Archive for the ‘Ad-Dunya Sujjanul Mukminin’ Category

Baru diuji sedikit, sudah menggelabah

Saya antara orang yang dianugerahkan Allah kesihatan yang elok, hampir tidak pernah sakit. Kesihatan juga merupakan ujian dari Allah dalam bentuk ujian positif. Jika kita tidak berhati-hati, kesihatan yang berpanjangan akan menyebabkan kita keras hati dan mudah sombong. Antara manusia yang diuji dengan kesihatan yang berpanjangan adalah Firaun, dimana dikatakan bahawa dia tidak pernah sakit atau demam sehinggakan timbul perasaan dan sangkaan diri bahawa dia adalah tuhan kepada sekelian rakyatnya.

Saya tidaklah terlalu perasan seperti Firaun, kerana sakit lutut dan lenguh selalu juga datang menjengah, cukup untuk melembutkan hati. Namun  timbul juga satu dua perasaan yang tidak elok yang perlu saya betulkan, takutkan ia mengganggu hubungan dengan Allah. Perasaan pertama adalah merasakan bahawa orang yang sakit itu beruntung kerana mereka mendapat pahala dua kali ganda, iaitu pahala bersabar, dan pahala tetap beramal dalam menempuh dugaan. Walaupun tidaklah ke tahap meminta sakit, saya selalu seronok mendengar cerita-cerita orang yang sakit yang terus istiqamah menjalankan kerja-kerja dakwah dan meningkatkan amalan mereka. Antara yang saya sangat hormati adalah sahabat saya allahyarham Ustazah Kak Mi. Beliau disahkan mengidap sakit kanser payudara selama setahun sebelum dijemput menemui Allah. Sepanjang saya menziarahi belaiu, saya kagum dengan peningkatan amalan beliau yang dilakukan secara  santai, tanpa kekok atau segan silu. Kata beliau; “Kak Mi bersyukur kerana diberi peringatan awal mengenai kematian. Maka Kak Mi mengambil peluang ini untuk betul-betul menyediakan diri untuk berjumpa ALlah. Berapa orang yang diberi peluang begini?”

Saya kagum melihat beliau, dan seolah-olah seperti teringin pula jika diberikan ‘amaran awal’ yang serupa.

Namun, saya juga melihat beberapa orang sahabat saya yang juga telah diberi amaran awal, mereka tidak seperti Ustazah kak Mi.  Saya seperti tidak puas hati apabila melihat reaksi mereka yang menurut penilian saya pada masa itu- tidak mencapai tahap memuaskan. Seorang terlalu memikirkan kesedihan dan masalah rumahtangga dan seolah-olah membawa rajuk diri, “biarlah aku mati, nanti mereka akan meresa sedih dan bersalah”. Malangnya, kematian kita  hanya memberi kesan kepada kita, dan pihak yang kita inginkan rasa bersalah dan bersedih malah meneruskan saja kehidupan seperti biasa, tidak nampak pun di riak penyesalan atas kematian beliau.  Seorang lagi seperti tidak mahu menerima kematian. Katanya, “Saya memohon kepada Allah masa yang lebih kerana saya ingin terus melihat anak-anak membesar hingga dewasa.”  Tidak semua permohonan kita dimaqbulkan oleh Allah, beliau tetap pergi meninggalkan anak-anak yang kecil. Saya seperti kecewa dengan obsesi beliau pada saat saat akhir. menurut saya pada masa tersebut; kenapa tidak menghabiskan masa-masa terakhir yang berharga untuk berdakwah  dan berpesan kepada orang lain? Saya fikirkan jika seseorang yang bakal meninggal berpesan kepada yang masih hidup, tentu sekali pesanan tersebut membawa impak yang lebih setelah beliau meninggal nanti.

Seorang lagi pula, menghabiskan hari-hari akhirnya menurut saranan barat- menghidu udara segar, dan menikmati kehidupan. Maka post Facebook beliau dipenuhi dengan  cerita-cerita pengalaman spa, sauna, makan di restoran ini dan itu. Saya seperti menyesalkan cara penggunaan masa beliau. Betul, beliau manusia yang tabah menghadapi penyakit, dan sentiasa bersyukur atas apa saja niamat yang dirasai setiap hari, tetapi kenapa tidak menggunakan masa sebaiknya untuk berdakwah dan mengajak orang lain mengingati kematian? Beliau sendiri jarang menyebut mengenai kematian sedangkan beliau menulis sehingga ke saat akhir.

Itulah reaksi saya yang selalu sihat dan agak keras hati terhadap rakan-rakan (walaupun alhamdulillah, tidak sekeras hati Firaun).

Mungkin Allah telah membuat keputusan ini masanya saya meningkatkan sedikit pembelajaran mengenal diri dan mengenal manusia. Maka Allah anugerahkan saya beberapa pengalaman sakit. Semuanya sakit yang main-main saja di  mata orang lain, kalau ke hospital pun,mungkin digelakkan saja.  Tersalah urat- sedikit saja tapi berkali-kali dan berturut turut. Demam, sakit kulit, dan yang terakhir- gastrik. Namun bagi saya, ini pengalaman yang betul-betul mengajar diri ini. Sakit berpanjangan yang tidak boleh dikurangkan atau lari darinya. Sakit yang tidak tahu puncanya.  Keletihan dan mengantuk yang teramat sangat, tetapi tidak boleh berbaring, maka saya perlu tidur duduk di atas kerusi. Hasil dari pengalaman-pengalaman ini, saya mendapati beberapa perkara mengenai diri saya- dan mula memahami manusia lain.

1) Kita apabila sakit, terus turun motivasi untuk mengekalkan amal. Lupakan solat sunat, sonat wajib juga cukup setakat fatihah, kalau boleh dijama’ atau diqadha saja- mahu ditolak saja ke hadapan tunggu nanti sihat.

2)Kita apabila sakit, tak berminat lagi memikirkan mengenai orang lain- apatah pula untuk menghabiskan masa dan tenaga membantu mereka. Timbul perasaan, lantak dengan orang lain, aku perlu selamatkan diri ku dari kesakitan ini.

3)Kita apabila sakit, berat sekali untuk redha dan bersabar. Lupakan mengenai doa mendapt hidayah dan keselamatan akhirat. Kita kalau dalam kesakitan, yang timbul cuma doa, Allah- hilangkan kesakitan ini!

4)Kita apabila sakit sedikit, jadi takut untuk mati! Timbul fikiran, kalau sakit yang dikatakan  ‘minor’, dan tidak bahaya, dah dirasakan berat sebegini, bagaimana aku mampu menghadapi sakitnya mati nanti? Timbul pula reaksi, Allah- aku tak mahu sakit, aku takut  untuk mati.

Setelah saya sakit, barulah saya sedari bahawa reaksi dari sahabat-sahabat saya tadi adalah normal, dan kemungkinan jika saya diuji seperti mereka, kemungkinan besar reaksi saya lagi kurang kualiti dari reaksi mereka. Individu seperti Ustazah Kak Mi- itu adalah individu terpilih. Tidak pernah sekali saya mendengar beliau mengeluh kesakitan. Semasa terkahir saya menziarahi beliau di hospital, sehari sebelum beliau dijemput, saya mendengar beliau mengerang- masih tanpa keluhan. Kemudian beliau berbincang sengan saya untuk mendapatkan kepastian mengenai kaifiat solat dalam keadaan belaiu sedemikian.

Saya masih menyanjung dan menghormati kekuatan Ustazah Kak Mi, tetapii saya tahu sekarang untuk tidak lagi menginginkan ujian seperti apa yang diberi kepada beliau. Saya juga telah mengubah fikiran terhadap sahabat-sahabat saya yang  tidak sehebat Ustazah Kak Mi, saya tidak berani lagi memandang rendah reaksi mereka, kerana saya tahu jika saya diuji, saya akan menunjukkan prestasi yang jauh lagi rendah dari mereka.

Teringat saya kepada doa dalam mathurat yang perlu saya hayati  dengan lebih mendalam lagi;  “Ya Allah, janganlah kau bebankan kami dengan bebanan yang tidak sanggup kami pikul, maafkanlah kami, ampunilah kami, rahmatilah kami…….”

Semoga Allah melembutkan lagi hati saya dengan pengalaman sakit ini, dan semoga Allah menyembuhkan  saya sepenuhnya dan meningkatkan lagi semangat juang di masa sihat, tetapi dengan hati yang lembut seperti semasa sakit.. Amiin ya Rabbal aalamiin!

Advertisements

Super serious Kertaskerja… but

Here we go again. ALhamdulillah, finished filling in the new madya borang, and finished filling in the prestasi tahunan. I get scared just thinking that come april i have to fill in the income tax again. if I have a choice I’d take not fillin in the forms and letting the gov just cut off whatever thely want to cut off, aterall this world is sujjanul mukminin right? Right and it’s mostre sujjan than taking your money, they make sure to force you to fill in the borang. i learned it the hard way ma, when me and ustaz komputer had to stay in the glass room and fill in ten years form of income tax. Those sujjanul guards, they were quite nice- did not threaten us with lock up the way the mahkamah guard did this morning. But they sort of lock us in there and now i make sure I go to the annual pilgrimage, come april- to the income tax office to fill in the form. Of course they have the electonic ersion, but being a technically challenged, I have to go in there for them to teach me how to use it ( a year is a long time, so I need to be taught again come april) Did I tell you about the mahkamah  dementors? had to go there because I got a saman from the jpj dementors – because I did not wear a seatbelt ( cmon ma it’s only jitra!) Anyway, the JPJ person, he was being nice when he suggested to me that I should not pay to him the Rm300, but to go to the mahkamah instead and pay Rm150 instead. He was so thoughtful, he tipped me to be nice to the magistrate, or the magistrate might fine me RM400 instead. Feeling confident that I know how to be nice to a magistrate, I didn’t pay him the rm300 then. In my mind I had this video image of me charming off the magistrate that I got off free- maybe  convince him that I was this nice thoughtful makcik who onlly slipped at that one and only time with my seatbelt, and oh, would he let me off instead and I will donate RM300 to charity and the magistrate and me  would share the pahala of the RM300 (and I wouldn’t mind sharing the pahala with the nice JPJ guy too).

What I forgot was my ability to show up at the mahkamah. the first date- i went in the afternoon instead of in the morning. the not so nice JPJ who issued me the saman had a bad handwriting that read 2.30 p.m. instead of 9.30 a.m. I would scan it here and have you judge what it says (but no techie work please, so you just have to take my word for it) Ok the mahkamah people gave me a new date and wrote twice the time: note 9.30 a.m. it was two month after the first call. Okay I had the time, but I forgot all about the date when the time came, because at that time I was so miserable about not going to the hajj, plus I was off the office so off my organizer. The third time would be next monday, but I have to go to penang to deliver this paper that I have to write now, so I went to the mahkamah to get another date. The guy went mad and said”nasiblah”, but he became reasonbale enough to tell me that I can get hep from the JPJ.

The JPJ people, again nicely offered to write me another saman ( how nice thank you) so that they can cancel the old saman adn they could even set up another date with the mahkamah should I still want to try my luck persuading the magistrate.  I said, no thank you, I’m done with the magistrate I never get a chance to persuade. I count myself lucky they havent thrown me in jail yet for engkar mahkamah. let me just pay the full saman at JPJ, at least over there, you can pay at any day and any  hour.  Plus also, I just got this new thinking, if they can cancel the old saman, why don’t I go there and persuade them to just cancel the old saman and NOT write me a new one?)

Anyway,  I would need to do the persuading another day. coz what I reallly need to do today is to start and finish this super serious paper titled kedudukan kaunseling dalam ulumunnafs.

of course whenever I have to write a super serious thingy, I would start wanderng all over the internet, and now my lates wanderings are in fb. I have created sooo many groups, but all of them need to be created, maa. So, that’s not really wasting time, don’t you think ? hehe

ok, let me get offline, and vow not to get online until I finish, what do you think? good strategy huh?  Yeah yeah I know, only if you stick to them. I need a discipliner,  not just an organizer. wish someone would sell them

Sticker kereta, tandas tanpa lampu dan borang prestasi,

Ini artikel khas untuk penghuni sintok saja. Orang lain boleh baca juga, cuma mungkin orang-orang yang diceritakan di sini tak dikenali.

Saya perlu buat pengakuan benar, saya antara orang  yang bersalah dalam urusan sticker kenderaan ini. Kereta saya masih pakai sticker, cuma satu sticker 2008 – pinjam sticker kereta lagi satu, dan satu lagi sticker kereta yang betul, tapi 2007. Yang terbaik adalah satu kereta yang pakai sticker betul dan tahun pun tak ke belakang sangat- cuma 2008.

Ceritanya sticker ini bukan saya kedekut RM 3.00; tapi sebab saya bermasalah dengan sistem isi borang. Saya ni cacat sikit bahagian teknikal ni. Walaupun saya terra tulis e emel, benda benda lain yang lain sikit saya susah sikit. jadi pasal sticker kereta ni, setelah tahun kedua isi, dia cakap sudah lebih dari empat kereta. Sebenarnya no van yang sama juga, tapi tahun lain-lain. Rupanya kita kena belajar untuk cancelkan dulu permohonan tahun lepas, dan tak ada siapa yang nak ajar saya.

Walau bagaimanapun, minggu lepas di kampus, bermula satu gerakan meminta pihak pengawal menjalankan tugas. Oihak pengawal memang menjalankan tugas, cuma mereka tidak pernah menghentikan kenderaan staf yang mereka kenal. Saya agak pihak pengawal memang kenal saya kerana sebahagian dari mereka suka angkat tabik pada saya. Saya tak fikir mereka menghormati saya kerana kereta kanchil saya atau van Rusa saya ( Saya pernah denganr seorang mekanik mengidentifikasikan van saya dengan id “rusa yang berkarat tu ke?”) teori saya, mereka memberi tabik hormat kerana saya satu-satunya makcik yang memakai cap. teori ini saya dapati kerana di sekolah anak saya, jika saya terlupa membuang cap tersebut saya mendapt penghormatan juga (kanak-kanak memegang pertu ketawa sambil menunjukkan kepada saya)

Berbalik kepada sticker, walaupun saya yakin boleh lepas diri di lintasan pondok pengawal, saya takut juga kenderaan saya di’clamp’  sebab cap makcik tak ada lagi untuk menolong semasa parking. jadi semalam saya beranikan diri, membaca doa saya ya hadi ihdini – ( lain kali saya cerita bisanya doa ini) Ya Allah tunjukkanjalan. tada! rupanya begitu senang seklai nak selesaikan masalah tersebut. Boleh print pun. Kalau tak tahu no insuran boleh ngelat, taip saja xxx.

maka pagi ini, kancil saya memakai sticker terbaru dan terlegal.  bangga!!!!!!

Tandas

Seronok melihat aduan di amalnet mendapt sambutan, maka terangan -angan pula saya nak mengadu mengeai tandas kami. tandas kami tu digunakan oleh lebih kurang 10 orang wanita yang sabar katak. Bukan apa, kami pun dah malas membuat aduan 5555, atau aduan pada bang ed di pejabat am. tapi fikir pula, nanti habis tiket e mel mengenai tandas, tak boleh lagi minta derma atau buat panggilan untuk support group atau kelas english.

Cara saya berfikir adalah setiap dari kita mempunyai ku0ta emel; iaitu orang boleh bersabar dengan isu kita dalam kuota tertentu. Jika kita melebihi kuota kita, pembaca akan mula marah kerana memakan masa dan space e mel mereka. Kuota ini fleksi juga bergantung kepada isi e mel tersebut. Emel yang difikirkan relevan dan berguna, tak dikira kuota dan e mel yang mengutuk dan menyentuh  hati orang akan membakar kuota sedia ada. Oleh kerana saya ini penghantar e mel yang agak kerap ( entah entah yang paling kerap, hu hu) saya perlu sangat berhati hati dengan kuota saya; iaitu tidak menghantar e mel jenaka walaupun hati saya sentiasa nak beri komen berjenakan ( itu sebab saya bina laman web ni dengan ruangan sembang sintok – supaya nak komen juga, boleh komen tanpa menggunakan kuota e mel khalayak ramai saya.

berbalik kepada tandas tadi, saya rasa rugilah menggunakan kuita saya untuk mengadu mengenai tandas. Jadi saya dan akan bersepakat sekarang 9 azam tahun baru- inginkan tandas baru) kami akan bergilir menghantar aduan ke 5555 setiap minggu, dan selepas dua bulan, kami baru akan  mengadu di public space.

Walau bagaimana pun, saya ingin luahkan juga apa aduan asaya mengeai tandas kami tu.  bukan apa, kerana fikiran ini berlegar tiap hari dalam kepada setiap kali pergi tandas. Mungkin kalau saya atulis sekali di sini, boleh hilang ruminations itu dari kepala.

namun, ada perkara lain yang lebih menghantui- saya perlu isi borang prestasi, dan tahun ini dalam versi eletronik. buat jangan tak buat, nanti dapat markah prestasi kosong pula.

perlu hadiah diri saya aiskrim, coklat atau laksa kalau boleh siap laporan prestasi ni.

Laporan Penyelidikan tak Mau Potong Gaji

hari ini saya mulakan  menulis laporan penyelidikan tak mau potong gaji. Penyelidikan ini saya mulakan semasa baru dapat PhD hari tu gedik gedik. You felt on top of the world, you think you can do anything.

Sekarang saya belum lah bottom of the world. Memanglah saya boleh buat research dan laporan research. Tapi keutamaan tidak lagi disitu. Saya telah secara formal meletakkan keutamaan research di tangga yang agak bawahlah. nak naik pangakat, malas dah nak fikir- lebih baik fikir pangkat di akhirat.  nak sebarkan ilmu kaunseling Islam, saya fikir lebih berkesan dan berguna jika saya menulis dan berceramah. ( tulis tak juga, tapi soalnya tulis ni tinggilah dalam keutamaan hidup akademik, research tu bawah)

Namun, keputusan itu sepatutnya tidak melibatkan  keputusan sedia ada. Saya sepatutnya menyelesaikan janji saya pada universiti.

Saya pun dah lama pasrah nak bayar saja semula pembiayaan penyelidikan tersebut, namun pressure dari rakan patut juga diambil sebagi positif. bukannya sesuatu yang tak mampu dibuat, cuma saya perlu letak keutamaan. keutamaan !!!!!

Prof Psych 101 saya, saya rindukan beliau ( entah entah dah jadi arwah) selalu berkata; If someone put a gun to your head can you do it?

The answer was always yes. Ni bukan soal benda tak reti buat. kalau tak reti bukan tak boleh belajar. bukanlah juga tak mahu buat, sebab kalau tanya tentu kita kata, nak nak. ini soal keutamaan..

Okay, sekarang saya meletakkan keutamaan menyiapkan laopran ini sebagai no 1, mengatasi keutamaan menyediakan diri ke haji. kerana kita perlulah tunaikan hutang hutang kita sebelum tunaikan haji.

Ok, mula disini, insyallah bergerak, bismillah hi ya awwal ( dan Ya akhir juga Ya Allah)

Ya qadir ya qaadir- hilangkanlah kelempbapan pada tuan badan ini, bantulah saya cergas dan berkesan!!!!!! semoga siap laporan ini secepat mungkin

kalau saya dalam penjara tentu saya buat dengan mudah kan? Dunya dujjanul mukminin , nadiyah. Penjarakan diri anda demi kebaikan masa depan. tunaikan janji anda kerana seorang muslim akan sentiasa menunaikan janji selagi mampu.

Lima Pendirian Terhadap Kaunseling Islam

Macamana seseorang boleh menulis dan menulis dengan berdisiplin? Saya faham kalau seseorang sedang menulis sesuatu ylang seronok ditulis. Saya pernha ‘naik hantu’, atau adakah ianya ‘naik minyak’ menulis siang malam hingga siap satu novel yang nipis. Seronoknya, kepuasannya memang dialamai semasa menulis.  Hatta, selepas siap dan dibaca dan dinikmati oleh seorang sahabat, saya pun berpuas hati dan selesai cerita. ( sebenarnya ada lagi cerita, tapi hari lain lah)

Atau bagi kerja yang kita tidak suka dan tidak fikir berfaedah, tak perlu buat saja (seperti apa yang menjadi pendirian sementara saya mengenai kerja kerja penyelidikan)

Namun, penulisan akademik jatuh terasing dari dua kategori tersebut. Saya sangat hargai hasil lpelnulisan akademik saya. Saya lihat bagaimana ianya membantu murida dan rakan seperjuangan saya. Saya ‘enjoy’ kertaskerja saya – tapi tak sama dengan menulis novel (atau tulis di blog). Saya sangat nikmati menulis di emel atau menulis di blog.  Penulisan akademik, saya hanya ‘enjoy’ membacanya kembali apabila ia sudah siap. Proses memulakan dan menyiapkannya sangat tidak selesa, boleh tak saya kata ‘boring’ (meminjam kata-kata remaja), malah menyakitkan! Saya boleh analisa diri saya, low level of volitio, lacking in delay of gratification, etc etc..

tapi apa yang patut lakukan adalah tinggalkan menulis di blog ini yang menyeronokkan dan meredakan, dan berbalik kepada window kertaskerja sama.

Mari saya tukar patut keada akan dan sedang. Insyallah saya akan log off dan menumpukan kepda paper, he he Dan saya hanya boleh kembali ke blog ini hanya apabila draf penuh pertama siap.

gantabate…… hu hu

Oktober  19 2009

yaho yahaa, sudah siap paper- siap edit sekali!!!! Saya memang sakit smasa nak produce paper, tapi saya loove editing. Saya rasa proses rewriting sangat enjoyable bagi diri saya. well, not really enjoyable, tapi tidak sakitlah, dan ada sedikit flow bila bekerja. Mungkin saya perlu fikir ini dan trickkan diri saya supaya ‘menyiapkan’ paper secepat mungkind alam tempoh tersingkat. Apabila saya dah masuk ke mode editing, saya boleh relax dan tekun kerja.

Tapi saya tak kan anggap satu kerrtas siap jika paragrah ya belum siap. jadi kena siapkan juga setiap paragraph.

Saya juga dapati saya enjoy memceritakan kepada orang menenai ide saya, tapi bila tulis sakit. Jadi siapalah yang saya akan jadikan mangsa mendengar ni, lagi seklai saya nak tulis.

memang saya kena tulis ni kerana masih ada kurang dari dua  puluh hari  untuk menyiapkan laopran kajian pekak sebelum gaji kena potong .  tak pe buka entry baru untuk kajian pekak, lebih baik saya selesaikan entry ini dengan celebrate kerana berjaya menghantar paper hanay sehari lewat he he.. siapa nak baca paper saya, dengan besar hatinya saya boleh emelkan kepada saudara saudari, bacalah bacalah!!!!!!!