawaitu- tetapi lintasan hati) alangkah cantik kalau saya diberi kuasa atas sekelompok wang, talpi ia bukan wang saya, makan saya boleh mempunyai daya bertindak dengan wang tersebut- tanpa saya tercabar untuk terbeli itu dan ini. Saya tak minat dengan ujian sebagai orang kaya ( ujian sebagi orang miskin lagi saya takut!) Saya suka menjadi orang sederhana sahaja dalam harta- tidak diuji lah.

Tiba-tiba Allah mengkabulkan lintasan hati, barulah saya merana dan sedar.  Keadaan saya sekarang, tersepit dan pening menanggung dan mengepung sejumlah wang- yang mungkin Allah sedang ketawakan saya, terbukti tak menambah sebanyak mana  pun daya saya membuat kerja amal, malah saya rasa pencapaian aktiviti lebih rendah lagi dari semasa tidak mempunyai wang. Kerana masa tersita mencari ikhtiar mengepung, mengira, membela  wang tersebut.

Teringat saya  akan  kata-kata hikmah,  jika kita banyak harta, masa dan tenaga kita akan disita untuk menajaga harta. tapi jika  kita mempunyai banyak ilmu,  ilmu itu yang akan menjaga kita.

Jadi, saya ingatkan diri saya,  mohonlah ilmu yang bermanafaat sebanyak-banyaknya dari Allah, termasuk juga ilmu ‘tarik duit’  ni demi untuk perjuangan agama- dan atas dasar fi sabilillah, tetapi jangan lagi lah memohon harta yang banyak, walaupun harta yang telah diasingkan bukan untuk kegunaan sendiri kerana, anda dah rasa kan? betapa susahnya untuk  mengepung duit, dan betapa powerlessnya duit dalam melaksanakan kerja amal?Anda telah rasa kan diketawakan Allah?

Jadi saya akan teruls mengikuti kursus kursus personal finance ini dengan ingatan, toksah terujalah dengan jeritan dan panggilan untuk menjadi jutawan.  Memang, perkra itu terlalu kecil dan terlalu mudah bagi Allah jika Dia ingin mengizinkan kepada kamu,  tapi mahukah anda tanggungjawab menjaga dan mengepung  harta tersebut? Ini tidak termasuk lagi masa yang akan disita mengejarnya?

Cukuplah sekadar mendapatkan ilmu bagaimana untuk menjadi “financially free”  dan mengajarkannya kepada as satizah. Kita denan falsafah kita dalam Islam, mengambil dunia sekadar perlu, dan mensahamkan selebihnya dari tenaga untuk menuntut ilmu yang lebih mahal lagi, iaitu ilmu yang akan meningkatkan saham di akhirat nanti.

Terima kasih Allah atas tawaran, dan terima kasih juga atas peringatan. Ssaya tak kisah diketawakan Allah asalkan saya masih dibawah keredhaanNya.

Belum mati, masih azam baru setiap hari

Assalamualaikum sahabat dan saudara,

alhamdulillah, belum mati lagi, dan masih berazam baru setiap hari, berazam untuk menjadi hamba Allah yang lebih taat, berazam untuk menjadi pendakwah yang lebih berkesan.

Saya telah mengubah tajuk blog saya dari SEMUA MAU – kepada tajuk di atas. Saya masih bersikap semua mau, iaitu, jika diberi pilihan dalam hidup, aya memang akan memilih untuk merasakan sebanak-banyaknya pangalaman yang dizinkan oleh ALlah, cuma meniti dari hari ke sehari, saya merasakan tema hidup yang paling perlu ditonjolkan  kepada diri dan rakan adalah situasi sebenarnya, iaitu saya dalam keadaan hidu menungu mati, menungu untuk berjumpa dengan Allah. Tak tahulah bila Allah akan menjemput saya, yang pasti, ianya akan tiba, dan yang pasti, jjika saya masih menaip lagi, iainya bukan sekarang. Jadi situasi saya menulis tentulah dalam keadaan semasa dalam menunggu waktu dijemput oleh Allah.

 

Saya selalu memberi gambaran kepada rakan bahawa gaya hidup kita yang paling sesuai adalah seperti orang yang bersedia untuk memulakan perjalan: pakaian telah disimpan di dalam beg, bekalan dan perancanga perjalanan telah di atur. CUma kita tidak memandu sendiri, kita pelu menunggu teksi malaikat maut untuk menjemput. Sementara menuggu, dengan beg telah tersimpan, kita tetap perlu memenuhi keperluan hidup, perlu makan, tidur, ke tandas dll. Tapi melakukannya, sepaptunya adal kadar dan mengikut keperluan sahaja ( kerana tak mahulah kita dihonkan teksi semasa sedang membina rumah baru- rugi saja tingalkan rumah baru tersebut.

 

Cuma saya dapati dalam gambaran saya tadi ada kekurangannya. Iaitu jika seseorag sedang menunggu untuk mula perjalanan, mungkin dia sudah tidak minat lagi untuk berbuat apa-apa kepada tempat yang nak ditinggalkannya itu.  Saya sendiri kalau akan memulakan perjalanan, makan pun dah tak ‘lalu’.

 

Maka saya betulkan sedikit falsafah hidup peribadi saya. Iaitu, sementara kita menunggu untuk memulakan perjalanan yang  kita tidak tahu entah bila, kita tak patutu menghabiskan masa dan tenaga, dan meningkatkan stres menungu. Kita harus berfikiran tenang, dan memenuhi masa menunggu kita dengan ikhtiar-ikhtiar menambahkan bekalan. Maka saya perlu modify sedikit gambaran saya, saya akan ke perjalanan yang tidak lagi kembali ( menag itu pun hakikat sebenarnya!) maka saya harus bergegas untuk mempersiapkan sebanyak yang mungkin kepada tanggungan-tanggungan yang saya akan tinggalkan- berpesan kepada mereka, menngingakan kepada mereka mengenai perjalanan yang mereka akan tempuhi juga. Tak bolehlah saya selfish dan hanya memikirkan perjalanan saya seorang sahaja.  Juga untuk diri saya, selagi teksi belum datag, tidakkan bijak jika saya bergegas ke sini ke sana dan menambahkan bekal perjalanan saya , dan bukan hanya mengharap dengan bekalan husnul zan sahaja kepada Allah bahawa Allah akan sediakan semuanya untuk saya.

Maka, sekaragn, saya tidak lagi duduk dengan senang hati menunggu teksi malaikat maut, tetapi insyallah akan bergegas ke saa ke sini, membuat apa saja untuk menambahkan bekalan diri, untuk mengingatkan orang yang akan ditinggalkan untk membekalkan diri mereka juga.

 

Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya untuk melakukan sedemikian dengan terbaik dan ter berkesan 🙂 . Semoga perjalanan saya mendapat lindungan rahmat dari ALlah, dan semoga pesanan yang  sempat saya tinggalkan diizinkan ALlah untuk memperingatkan seramai orang yang mungkin untuk bersedia  menghadapi perjalan mereka sendiri menuju Allah, Amin Ya Rabal Aa’lamin. Walaupun aku belum yakin dengan persediaan diri, aku rindu untuk berjumpa mu Ya Allah. Dan selagi no giliran ku belum tiba, aku berjanji yan ALlah, untuk menggunakan sepenuhnya umur yang engkau berikan untuk mencari kebaikan da menyebarkan kebaikan, ya ALlah- batulah aku dalam ikhtiar ini Ya Allah.

 

Merajuk hanya pada yang sayang

Wow, I saw this title, which was written by me a long time ago, with nothing wrtten in the body yet.  I’ve forgotten what it was all about. What I am sure of, it’s not about me doing merajuk coz I’ve learned a long time a go that merajuk does not work in my family. Only mengamuk did! heh heh Coz in my family of  a grandma, a single ma, and lots of siblings, nobody gave a d*** if you did not appear at dinner time, or sat there without eating- most probably the food would be gone, and you’d go hungry for nothing.

But mengamuk was sort of tolerated- sort of because even our sweet mak had her storm once in a while. I remembered her heaving  a big water porcelain over her head and throwig it out of the door. Everybody scampered out of the way. I learned my lesson- that definitely brought better response than a merajuk.

I couldn’t heave and threw anything _ i did not have personal possessions; but I was allowed to rave and rant without repercussions. The only post mengamuk comment was like; “wow, we thought we heard a tiger escaped the zoo” heh heh. But I must admit that it was a not so good dimension of my upbringing, coz I later developed a bad habit of exploding, which had losts of repercussions in adult life.

I must tell you my progress now, having grown old, and with heavy doses of the dua rabbana afrigh alaina sabran, and subliminal messages on temper control, I dare to timidly claim that I’ve mellowed into an even tempered person- masyaAllah quwataila billaah- with lots of help from Allah, and slower reflex in age.

So what was it about this title that I wanted to write, alas old age has robbed me from the memory, so this is my fill in the blanks, which I am sure is something totally different than what I wanted to write.

Since my total existence now is to earn ALlah’s rahmah, and the big mission is doing dakwah, let me teach you the rabbana afrigh alaina sabran. It’s a dua from surah ..ooh I forgot, but it’s the part where Firaun’s magicians submit to Islam, and firaun threatened to chop off one hand and one foot each- that’s when they read this dua.

I discovered it when I was suffering self-shame post mengamuk, in my young adult days ( ooh I’m still ashamed now- thank Allah for allowing me into old age and better temper) Alhamdulillah I practiced it and I felt help from Allah in temper control. Don’t  wait to read it when you are flying off the handle- coz that would not have helped ha ha. but read it everyday so that  your strength in patience is built day by day, prayers by prayers.

There you go, for all the short tempered  people. may Allah give you strenght and hope to improve yourself, and may Allah improve you, and may Allah forgive us always and shower us with rahmah.  My hope is always for your love Allah, please take care of Nadiyah  the short tempered used to be, and sabar insist-to-be, and also other short tempered been adn sabar wannabees.

Ameen, ya Allah, Ya Wadud, You who is full of love, please love us with all our shortcomings