Masih di Tahap Tadika dalam Fiqh Auliyat

Saya berjiwa hitam putih, mudah berurusan dengan perkara yang diputuskan secara konkrit. Walaupun setelah direndam dalam latihan kaunseling yang berurusan dengan keputusan samar-samar dan berubah-ubah, jiwa saya tetap menyenangi perkara konkrit dan diputuskan, dalam termnologi agama di panggil “qata'” – yang telah diputuskan.

Semasa meningkat remaja, saya mudah menerima kefahaman- harus solat 5 waktu dalam apa jua keadaan. Saya dan rakan-rakan bangga mencontohi pemandu bas kami yang sentiasa berhenti untuk solat walau semasa berkelah atau berkhemah.

Kemudiannya, saya belajar- harus tutup aurat sekian-sekian kawasan tubuh- maka kami setelah memahami hukum tersebut,dan mendapat keberanian untuk mematuhinya, dan berbangga kerana terus cuba mengamalkannya. Semoga bangga tersebut tidak dianggap Allah sebagai riak atau ujub. Pada masa tersebut, dengan sepenuh hati, meminjam tudung rakan yang sehari advance dari kami dalam pemakaian tudung, kemudian curi keluar ke pekan membeli tudung untuk diri sendiri dan membawa amanah pesan dari berpuluh rakan yang lain. Alangkah indahnya perasaan seronok dapat taat kepada Allah sepenuh hati.

Kemudian, setelah meningkat dewasa dan di IPT, mempelajari pula dosanya riba, terus membuka akaun semasa di bank, dan tidak membuka akaun savings. (pada masa tersebut, belum ada akaun wadiah) Alangkah indahnya perasaan mampu taat kepada perintah dan larangan Allah. Pakaian dilonggarkan, warna dipudarkan dan digelapkan, tudung dilabuhkan.  Kemudian mempelajari bahawa muzik itu haram. Terus kaset-kaset ditongsampahkan, gitar dipatahkan (supaya tidak dikutip dan digunakan oleh orang lain. Saya menggugurkan diri dari kelas muzik elektif. Seorang sahabat yang sememangnya biasiswa pengajian muzik, mearayu kepada penaja, dan bertukar kepada bidang ekonomi yang lebih selamat syariat.

Pernah kami terkejut besar kerana seorang sahabat baru menjumpai bahawa mazhab Shafie mewajibkan pemakaian purdah bagi wanita, kecuali yang sangat tua dan sangat tidak cantik.  Untung sahabat yang lain cepat mendapat maklumat bahawa tidak perlu mengikut mazhab Shafie dalam semua perkara. Maka kami pun membuat fatwa sendiri pada masa tersebut, untuk tidak mlengikut Imam Syafie dalam urusan berpurdah. Jika tidak memang berpurdah lah saya dan kawan-kawan kerana kami pada umur tersebut murni dalam ‘sami’na wa ata’na”.

Kemudian meningkat lebih dewasa, dan saya mula menjumpai pelbagai dilema, dan hampir tidak mampu untuk menggarap falsafah hidup yang Islam yang praktikal. Bukan susahnya pada kehendak untuk taat. Saya memang mahu taat, tetapi pada ketaatan interpretasi yang mana satu? Pada masa tersebut, dalam mendapt ilmu Islam secara sendiri- sendiri, belum pernah s menemui lagi konsep fiqh auliyat- ilmu mengenai keutamaan- menganai amalan mana yang lebih afdhal dilakukan pada waktu bagaimana. Maka saya cuma taat pada prinsip pertama yang saya nampak, dan tidak hirau lagi perkara kedua yang mendatang.

Saya suka menceritakan mengenai kisah yang tidak sahih ini, rungutan seorang mengani adiknya yang ‘terkena angin dakwah’. Menurut si abang, adiknya ini terlalu gemar membaca Quran, sehinggakan pada hari kenduri  di rumah mereka, adiknya masih duduk di tiang rumah membaca QUran ditengah kekalutan kenduri, tidak menghiraukan tetamu yang berkeliling. Saya selalu ketawa membayangkan senario ini, dan sekaligus insaf bahawa si adik ini melambangkan saya dan golongan saya, yang semangat membara untuk taat pada Allah, namun ilmu fiqh terlalu sedikit, dan ilmu fiqh auliyat belum pun dipelajar pada masa tersebut. Bukan sedikit perkara janggal yang dilakukan, namun tak bolehlah diceritakan di sini kerana Islam tidak membenarkan kita mendedahkan perara buruk mengenai diri sendiri demi menjaga maruah.

Saya juga kurang mampu menghadapi dilema menghadapi tuntutan agam yang competing dan berlawanan.  Selalunya situasi sebegini melibatkan antara tuntutan bermasyarakat dan tuntutan untuk patuh kepada syriat pada masa yang sama. Contohnya, kita dituntut menyendiri dan membanyakkan amal dalam hari terakhir ramadhan. Kita juga dituntut menyambungkan silaturrahim. Bila pulang beraya, tarawih entah ke mana, khatam quran entah ke mana,  ibu dan anak mengadap ke kaca television sedangkan sepanjang tahun tiada tv di rumah.

Saya beberapa kali menyatakan kepada ustazah mentor saya- “tak bolehkan kita mencari alasan untuk tidak pulang beraya, pulang saja dan bersilaturahim pada waktu lain- selamtkan diri semasa raya.” Tak pernah pula mendapt keizinan begitu. Hukumnya- di Malaysia pulang beraya tuntutan agamaerana  ibu bapa mengharapkannya, dan untuk menjaga diri dari  tv dll- anda perlu kreatif dan mencari penyelesaian mengikut kebijaksanaan sendiri. Pada masa-masa, saya (yang masih berfikiran hitam putih) pasrah sajalah, ambil keputusan menjaga silaturrahim, tonton je lah tv ( nak ke dapur masak, tak pandai dan tak rajin) dengan ingatan-habis raya nanti mohon keampunan. Hi hi- semoga Allah mengampunkan.  Bertahun juga sedemikian sebelum mahir membuat strategi pulang ke kampung, tetapi menyendiri tanpa mengguris hati orang lain).  Mengenai anak-anak semasa cuti- saya memang tidak minat dengan crak sedia ada, dan masih mengharapkan penyelesaian, namun saya berpegang, keperluan bersilaturrahim lebih aulia dalam situasi ini.

Antara perkar membawa dilemaa selama ini juga mengenai muzik. Untuk diri saya yang berjiwa hitam putih, saya lebih mudah saja memegang pendapat yang paling tegas, hanya gendang dan percussion, dan hanya dalam nasyid- iaitu nayyian yang mengingat kan kita kepada ALlah. namun, sentiasa saya dalam majlis yang mencampur adukkan muzik bertali dan bertiup. Jika terus berhadapan dengan muzik yang tidak berurusan dengan Allah dan agama, itu lebih mudah. Saya sekadar mengelakkan sahaja sebanyak mana mungkin. Jika terpaksa lalui seperti dalam supermarket, saya menganggap ia gangguan yang tidak boleh dielakkan seperti lalat yang menganggu kebersihan sekeliling. Kita tak suka, tetapi ia datang juga. Yang menjadi dilema adalah apabila muzik-muzik sedemikian mengiringi nasyid atau puisi,atau lebih dahsyat lagi- hadith!. Terdapat satu ketika saya menghadiri majlis motivasi yang iringan muzik violin yang kuat dialunkan bersama bacaan Al Quran menyebabkan saya tidak tahan lagi, terus menerpa keluar dari dewan tersebut dan memulangkan semua bahan kursus.

Setakat ini, saya masih belum menjumpai formula yang selesa untuk menghadapi situasi situasi dilema, masih bergantung kepada fatwa satu persatu dari ustadzah, keranabelum mampu membuat keputusan sendiri atas situasi yang berlawanan keutamaan ini.  Memang interpretasinya canggih dan memeningkan kepala. Seorang ustadz yang diikuti contohnya,mereka tidak boleh hadir ke majlis yang ada muzik yang terlarang dan pengantin bersanding. Makan beradab di meja panjang, jika berhias dan lain-lain – juga dianggap setaraf dengan bersanding. Ini kerana kehadiran mereka akan digunakan oleh orang ramai sebagai hujuah bahawa perkara tersebut dibenarkan. Namun jika saudara mara sendiri yang menjemput, kita sebagai saudara mara, harus hadir juga ke kenduri, walaupun terdapat unsur-insur yang melanggar syariat. Bagaimana untuk menghadapinya? Tiada pulfa ormulanya.  Antara tips yang diberikan- jika boleh hadirkan diri semasa  ‘rewang’ atau persediaaan, kemudian hilangkan diri semasa riuh rendah ketibaan pengantin dll. Ini jika kita saudara. bagaimana pula jika kita sendiri ibu atau mertua?  Ini perkara yang susah untuk dipertimbangkan, memerlukan kefahaman  yang tingi dalam fiqh auliyat, dan kemahiran bersos

Alhamdulillah, terdapat situasi di mana saya sendiri telah pandai membuat keputusan berasaskan keutamaan dan kemaslahatan umum. Contohnya, berkaitan tuntutan berpu umur lebih meningkat, saya menurun sifat wanita muda, dan tiada halangan atau masalah untuk berpurdah.  Kedudukan di tempat kerja juga agak kukuh, tak perlu merisaukan siapa yang akan marah atau tidak suka. Namun, rasa keperluan berpurdah juga menurun, memandangkan kita kerap dipanggil makcik dan kadang-kadang tok. Maka saya memilih untuk meneruskan tidak berpurdah untuk memudahkan bergaul dengan masyarakat umum. Ini memandangkan Allah telah meletakkan saya untuk hidup aktif  dalam masyarakat umum. Seorang rakan yang lain yang agak ‘background worker’ memlih unt berpurdah setelah usia meningkat kerana beliau rasa lebih selesa sedemikian, dan beliau tiada keperluan bergaul dengan masyarakt umum.

Namun dalam banyak lagi perkara, saya masih tidak pandai untuk memilih keutamaan, terutama bagi perkara  kelabu dan menghampiri melanggar syariat. Saya sendiri, walaupun  seorang kaunselor terlatih, dan walaupun  sudah matang usia, apabila menghadapi situasi dilema masih terpaksa bergantung kepada penilaian dan fatwa ustazah saya., terpaksa menelefon menceritakan situasi, dan mengharapkan  ustazah membuat fatwa spesifik. Saya tidak bangga mengenai perkara ini, tatapi terpaksa menerima itu jalan terbaik untuk mengatasi kelemahan diri.

Semoga Allah memberi kefahaman yang lebih tinggi lagi kepada diri saya selepas ini kerana tidak boleh lagi lari menyendiri ke gua pada umur dan status sosial sekarang. Sementara menunggu bertemu dengan Allah, masih perlu erhadapan dengan masyarakat dan bertindak berhemah dan kurangkan kejanggalan, supaya tidaklah  saya menjadi seperti rakan dalam cerita tidak sahih tadi, membaca Quran di tiang rumah, di tengah-tengah kenduri kahwin  🙂

Advertisements

One response to this post.

  1. Posted by adilahmz on June 11, 2011 at 10:45 am

    Kadang2 bila terpaksa melakukan perkara yang samar2 dalam kemelut tuntutan kehidupan hari ini,kita kerap memaafkan diri sendiri kerana terpaksa melakukan perkara samar tersebut. Sehingga pada suatu masa saya pun pernah terfikir adakah kita mengambil mudah pada hukum fiqah dengan alasan bagi memenuhi tuntutan semasa? Teringat pesanan almarhum ustaz saya semasa belajar dulu bahawa Allah sentiasa membuka ruang kepada akal untuk menentukan pilihan kita kerana Dia memuliakan kita sebagai manusia, khalifahNya di muka bumi.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: