Sabbatikal1 – semua mau!

Alhamdulillah,

diizinkan Allah untuk mendapat cuti sabatikal selama 9 bulan. Jika dicampur dengan cuti tahun lepas yang dibawa ke hadapan, boleh menghampiri setahun, namun sedih, oleh kerana cuti saya secara rasmi mula 1 Mac, terdapat pihak yang menyuruh juga saya mengajar satu kelas. Saya berbelah bagi antara gratifikasi dapat mengajar pelajar yang telah saya kenali dan sayangi, dengan merasakan diri dipergunakan oleh pihak yang tidak kisah mengeksploitasi apa dan siapa saja yang boleh dieksploitasikan. Untuk jalan mudah, saya melatih diri saya untuk menganggap bahawa semuanya adalah dari Allah, termasuk  manusia manusia yang menyusahkan kita juga adalah dicipta oleh Allah, dan diaturkan oleh Allah supaya menyusahkan kita. Bila berfikir sedemikian, baru fikiran boleh tenang dan hati boleh ikhlas.

Seperti biasa, saya ada berbagai-bagai projek yang saya ingin capai dalam sela masa yang terluang ini, namun saya tahu hanya sedikit sahaja yang boleh dicapai, dan saya harus prune sasaran menjadi lebih realistik dan mudah tercapai.

Saya senaraikan dahulu apa yang saya mahu ( jika tidak perlu fikir halangan atau kekangan masa, tenaga dan sumbar lain)

1)mempelajari ilmu agama iaitu feqah ke tahap mendaptkan tauliah untuk mengajar. Tauliah ini sebenarnya tidak tinggi dan mampu dicapai oelh sesiapa yang yang minat. Saya pernah berbincang dengan seorang pegawai agama negeri dan beliau sudi untuk memberikan silibus, saranan buku yang perlu dibaca, serrta contoh soalan temuduga.  Memang doable jika keutamaan ini tinggi.

2) membaca dan meyimpan hadith dan ayat quran mengikut kategori yang sesuai dengan kaunseling Islam. berkaitan dengan ini juga, saya ingin mencari satu note taking software yang boleh membantu saya menyimpan semua nota  nota catatan dari kuliah agama serta bacaan. kalau kita boleh berbuat sedemikian untuk projek buku dan PhD, kenapa tidak boleh untuk agama. Juga doable, tetapi memerlukan  komitmen yang tinggi.

3) menghabiskan penghafalan makna perkataan dalam Al Quran, sama ada dari senarai 80% Al Quran ( http://www.understandquran.com/dictionary/dictionary/english.html), atau menggunakan Quran syamil per kata. Setakat ujian yang saya ambil sendiri anggaran kefahaman quran saya adalah dalam 70%. Namun ujian tersebut ( yang saya bina bersama pelajar PhD saya) masih belum cantik kerana kami tidak ambil kira pemberat mengikut kepentingan makna perkataan. Kiranya 70% perkataan yang saya tahu kebanyakannya adalah perkataan sendi. Perkataan kunci kata masih belum cukup untuk saya memahami passage al quran secara automatik. Saya sedang fikir untuk kumpul kunci kata perkataan mengikut surah dan meletakknya dalam kad indeks dan menghafalnya mengikut surah. Okay, ini projek keutamaan tinggi kerana saya hampir tiba, dan jika saya tiba, saya boleh ajar lebih ramai orang lain untuk memahami quran. Buat peringkat ini, malulah nak ajr, kita sendiri pun merangkak-rangkak.

4) Saya nak baiki hafazan saya yang dapat lupa. Kalau ayat hafazan adalah seperti unta tambat yang terlepas, hafazan saya seperti unta jinak liar yang pergi merantau sendiri dan hanya pulang bermusim. Semasa saya lapang, semua surah tersebut kembali kepada saya dengan sedikit praktis ( menyebabkan saya selalu besar kepala dan perasan bahawa saya mampu untuk menghafal satu Quran. Boleh lah kot kalau saya sekolahkan diri di sekolah tahfiz dengan sponsorhip orang lain he he). Di dunia realiti, dengan sekali distraction sahaja, semuanya akan terus lenyap. Contohnya, saya terleka kerana mengajar kursus berbayar selama dua hari penuh. Sedikit wang masuk, dan hafazan saya pun terbang dan hanya boleh kembali pada satu masa nanti yang saya lapang. Memang, anak saya atau seorang hafizah yang lain pernah menerangkan kepada saya, bukannya secepat mana kita menghafal yang penting, tetapi disiplin kita mengulang ayat untuk memeliharanya. Untuk cuti ini, saya cuma berharap agar dapat menghabis kan juzuk 30 ( bukan 30 juzuk he he) serta surah penting yang telah terhafal dan terlupa.

5) Saya juga perlu memulakan dan menyiapkan sebuah buku mengenai kaunseling Islam yang telah dijanjikan kepada majikan sebagi harga sabatikal 9 bulan. Aaah, ini keutamaan no 1 kerana ia janji dan amanah dan sudah jatuh wajib.

6) Saya juga telah berjanji dengan seorang pegawai di tabung haji untuk menjalankan satu penyelidikan mengenai keperluan jemaah haji melalui penelitian sesi laporan kaunseling mereka. Angan angan saya, projek ini hingga ke peringkat menyediakan modul latihan untuk kaunselor ke haji ( ehm ehm, dengan harapan untuk mendapat tiket percuma haji berkali-kali. tak siapa menjanjikan apa-apa tetapi saya tetap mengharap)

7) Untuk mahu ke 6, saya perlu aktifkan kembali perancangan untuk mempelajari kaedah penyelidikan kualitatif. Ini sasaran saya semasa PhD yang telah ditunda kerana bertukar strategi untuk grad cepat dan tepat. Saya tidak menyesali keputusan, tetapi nampak gayanya susah untuk mempelajari sesuatu bila tiada harimau mengejar di belakang.

8) Oh ya, saya juga mahu ke umrah, supaya saya boleh solat hajat dan berdoa supaya saya boleh tunaikan haji secepat mungkin. Berkaitan juga, saya mau tunaikan haji hujung tahun ini- semuanya jika diizinkan ALlah.

9) Saya juga perlu luangkan banyak masa dan tenaga untuk melatih anak saya, seorang akan menduduki UPSR, seorang PMR. Saya sebenarnya seorang ibu yang santai mengenai keputusan peperiksaan. bagi saya, asal belajar, insyaallah akan berjaya nanti, dan lebih banyak lagi perkara lalin yang perlu ditumpukan oleh ibubapa seperti akhlak, ilmu agama fardhu ain, wawasan akhirat, dan juga general  academic skills- yang tak sama dengan penekanan peperiksaan. Namun kali ini situasi membuat saya terpaksa menumpukan kepada latihan intensif akademik kepadamereka berdua. Anak UPSR adalah dari seklah hafiz, dan beliau berminat mencuba bakat dalam UPSR. Saya tidak mahu beliau ketinggalan, makan saya akan pastikan sedaya upaya beliau mendapat keputusan yang baik untuk mengharumkan nama aliran hafiz. Anak PMR, tidak sesuai denan sistem pendidikan tahfiz, dan telah beralih ke akademik am. nampak gayanya sistem pendidikan ini juga kurang sesuai sehigga ke tahap membimbangkan semua pihak. Melihat kepada kebolehan am beliau, memang kecerdasan pemikiran ada, tetapi tumpuan belum bermula. Sementara memikirkan sistem pendidikan apa lagi yang sesuai, saya fikir untuk mencuba melatih beliau dalam ‘ketekunan’ dan ingin beliau merasakan pengalaman kejayaan ( atau sekurang-kurangnya mengelakkan dari membentuk identiti gagal) – maka penting bagi saya membantu beliau sepenuhnya untuk berjaya dalam PMR.  Ini terpaksa menjadi keutaamaan paling tinggi di bawah projek buku wajib.

Kalau dilihat dari apa yang berlaku seminggu dua ini, memang inilah keutamaan no 1 dalam sabatikal ini. kalau buku tidak siap, saya masih boleh survive diburu pihak pentadbiran, tapi peluang anak-anak terikat dengan tahun ini sahaja. hmm..

10) terdapat banyak tajuk buku yang teringin saya nak usahakan, biarlalh ia tinggal tajuk sahaja dulu. tak pa, biar saya senaraikan untuk seronok seronok:

Buku Panduan:

Menangani Poligami – tentu best seller – kalau ianya ever ditulis…!

Kemahiran Mikro Phd – dah ada empat bab nipis, kiranya 40% siap. namun low priority.

Sunshine Rain – memoir zaman kanak-kanak kecil. juga about 40- 60% dpending on the development. Sedih… kerana juga perlu letak sebagai lowest priority. Yang ini tak nampak pun bagaimana nak membantu mendekatkan diri dengan ALlah, ( though tak ada lah menjauhkan diri), tak nampak pun sebagi jalan berdakwah.. hu hu, ok ini low priority definite. maybe siapkan dalam syurga nanti (semoga diizinkan jadi ahli syurga)

How to improve your English. tak paa lah, ini lagi lah tak fikir pun

Projek Dunia AKhirat- ni pun kalau boleh nak letaklah sedikit priority. my first dakwah book, but no time to ponder and develop it. tak apa, yang ini boleh develop pelan pelan di blog PDA. dan tak perlu jadi buku pun. What I want is a training package. later dude!

Seven month on an island – Living with the Mahmeris ; saya ada 20 pages single space, tapi yang tu cuba tiru tone ethnographer, what I really should do is to just write about my experience and my development there, not so much about the mahe but more on my growth- unempolyed housewife  – of trying the new roles and not being comfortable with it. Huh, again – later dude! or simply neverlah. Life is too short. Banyak lagi kerja lain.

Ok forget about books. Only one wajib book.

11) developing my yayasan Nusrah. Will tell you guys about it later.

12) and the various community projects at UUM. sayang nak tinggalkan, kelas agama, support group, phd support group. These are for a good cause. Plus it’s fun. It’s the only community life I have. Nak pi kenduri rumah jiran tak larat keluar dari aircond, and too way out to make small talks. When peoplw talk about tirai or cars, or the latest accident  in the paper, or the latest stupid political stunts, my eyes just glaze over and I can’t even pretend to be polite. I have known for long that my brother’s accusation were true- I am an anti social person, not a psychopath, but lazy enough and haughty enough to take the trouble to fit in, and the only redeeming acts were trying to do one or two nice things at my office community the easy way. Anything that does not need me to get out of the aircond or require  washing dishes.

Plus a few more things that is not in my head at the moment. Let’s chuck all below this as lowest priority.  and reading harry potter again, ana trying rubiks cube variation as a no no. Add blogging on top of the list, because I do need self expression to get me started in writing, plus my blogs for dakwah are dakwah work. This blog  has no aim, it’s just for this. I have goals for PDA ( Projek Dunia akhirat). I’m not going to bother putting in stuff in the lphd thing, only to answer questions if anyone care to ask, and the clinic cannot be abandoned. The kaunseling islam discussion can wait until I teach another kaunseling islam class. so at least I have set my priorites for blogging, but I need to schedule my book writing between the kid’s coaching, and I need to time table my tabung haji research or it’d never get off the ground.

Also I need to start claiming for my penyelidikan tak mau potong gaji. ALhamdulillah, I managed to get it done just in time (hey JIT concept works for me!) to save my gaji, but I’d better claim so that I don’t lose out more than what I spent.

That’s it- semua mau.Oh yes I forgot. My mother expects me to visit her often in the morning because she knows that I am on cuti dapat gaji, so I’d better schedule  to do my writing at her place too.

I’d better start real planning or the next thing I know, the nine month will be over with no book and no research.

P.s. Oh yeah I’m suppose to start new exercising habits too.

oh yeah what about new habit of solat sunat and reestablishing somae lost habits of solat sunat.

and quran reading too. there’s the hafazan reading and the read to understand meaning reading. but there’s also read amalan harian reading like al mulk and waqiah and ar rahmaan, and there’s also the read qatam thing.

8)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: