Ini Blog untuk Apa, Ya?

Blog ini bertujuan untuk berkomunikasi dengan beberapa pihak: ahli keluarga luas saya yang terlalu luas, rakan-rakan dari kecil hingga sekarang yang tidak berada di zon kerja – terutama rakan semasa di MRSM, bekas pelajar saya di MRSM  dan di UUM, juga pelajar-pelajar saya sekarang.

Juga yang paling semasa adalah rakan sekerja di UUM yang terlalu banyak menerima sebaran e mel dari saya mengenai komen ini dan itu. Saya telah berjanji dengan diri saya untuk menghadkan e mel dalaman di kampus kepada aktiviti khidmat masyarakat dan akademik sahaja, maka yang selebihnya saya terpaksa muatkan di sini untuk menyelamatkan ruang udara di jaringan dalaman kampus.

bagi rakan yang baru berjumpa, salam perkenalan.     Kita tidak akan mempunyai terlalu banyak kenalan dan sahabat, semoga hubungan kita membawa kepada mendekatkan diri kepada Allah dan bukan sebaliknya.

Oleh kerana blog ini bersifat personal, penulisan juga bersifat personal, bermakna apa yang saya tulis untuk rakan lama saya penuh dengan rujukan nostalgia yang pembaca lain tentu kurang faham, atau apa yang saya celoteh untuk penduduk sintok mungkin penduduk sintok saja yang faham. Harap ok lah ye sebab ini bukan blog awam seperti blog saya yang lain,  seperti yang orang kedah cakap- tak paa noo!!!

salam sayang…. love love love, to my family and friends. Anda, guru-guru saya, dan murid-murid saya – adalah orang yang termasuk dalam senarai doa saya di setiap kali doa formal saya; iaitu mohon diberi hidayah dari Allah, diampuni dosa, diredhai dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab. amiin ya Allah.

nadiyah

%d bloggers like this: