Ada penyakit di hati saya?

Apabila membaca newsfeed di FB, selalu timbul sesuatu rasa apabila mengikuti seorang aktivis ini. Beliau sangat aktif dan gigih melakukan projek demi projek dan beliau selalu akan berjaya mencapai sasaran yang dipilih. Saya kagum dengan kegigihan beliau, dengan sokongan yang beliau perolehi dari follower beliau, dan dengan kecekapan beliau mengurus projek.

Masalah hati saya adalah cemburu atau ‘dengki’ kepada causes yang dipilih oleh beliau. “Kenapa bazir duit buat majlis macam tu? Kenapa buang duit beli hadiah macam tu, kenapa habis duit buat trip ke situ? Kenapa habis tenaga hanya untuk buat hiasan saja?”

Saya memang tahu- masa beliau adalah hak beliau.; duit penderma adalah hak penderma. Dan saya juga tahu – jangan diremehkan setiap kebaikan. Kemungkinan kebaikan yang beliau lakukan akan membawa ramai orang kepada Allah. Kemungkinan besar sangat kebaikan yang beliau lakukan membawa beliau kepada rahmat Allah.

Namun- sentiasa saja di hati saya memikirkan – mungkin tanggungjawab seseorang- mangajarkan fiqh awlawiyyat- bukan hanya kepada beliau dan penyokong beliau- tetapi kepada semua anggota masyarakat. Lebih utama lagi mengajarkan kepntingan dan tujuan hidup kepada penagih dadah, kepada orang tua yang akan mati, kepada anak muda yang sedang mempunyai masa dan tenaga sebagai modal yang Allah beri.

Seperti kata Ustaz Ebit Lew – ampunilah kami ya Allah kerna kami lemah tidak mampu menyampaikan ilmu kepda mereka.

Kerisauan kedua yang timbul – adakah saya sendiri juga sedang menghabiskan masa dan tenaga melakukan apa yang saya yakin sebagai perjuangan – padahal di mata orang lain, bahawa ada perkara lain lagi yang lebih penting yang patut saya tumpukan tenaga.

Adakah Allah redha dengan apa yang saya lakukan, atau adakah saya kurang ilmu sehingga saya meninggalkan perjuangan yang lebih patut diperjuangkan? – sehingga merasa seronok dan puas hati melakukan apa yag tidak dikehendaki oelh Allah.

Ya Nuur Ya Haadi- ya Alim Ya Hakim Ya Rashiid – tunjukkanlah kepada kami semua apa yang patut kami lakukan pada setiap langkah, dan jauhi lah kami dari sia-sia melakukan perkara yang tidak Engkau kehendaki sedangkan kami dalam tertipu merasakan ianya yang benar.

Dana saya juga perlu berdoa untuk penyucian hati – kerana besar kemungkinan juga terdapat penyakit yang bersarang di hati dalam isu ini. Ya Qudduus Ya Jalil- sucikanlah hati kami dari segala penyakit hati.

Allah Maha Sabar Dan Penyantun atas Kebodohan dan Ketidaksopanan Kita

Saya mempunyai seorang sahabat muda yang apabila beliau menanyakan soalan, kita sehingga mengurut dada dengan soalan-soalannya. Sebelum menjawab soalan beliau, saya sering berpesan, memujuk; “Jangalah menanyakan soalan-soalan begini kepada orang ramai atau ustaz – saya risau mereka akan tidak sabar dan marah pada awak, dan awak akan marah kepada mereka”.

Saya bukanlah orang yang begitu sabar, namun saya amat memahami persoalan-persoalan sebegitu kerana saya juga jenis orang yang suka fikir ini dan itu dan tanya ini dan itu. Cuma bezanya saya dengan dia mungkin- saya bijak sedikit – tidak menyuarakan persoalan tersebut kerana menjaga adab, dan menjaga hati dan minda masyarakat sekeliling. Saya juga yakin bahawa Allah itu adil dan bijaksana, dan persoalan itu timbul di fikiran saya hanya dengan kedunguan diri. Melalui umur yang tua, pengalaman saya adalah Allah akan menjawan persoalan itu bila kita sabar menunggunya.

Ingin saya ceritakan dua soalan dungu yang berlaku semalam dan pagi ini; akhirnya soalan dungu kedua menjawab soalan dungu pertama.

Yang paling mengharukan saya mengenai perkara ini adalah betapa sabar dan santunnya Allah kepada hambaNya yang boleh dikatakan biadab- berani timbul fikiran-fikiran mempersoalkan Allah. Sabarnya Allah kepada hanya seorang hamba. Tidak dipanahnya kita dengan halilintar, atau dimatikan kita serta merta – malah santunNya Allah Al Halim, sehingga sudi menjawab secara peribadi persoalan-persoalan hanya dari seorang hamba.

Teringat saya kisah yang diceritakan Allah dalam al Quran mengenai seorang hamba Allah terpilih dari Bani Israel. (rujuk Al Baqarah 259) Beliau melintasi satu kawasan ‘ruin’ ( kawasan yang sudah runtuh semua banguna; dan terlintas difikiran nya; ” Bagaimanakah Allah akan menghidupkan semula/membina semula negeri ini sesudah matinya/rosaknya?”

Allah telah mematikannya – sebagai demo untuk menjawab persoalannya- bukan sebagai hukuman mempertikaikan kekuasaan Allah. Betapa santunnya Allah! Kemudian, Allah menceritakan kisah ini di dalam al QUran untuk menjawab secara umum persoalan ini kepada orang lain pula.

Pada lapisan lain pula, hamba seperti saya menjadi lega membaca mengeanai kisah ini, kerana ia seperti jaminan dari ALlah bahawa sememangnya Allah menjadi ada antara hambanya yang – jika tidak mempertikaikan pun – akan mempunyai fikiran yang aktif meronda, dan akan ‘tertikaikan’ hikmah dan perancang Allah di sini sana. Di sini, kita belajara melalui kiasan bahawa Allah memberi jaminan, Dia tidak marah atas timbulnya persoalan-persoalan sebegini dalam hati manusia, malah Dia sudi pula melayan kita dan menjawabnya dengan cara Nya sendiri.

Kembali kepada persoalan dungu saya. Soalan pertama petang semalam, semasa merefleksi mengenai ayat ayat Al Quran – saya sedar bahawa saya sangat tidak suka ayat ayat yang menceritakan mengenai siksaan ahli neraka. Jika ayat mengenai pujian ALlah dan ahli syurga boleh dibaca berkali kali, ayat siksaan, saya selalu baca laju laju dan ‘buat tak heran saja’; kata Mat Salleh – ‘gloss over’ saja. Maka semalam, timbullah fikiran begini; “Kan best kalau ada ayat bagus bagus saja. tak payah lah cerita mengenai neraka- takut!”. Satu lagi; ” Adakah Allah manhu pujuk kita bila sakit hati pada orang kafir yang jahat menyiksa orang Islam, kita baca ayat siksaan neraka; kita akan rasa sudah balas dendam dan puas hati- ya, nanti hampa kena siksa nanti- padan muka!”. Malangnya, bila fikir sesiapa pun dan fikir siksaan neraka- rasa seperti tak padan pula. Timbul kasihan pulak pada mereka. Malah yang lagi tidak seronok, bila membaca ayat-ayat ini, tak sempat pula fikirkan musuh-musuh Islam. Rasa-rasanya diri sendiri pun belum ada jaminan terlepas dari merasakan juga sedetik dua- wa iyya dzubillaaah!

Persoalan ini tergantung saja melayang-layang datang dan pergi.

Pagi ini sampai kepada ayat neraka lagi ( hu hu!) – Al faathir 78. Allah menceritakan; ” Mereka terjerit-jerit (sambil merayu) di dalam neraka; ‘Wahai tuhan kami, keluarkanlah kami, kami akan mengerjakan amalan yang soleh, dan bukan lagi amalan seperti yang dahulu.” Kemudian Allah menjawab; “Bukankah kami telah melanjutkan umur kamu (* teringat- sudah 50 tahun saya hu hu!) dan memberikan masa untuk berfikir mengenainya bagi sesiapa yang mahu beringat (*habis masa main FB hu hu!) sudah didatangi kalian pemberi peringatan, maka rasain! – bagi orang-orang zalim, tiada siapa boleh menolong”

Maka timbullah persoalan dungu kedua:”Hmm…. kenapa Allah tak ambil saja semua orang, celup di neraka sekejap, lepas tu kembalikan mereka ke dunia- ha- baiklah semua orang!” he he

Kemudian teringat persoalan semalam. Rupanya persoalan semalam menjawab persoalan hari ini. Atau persoalan hari ini menjawab persoalan semalam. Sememangnya Allah sedia mebawa kita dan mencellupkan kita ke dalam neraka, bukan sekali, malah berkali-kali setiap kali kita melalui ayat-ayat siksaan neraka. Itulah gunanya ayat-ayat neraka- sebagai peringatan kepada kita untuk menyelamatkan diri kita. Sebagai motivasi kasihan kita untuk bergegas menyampaikan dakwah dan menyelamatkan sesiapa yang boleh diselamatkan.

Sebenarnya teori saya itu salah, dan sudah dijawab juga oleh ALlah. (rujuk surah Ad Dukkhan 15) “Sesungguhnya, kalaulah Kami hapuskan azab itu barang sedikit pun – sudah tentu kamu akan kembali”. Bermakna, manusia ini, sekali dicelupkan pun ke dalam neraka, jika di beri peluang kembali- tidak juga bermakna semua akan jadi baik.

Ada sesiapa pulak yang mahu bertanya kenapa tak boleh?

Sebelum kita tertanya, sudah dijawab dulu oleh Allah: (rujuk As Sajdah 13). “Jika kami mahu, kami boleh memberikan setiap individu petunjuk, (supaya tidak terkena azab di akhirat); TETAPI – telah aku tetapkan perkataanKu – ‘Akan Kupenuhi neraka jahannam dengan banyak Jin dan Manusia”. Semoga Allah tidak memilih kita menjadi dari golongan ini.

Kepada sahabat muda saya tadi yang suka bertanyakan soalan ‘urut dada’, dan juga kepada individu-individu seperti saya yang suka melilau pemikiran; jangan risau kerana Allah as Syaakur amat memahami dan sudi melayan kita. Cuma kita perlu jaga adabnya. Jangalah bertanyakan soalan-soalan ini kepada sesiapa saja kerana ia mungkina akan menimbulkan fitnah. Jika anda sudah mempunyai ustaz atau ustazah yang berfikiran lapang dan memahami- anda boleh mebincangkan dalam suasan yang selamat. Jika tidak, sabar dant eruskan pembacaan Quran dan mempelajari mengenai ilmu agam Islam. Insyallah, persoalan itu akan Allah jawab, cuma memerlukan sedikit masa dan kesabaran, dan reflksi diri sebagai hamba Allah yang mengharapkan dariNya.

Paradigm Shift- berpindah minda

Pagi ini terfikir- selama ini salah ukur perancangan dengan melihat goals- sebab hanya timbul kecewa banyak goals tak tercapai.

Quran belum faham 100%; hafazan tak meningkat malah menurun, buku tidak tulis, bengkel tidak berjalan, klinik kaunseling tidak tersebar, semua tidak tidak tidak…

Padahal- kalau mati saat ni- tak ada siapa yang peduli pun perkara- perkara yang saya tidak lakukan. Dan Allah hanya lihat usaha kita- bukannya hasil. Dan Allah lihat pada hati!

Maka lebih berguna (dan lebih doable) kalau saya fokus saja kepada tugasan dan ikhtiar harian saya- tanpa perlu melihat kepada sasaran akhir yang perlu diukur.

Tugas saya bukan untuk faham Quran 100%; tugas saya adalah untuk usaha mempelajari beberapa perkataan baru setiap hari. Tugas saya bukan mengekalkan hafazan di kepala- tugas saya mempraktikkan menyemak hafazan sedia ada setiap hari. Begitu juga, bukannya menyiapkan tulis buku- tetapi ikhtiar menulis beberapa perenggan setiap hari.

Dan seharusnya sentiasa berusaha untuk menyebut di lidah atau memikirkan mengenai Allah paling sentiasa yang boleh; di bibir atau di hati- dan memohon keampunan, keredhaan, serta hidayah dariNya.

Itu saja yang saya perlu lakukan setiap hari. Lebih mudah dan lebih kalis kekecewaan kan?

Rayuan Derma yang di’share’ sahaja

Pernah tak rasa bersalah sebab ada rayuan derma yang kita sendiri tidak respon, tetapi sekadar share sahaja?

Saya punya reasoning begini. Semua dari kita tidak mampu memberi respon kepada setiap rayuan derma kerana kewangan kita terhad, dan iman kita juga terhad (belum cukup tinggi lagi he he) – maka kita akan pilih dan meyokong secara kewangan beberapa kes yang ‘resonate’ di hati kita.

Bagi kes selainnya, kita iringi dengan doa (sebab doa tiada had, maka mudah saja untuk murah hati dengan doa he he), dan manalah tahu, dengan sharingnya kita – akan sampai mesej tersebut kepada insan yang akan memberi respon kepada rayuan tersebut.

Saya sendiri amat simpati dengan projek peningkatan hidup seperti yuran pelajaran, lesen kereta, modal bisnes, juga  usaha awam seperti masjid, sekolah tahfiz. Saya sangat jarang beri kepada rumah anak yatim (walaupun saya dulu anak yatim) sebab saya mendapat impressi orang Malaysia  sangat suka sedekah pada anak yatim- atau bias peribadi saya sebab saya dulu bukan yatim yang miskin- dan semua orang suka beri duit pada saya. Saya juga hampir tidak pernah memberi kepada keperluan perubatan, bukan tidak simpati, tetapi sebab saya selalu buat perkiraan ekonomi- kos perubatan yang dirayu selalunya tersangat tinggi – dan jumlah wang tersebut boleh menolong lebih ramai orang lagi, dan saya pun selalu fikir sakit juga boleh lega dengan cara lain dari ikhtiar hospital yang mungkin lebih rendah kosnya- itu bias peribadi saya. Saya sendiri juga tidak pernah ambil insuran perubatan untuk diri dan keluarga kerana  bias memikirkan hospital kerajaan mencukupi dan apa yang tidak boleh diusahakan di situ, masih ada jalan ikhtiar alternatif; juga Allah boleh sembuhkan saja dengan apa saja cara jika Allah mahu- maka tidak perlu ikhtiar berhabis habisan berubat kerana banyak lagi keperluan hidup lain  dan perjuangan yang lebih utama.

Maka saya meneruskan meng’share’ sahaja posting-posting rayuan derma perubatan- semoga Allah menerima pendirian yang  tidak sempurna ini dan tidak menguji saya dengan saya sendiri tiba-tiba memerlukan derma orang ramai terhadap ikhtiar kos perubatan saya.

 

 

 

Bekerjasama dengan jemaah yang merokok

Antara yang sya belajar dalam usrah semalam adalah toleransi kepada kelemahan ahli dalam gerakan. ( AAArgh!) Antaranya adalah perlu snggup menerima ahli jemaah yang hisap rokok – kerana hukum hisap rokok tidak termasuk dalam hukum qat’i . ( aaaargh!)  Juga apabila saya mempertikaikan- kenapa ada jemaah tu- bila mesyuarat sakan- tidak pergi jeaah ke masjid? menurut beliau, boleh menerima pendapat berjemaah di masjid adalah fardhu kifayah sedangkan bermsyuarat itu termasuk dalam memikirkan kemaslahatan ummah- dalam angka membina khilafah- fardhu ain. Kemudian beliau menanyakan; bukankah mensyuarat jabatan selalu melangkah waktu azan, dan pengajian Sheikh besar juga begitu.

Hmm. Berat untuk ditelan. Saya masih tidak hormat pada jemaah yang disebabkan mesyuarat ( berlarutan mengikut pendapat saya he he) Mengenai jabatan yang bermesyuarat tu – memang betul! Namun kita tidak boleh banding kerana sememangnya mereka tidak berpaksikan perjuangan agama. Maka saya memilih pendapat dharurat sahaja kita bersama mereka – keluar sajalah sorang diri solat, lepas tu kembali ke mesuarat. Namun sangat janggal jika mesyuarat mengenai kemaslahatan umat- tapi orang semua ke mesjid- mereka masih bermesyuarat.  Dan Sheikh esar, walau tunda solat isya sebab pengajian, solat isya mereka tetap berjemaah di masjid.

Kemudian ustazah menyatakan, memang susah untuk duduk bekerja berjemaah, kerana jika ada sedikit pun takbur ada ego, tak akan sangup. Kita tidak bolelh menerima arahan, tidak boleh menerima kelemahan orang lain, tidak boleh diatur oleh orang lain.

Hmm rasa tepat tu, rasa terkena batang hidung. Saya  rsa memang ada banyak ego yang keras- yang malas bersusah susah dengan orang rami, mals berkompromi.

tak paa lah ustazah, saya bina jiwa saya dulu buang takabbur he he.

 

Rasanya, walau pun saya sudah faham keperluan bergerak secara jemaah, dan fikir semangnya jemaah yang ustazah jemput tu sebagai jemaah terbaik- teresar tersyumul, ter open dll – saya masih belum bersedia menyatakan taat setia dan berkawan-kawan denan orang yang merokok he he. Semoga ia bukan dari sifat takabbur.

 

Keretapi yang Memecut Laju

Keadaan saya pada peringkat hidup ini- Setiap hari saya dalam keadaan panik. Saya sedar bahawa saya akan mati. Untuk menapak di alam sana, alhamdulillah, saya rasa bersedia menerima keadaan. Bukanlah sangat kerana yakin akan amalan diri, namun saya yakin dengan rahmat ALlah. Saya menganggap positif bahawa Allah menerima doa saya setiap hari supaya Allah mengambil nyawa saya di saat Allah mengira redha dengan kehidupan saya dan sudi menerima diri saya pada waktu tersebut. Doa ini diiringi dengan janji saya pada Allah untuk sentiasa berikhtiarkan meningkatkan diri menjadi terbaik hamba Allah seperti yang saya pelajari pada masa tersebut.

Antara saya dengan Allah – tenang

Panik saya memikirkan mati adalah atas tanggungjawab yang Allah berikan berkaitan masyarakt. Menurut perkiraan hati dan aqal, saya masih belum melakukan yang sepatutnya dalam ikhtiar mengajak orang lain untuk mendekatkan diri kepada Allah. Saya melihat diri saya, berkhayal dan merancang, merancang dan merancang, tetapi masih tidak manapak menjalankan perkara perkara yang ada dalam kepala saya yang patut dilakukan.

Saya senaraikan antara perkara yang ada dalam kepala saya:

Saya perlu menyampaikan kepada orang orang disekeliling saya mengenai falsafah hidup PDA- iaitu “Projek Dunia AKhirat”. Ia merupakan falsafah- kembali kepada Allah, memodifikasikan hidup supaya paling tepat mengikut syariat, sentiasa menuntut islmu, meningkatkan amalan harian, dan meyebarkan dakwah mengnai falsafah hidup sedemikian. Tidak ada uniknya falsafah yang disampaikan.ianya dakwah. Namun saya yakin keistimewaan penyampaian melalui pakej ini supaya lebih mudah difahami dan diterima. iaitu tidak perlu menunggu masa akan datang- lakukan sekarang, dan tidak perlu menunggu peluang. Ia bersifat here and now. mlangnya untuk menyampaikan falsafah ini, saya jam.

Menyebarkan melalui blog- blog saya nak menulis sekda ini juga sudah susah sekali. Kiranya, menulis entry hari ini adalah latihan untuk saya meulakan menulis mesej mesej yang sayan anggap amat berat untuk ditulis.

Menyebarkan melaui ceramah dan bengkel. bagaimana saya memulakan bengkel? jemput diri sendiri? jemput saja orang ke satu temapt? siapa? bila? di mana?

Ada rakan menyatakan- untuk menyebarkan ide, mulakan dengan menulis satu buku. Ide yang bagus. Cuma persoalan- bagaimana ya untuk meula menulis buku hingga siap?

Maka persoalan ini berputar putar dalam kepada saya dari pagi higga malam, sementara saya bersibuk bekerjaya disiang hari, dan bergelut dengan anak-anak dan rumah dimalam hari. tak juga ada progres apa apa hari demi hari.

Itu satu beban yang tidak pernah terlepas dari dada.

Antara yang termasuk dalam projek tersebut adalah: menulis buku” wasiat dari simati- kepada yang bakal mati”. Ini datang dari ide bahawa kita terkesan dengan kata-kata seorang semasa dia hidup, apabila kita membacanya selepas dia meninggal. Kita selalu hairan bagaimana seseorang yang hidup lupa memikirkan mengenai mati. namun, jika ada pesanan dari orang tersebut, kita tentu ambil serious pesanan tersebut denan mengetahui keadaan bahawa dia sudah pun mati.

Atau saya tulis saja buku tersebut seorang diri.

Yang ini pun sesak di dada, tak mahu keluar, tapi tak mahu hilang dari diri- iamerupakan tekanan

lagi: Mengenai projek amal jariah di bawah yaysan nusrah.

Saya bayangkan individu yang bermiant untuk meninggalakn amal jariah, bukan semuanya mampu beli bungalo atau rumah kedai atau tinggalkan yayasan. Namun jika wang cash, dikumpulkan bersama, dirurus oleh yayasan- seperti tema air asia- anyone can fly, sayaingin lancarkan skim anyone can leave amal jariah. serend RM1000, wang tersebut akan dilaburkan dan diuruskan oleh yayasan. wang asas tersebut tidak akan diusik, hanya keuntungan dari wang tersebut akan dikira setiap tahun dan akan disalurkan untuk kerja amal yang dispesifikasikan oleh eruntukan tersebut.

Sepanjang saya memikirkan skim ini- dan masih tidak mlancarkannya, sudah 5 orang dari sahabat saya telah meinggal dunia; yang terakhir semalam. Saya khuatiri saya juga akan meninggal sebelum skim ini boleh dilancarkan. Itu yang menyesakkan dada saya juga setiap hari.

Saya betul betul perlu berfikir sejenak dan membuat perancanga- jika tidak boleh pun yang rapi, dan saya perlu membuat tindakan segera untuk menghilangkan kesesakan dada, juga sebelum keretapi samapi ke stesen dan saya akan diturunkan- menangisi dan menyesali kerja-kerja yang belum selesai.

Dan adakah dengan menulis artikel ini akan dapat menggerakkan tindakan saya, atau mengurangkan kesesakan di dada, atau hanya akan mensita lagi masa yang sememangnya sudah sangat terhad ini? hanya Allah yang mengetahui

Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya- la haulawa laa quwwata illa billa hil aliyyiladzim

Post raya blues- masih?

Masa kecil dahulu, saya dan kakak akan duduk di tangga rumah pada petang raya dan merenungkan kesedihan kami. “Masa petang rayalah masa paling tak best” kata saya yang kecil dahulu; “Sebab ni lah masa yang paling lama sekali untuk sampai pula ke raya yang lagi satu”. Maka kami berdua pun ‘melengung’ bersedih bersama-  sambil mengingat-ingatkan jumlah duit raya sebagai penghibur.

Masa berlalu, dan tidaklah saya bersedih menunggu raya yang paling lama akan tiba- kerana pada usia 48,  ramadhan yang di dambakan, dan saya juga tahu- jika dipanjangkan umur,  Rejab akan menjelang esok lusa. Semoga tabiat baik yang belum berjaya dimantapkan pada ramadhan yang lalu, mampu diterapkan sedikit demi sedikit sebelum Rejab menjelma dengan lajunya.

Namun perasaan sedih dan ‘kosong’  tetap datang mengikut jadual – dan saya mengharap pada usia sepatutnya sudah matang, saya mampu menanganinya dengan cara yang lebih baik sedikit dari semasa saya berumur lapan tahun.

Perasaannya tidak datang pada petang  raya. Ia tiba sedikit pada petang pengakhir ramadhan semasameningatkan peluang mengaut pahala berganda sudah ditutup. Menyesali tabiat yang masih belum mampu dimantapkan dan memujuk hati mengingatkan beberapa tabiat yang sudah tertanam. Namun review ini berlaku laju dan ringkas dalam keriuhan bersalaman dan bertanya khabar  saudara yang jauh yang sama-sama berkumpul di rumah ibu. Terbang melintasi fikiran wajah-wajah arwah. ayah (dengan wajah rekaan sendiri kerana beliau meninggal semasa saya bayi), nenek- semasa wajah ceria beliau, ibu dan ayah mertua- tak sempat pun menghadiahkan fatihah pada detik tersebut- sekadar perasaan puas hati kerana menjangkakan mereka beroleh manafaat dari sedekah-sedekah disepanjang ramadhan. Agaknya begitulah ingatan anak-anak kepada kita nanti di akhir ramadhan. Maka nadiyah dan bakal bakal mayat semua- carilah bekal akhirat sendiri agar dapat pahala mengalir sendiri, dan berharaplah  belas ehsan dari Allah. Janganlah kita meletakkan pergantungan untuk sedekah dari anak-anak kelak!)

Berbalik ke perasaan sedih- ia juga tidak datang pada petang raya lagi, kerana tiga empat hari sibuk dengan urusan silaturraheem, abang akak sendiri, anak-anak menantu, kawan lama sekampung yang baru berjumpa semula, saudara serumpun yang perlu dikenal semula anak cucu mereka kerana masing-masing bertambah ahli.

Post raya blues sekarang tiba  pada hari anak-anak dewasa pulang semula ke tempat mereka.

Kakak Iman sudah menaiki keretai  malam semalam, Abang Mat, Kakak Najat n incoming baby akan menaiki feri pagi ni. Isa dan Ibrahim  sudah diarah mengemas beg untuk ke asrama masing-masing – mereka sedang berlumba ‘last kopek’  me laptop. Hikmah – pembantu akademik – sedang naik bas menuju ke sini. Anak raya pulang ke tempat kerja. Anak kerja pula meninggalkan ibu bapa dan kembali ke ibu kerja mereka. Hidup kembali ke rutin asal.

Saya memproses kesedihan ini.

Tidaklah pada umur ini menyesali keseronokan yag berlalu kerana raya bagi dewasa sangatlah meletihkan dan lebih kerap mengundang ‘escapism’ ke celah mana-mana ruang untuk mencuri tidur sebelum dipanggil menyelamatkan dari kerenah anak, membancuh air tamu, atau bersosial melayan tamu.  Pulang ke rutin kerja juga tidak pernah membosankan kerana  bagi dewasa – kerjalah mainan kita.

Saya kira ia bukannya kesedihan merenungkan sambutan raya berlalu, tetapi syahdu yang timbul pada masa transisi. Masa-masa begini mengingatkan kita tentang lajunya berlalu masa- dan kita mengukur apakah kita telah menggunakan sepenuhnya untuk memenuhi tujuan asal hidup – untuk berjuang mendapatkan keredhaan Allah dan bersama seramainya selamat  jika ditempatkan di syurga kelak.

Adakah anak-anak dewasa saya sedar akan tujuan hidup, atau adakah mereka terleka mengejar dunia? Adakah kita juga serupa dengan mereka? Tidak mustahil kita sedang menangisi orang lain bermimpi- sedangkan rupanya, kita juga sedang dalam mimpi. Adakah anak-anak kecil mampu membentuk diri mereka sehingga boleh menjadi dewasa Muslim yang akhirat conscious? Semua ini, telah terluut sebentar semasa ramadhan dalam kesibukan mengatur jadual hidup padat ramadhan, terlupa juga pada saat menyambut aidil fitri dengan kesibukan menguhubungkan silaturrahim berselirat. Apabila anak-anak melangkah pergi dan hampir kembali ke rutin asal- maka perkiraan ini kembali bersama kesedihan melambai pergi ramadhan dan aidil fitri.

Ya Allah. Aku kembali mendaftar diri menjadi pekerjaMu. Akan kusambung tugas harianku, mengingati diriku dan orang lain mengenai hakikat kehidupan. Akan ku ajak semua orang bersama mencari bekalan akhirat. Bantulah kami  ya Allah.

Semoga tiada yang ku kenali dan ku sayangi tercicir dalam perjalanan ini. Semoga tiada yang tersangkut dan terpaksa transit di neraka- lindungilah- ya ALlah. Semoga semua melalui perjalanan yang mudah menuju kepadaMu Ya Allah. Selamatkanlah murid-muridku yang masih belum Islam beserta keluarga n keturunan mereka yaAllah. Kekalkanlah dan tambahkanlah hidayah kepada semua yang ku kenali sehingga kami selamat bertemu Mu Ya Allah. bantulah kami ya Allah- berilah curahan hidayah yang tidak putus putus – lindungilah kami dari kelekaan dunia dan kejahatan diri kami sendiri. Setelah kami mati nanti- kau lindungilah perjalanan kami sehingga selamat bertemuMu dalam keredhaanMu Ya Allah.